Selasa, 11 Jun 2013

~Siapa dia?!!.. =D

Saya ada simpan hati pada orang,
dia tak tahu
kenapa saya tulis nie?
bukan untuk dia tahu..

tapi untuk siapa yang terbaca..
bila ada hati pada orang,
lebih baik simpan dan doa
luah pada tiba masanya, yakni betul-betul masanya.

kerana takut, bila ‘perkenalan’ awal
rindu pada dia mengatasi rindu pada Allah yang satu..

takut hilang dia kalau tak luahkan?
jangan takut, jodoh sudah tertulis,
kalau bukan dia, ada yang lebih baik.

saya hanya orang biasa,
yang berusaha menjadi baik.
doakan saya.

perkenalan sesudah nikah lebih indah.. =D

Sabtu, 9 Mac 2013

SeBeNaRnYa KiTa NaK ALLAH iZiNkAn AtAu NaK ALLAH rEdhA?..


Redha Allah | Bismillah…

Sangat risau dan bimbang. Gelisah. Tak senang duduk.
Bila memikirkan, dalam semua perkara yang kita lakukan – tidur, bangun, mandi, solat, breakfast, pergi kerja, lunch, rehat, tidur lagi, siapkan tugasan, berkawan, berjalan dan bersukan, menulis blog, keluar masuk rumah, pergi sana sini, rancang itu dan ini, beli itu beli ini – ok banyak! Semua la, semua.
Semua benda yang kita buat, pernahkan kita merasakan sangat risau..,

Memikirkan..,

Adakah..,

..
Lululu..

Ok, suspen pula.

Baiklah. Sebenarnya, elok kita timbulkan persoalan, pernahkah kita sangat risau samada Allah redha atau tidak dengan apa yang kita buat selama ini. Samada kerja baik, kerja separa baik, atau kerja yang sikit saja unsur baik nya. Kerja yang buruk tak perlu kita bincangkan rasanya, sah-sah Allah tak redha. Jadi, agak-agak nya..adakah Allah redha dengan semua itu?

 “laa..dah kau buat tu, Allah ok je la tu. Kalau tak, Dia tak bagi pulak kau buat..”

Oh no no, you’re so wrong my friend.

ALLAH IZIN TAK BERMAKNA ALLAH REDHA.

Kalau tidak, maka tak akan wujud la orang-orang kufur dan maksiat. Tidak akan ada lah kes-kes rompak bank, mencuri basikal, menyiksa ayam dan binatang lain, dan pelbagai lagi jenayah-jenayah zalim. Namun, perkara-perkara ini tetap wujud, sebab Allah izinkan. Tapi, sudah tentulah Allah tak redha, kan?

Ada sebabnya kenapa Allah izinkan ia terjadi juga. Itu lah namanya hikmah, kan.

Maka berbalik kepada soal redha tadi, kita sepatutnya susah hati memikirkan soal ini. Bukan terlalu merisaukan keizinan Allah dalam melaksanakan sesuatu agenda kita lalu berdoa, bermunajat, tunaikan solat hajat segala dengan harapan Allah perkenankan lalu izinkan ia berlaku, sehingga terlepas pandang pada persoalan – adalah Allah redha kalau aku mahukan ini dan ini?

Kerana ya, kita wajib ingat, Allah memang Maha Adil dan Pemurah, siapa yang berusaha maka dia akan dapat. Man jadda, wajada. Termasuk lah usaha doa, dia akan dapat, Allah akan beri. Ambil contoh perompak-perompak yang bertahun merancang rapi satu rompakan besar di bank yang besar, dengan segala kelengkapan dan latihan yang mereka jalani, kalau benar pada kaedah nya Allah izinkan juga mereka peroleh tujuan itu. Tak begitu? Tetapi boleh jadi, satu perkara yang kita usahakan sehingga Allah izinkan itu adalah satu perkara yang di luar keredhaan Allah namun kita tak sedar.

Di sini lah kerugian yang maha dasyat nya, di sinilah kita sepatutnya risau benar-benar risau.
Sudahkah kita khuatiri, samada aktiviti seharian yang kita buat, sudah buat atau bakal buat nanti benar-benar diredhai Allah?

Bagi yang sedang belajar, nanti kita akan tamat belajar dan berkerja. Ada pula yang akan berkahwin dengan pilihan hati, ada yang merancang hendak memulakan perniagaan, ada yang merancang untuk berpindah menetap di sesebuah tempat, dan bermacam-macam lagi yang kita rancangkan dan usahakan – lalu kita berharap sangat Allah izinkan, tapi adakah kita sudah khuatiri samada Allah redha dengan keputusan itu?
ALLAH   u Alem by gencebay55 Kita sebenarnya nak Allah izinkan,atau redha Allah?
Kita sering menyebut ‘insyaallah’. Semua benda pun, insyaallah. Dimana ya, itu sangat bagus. Bukan bermakna tak elok menyebutnya pula. Cuma, kita sangat bimbang dan mengharapkan izin Allah untuk kita laksanakan sesuatu, kita mahukan sangat perkara itu berlaku sampai kita sangat berharap Allah izinkan, dan kita ‘sebut-sebutkan’ pula yang kita telah berusaha untuk nya. Tetapi, kita lupa hendak mengharapkan Allah redha. Kita lupa hendak ‘bertanya’ pada Allah, Dia redha atau tidak dengan kehendak kita ni?

Bila mendapat sesuatu yang kita mahukan, kita yayyy alhamdulillah! Lagi, ya itu sangat bagus. Haruslah, kan. Tapi, kita lupa untuk berhenti sejenak dan ‘bertanya’,

“Allah…kau redha kah dengan ini dan ini? Kau tak kisah?”

Saudara muslimin muslimat sekalian. Kita sering terlupa, redha Allah itu tersangat penting. Redha Dia lah yang melayakkan kita ke syurga, kerana tak seorang pun dari kita akan ke syurga kerana amal kita, sekalipun nabi sendiri. Pada masa kita tertunduk lemah di hadapan pengadilan Allah kelak, meski berbakul-bakul amal yang kita galas dan persembahkan, ia langsung tidak akan menjadi tiket untuk kita ke syurga kalau Allah tidak limpahkan rahmat dan redhaNya pada kita.

“Rasulullah bersabda, ‘Mirip-miripkanlah dan tepatkanlah. Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat kerana amalnya.’ Para sahabat bertanya, ‘Juga termasuk anda, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ‘Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.”
[HR Muslim, Kitab: Iman 1/65 No. 38]

Amatlah menyedihkan dan merugikan andainya kita semua terlalu mengharapkan izin Allah sehingga lupa pada something yang paling penting yaitu Redha Nya dalam segala hal dan urusan.

Jadi marilah kita selepas ni, cakap baik-baik dengan Allah apabila kita mahukan sesuatu, bahawa kalau Dia redha sahaja maka izinkanlah. Kalau Dia tidak redha sepenuhnya maka tak usah lah. Kerana yang kita perlu kejar adalah bukan izin Nya, tapi izin DAN redha Nya.

Apalah guna kita dapat apa yang kita usahakan, kalau Allah tak redha. Ibarat seperti, apalah guna seorang pindah masuk rumah banglo yang besar di bandar, kalau emak di kampung sembunyikan terkilan dalam hatinya.

Semoga kita terpelihara. Semoga kita selalu sepanjang masa berusaha melakukan perkara yang berpeluang besar Allah akan redha. Dan ini boleh diukur dari sejauh mana kita mengikut syariat dan sejauh mana kita ikhlas hanya kerana Nya. Sentiasa lah merayu dan meminta padaNya supaya Dia redha sepenuhnya sambil Dia izinkan. Sentiasalah kita berhenti sejenak dan bertanya,

 “Allah..kau redha kah dengan ini dan ini? Andai kau tak redha, jangan lha izinkan ya allah. Biar aku terkilan kerana tidak dapat apa yang aku mahukan, asalkan aku tidak terlepas walau sesaat di dunia ini tanpa redha mu..”

Arakian, insyaallah wa radhiallah, semoga kita semua kekal ikhlas dan terus tabah beramal.

“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.” Ar ra’d:22

Sabtu, 12 Januari 2013

~NiKmAt SaKiT.. :')



Selama 2 weeks tanpa rehat, berserta tidur, makan, dan beberapa kerja-kerja lain..

akhirnya, sakit kepala datang semula.
masa belajar hilang, tak pernah nak rasa sakit kepala...

bila start kerja..hmmm... :(

adakah saya yang salah?
salah menguruskan masa?
atau sebenarnya kerja tu adalah saaaaaaaangat banyak?

i do spent, lot of time.......much n much. menghadap laptop dan buat kerja. plus fb, blog, bla..bla..

ya Allah..bila semua ini terasa beban. saya mula tertanya2..saya kerja untuk apa?
sedangkan kalau kerana Allah..pasti segalanya mudah...

sungguh. mahukan kerehatan. dan syurga itu tempat rehat abadi..
andaikata, mahukannya. harus mati..
tapi saya tahu, saya dan syurga..jaraknya masih beribu batu!

:(

Rabu, 9 Januari 2013

~StrAtEGi 2013?..FiKiR2kAn..~



Alhamdulillah.. semakin ber'strategi' nampak?

"Hehee.. Mestilah.. 2013 kan.."

Owh.. Ok.. nice one bro/sis...!!!


Sebelum tu.. cuba recall balik.. muhasabah balik..
Sepanjang 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2007, 2006, 2005, 2004, 2003, 2002, dan seterusnya.. apa jawapan yg kita boleh beri utk soalan ini:

"Apa yang sudah kita lakukan untuk hari akhirat?"

"Selama mana kita hidup sebagai hamba Allah?"

"Apa sumbangan hidup kita sebagai khalifah Allah?"

Gulp.

Then.. kalau sudah ada jawapan, mulalah rangka strategi yg baru. Iaitu strategi kehidupan kita di dunia, yg menyelamatkan kehidupan kita di akhirat.

"Tiada strategi hidup terbaik melainkan strategi hidup Islam. Hidup dengan bimbingan Al-Quran dan sunnah RasulNya. Seriyes."

''Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.'' (QS Al-Hsyr [59]: 18)




Rabu, 2 Januari 2013

~SeLaMaT TaHuN bArU 2013~

Assalamualaikum dan selamat malam! ^^
hari pertama di tahun 2013..
mari kita rewind balik segala perbuatan sepanjang tahun 2012.
mula dari januari sampai la hari ni.
macam mana solat kita?
amalan wajib kita?
amalan sunat kita?
berapa yang kita peruntukkan sehari untuk zikir?
untuk selawat?
dalam seminggu berapa kali kita bangun solat malam?
qiyamullail?
puasa? adakah sekadar bulan ramadhan? puasa sunat bagaimana?
sedekah? adakah tiap jumaat saja?
al-Quran? sehari sehelai? sehelai seminggu? sehelai sebulan?
ada baca hadis? dengar orang baca hadis? (ustaz kata 3 hari tak dengar hadis, hati bisa keras)
berapa banyak kuliah agama kita ikut? ceramah agama mana kita duduk sekali?
sejauh mana prihatin kita kepada saudara seislam? adakah boikot kita bermusim atau berterusan?
hubungan sesama manusia pula bagaimana?
ada buat ibu bapa sakit hati?
sanak saudara lain?
guru? sudah minta berkat segala ilmu?
kawan-kawan? mana tahu ada terlebih gurau atau terkurang memahami?
bekas kekasih? sudah dimaafkan atau masih berdendam?
binatang peliharaan? yang kadang-kadang tersepak tercubit teraniaya?
laman sosial pula?
tulisan kita?
baikkah?
atau membawa mudarat?
buat orang suka?
atau buat orang marah?
bersih?
atau penuh fitnah?
dan bermacam-macam perkara lagi yang tak terfikirkan.
jawab dalam hati.
dan rendahkan diri.
rendahkan dahi.
apungkan doa kepada Tuhan.
mohon maaf atas segala kesilapan.
sebenarnya hari-hari boleh muhasabah.
tapi mana tahu hari-hari lain kita sibuk.
dan cuma hari-hari tertentu kita duduk merenung.
maka saya mengajak kita semua merenung.
akan perlakuan sepanjang tahun.
moga tahun mendatang.
kita lebih istiqamah.
dalam beramal dan melakukan kebaikan.
dan kepada semua followers juga pembaca.
maaf andai ada tulisan yang mengguris perasaan.
atau yang membawa mudarat.
moga kita semua tetap diberkati Allah.
inshaAllah. mudah-mudahan.
selamat tahun baru! ;)

Jumaat, 7 Disember 2012

~UnTuK KeSeKiAn KaLi TaNpA DiA.. :'( ..




~Allahu rabbi.. setiap kali ungkapan ini keluar dari bibir:

"Mak.."

Then, diulang lagi..

"Mak.." :'(

Terasa seperti si-dia-yang-tercinta ada di sini..
Terasa seakan-akan dijawab panggilan itu..

"Ya anakku.."

*.. Tapi dia berada jauh..tersangat jauh..Hanya Allah saja yg tahu perasaan ini..Rindu..Disaat Rindu..Mata Ini Tercari-cari Wajah Itu..Walau Terpisah Beribu Batu..Walau tak dpt ku tatap wjhmu..Walau tak dpt ku lihat Senyumanmu..Walau tak dapat ku merasai hangatnya pelukanmu..Namun..Doa Buatmu Tetap Ku Kirimkan..Semoga si-dia-yang-tercinta sentiasa dalam RahmatNya..Ameen.. :’)





Pada 10 Disember 2009 yang lalu bagaikan merentap kasih sayangnya.Tangannya yang kukucup masih terasa akan kehangatannya..Tetapi kini semuanya tiada lagi, hilang terpisah jauh. Terasa kosong tanpanya di sisi seperti satu ketika dahulu.

Tiada lagi kata-kata nasihat yang dapat ku dengar, yang dahulu seringkali mengisi rongga telinga. Tiada lagi senyuman girangnya menyambut kepulanganku. Tiada lagi keenakan air tangannya, suaranya yang sering berborak di beranda rumah. Benar-benar ia satu kenangan yang menggamit ke sanubari.

Demikianlah hakikat kehidupan manusia, tiada yang kekal selamanya. Semuanya pasti meninggalkan dunia ini bagi meneruskan perjalanan menuju ke negeri abadi.

Biarpun telah kering air mata, kesedihan juga telah terluput, namun kematian bukanlah garis pemisah. Masih ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Membantu mereka di saat-saat ini adalah sebesar-besar bakti. Sesungguhnya akhirat itu panjang masanya dan amat dahsyat keadaannya. Justeru, sentiasalah panjatkan doa buat mereka. Mudah-mudahan ianya menjadi cahaya yang menerangi mereka di sana.

Daripada Abu Hurairah ra; bersabda Rasulullah saw: Apabila telah mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah saw lagi yang dikhabarkan oleh Ibnu Abbas ra: “Tiadalah jenazah yang memasuki kubur itu melainkan seperti seorang lemas menggapai tangan memohon pertolongan menunggu doa , ibu, saudara, sahabat. Apabila diberikan kepadanya doa, ia lebih dikasihi daripada dunia dan apa yang ada di atasnya. Dan sesungguhnya Allah akan memasukkan kepada ahli kubur doa penduduk dunia seperti bukit dan sesungguhnya hadiah orang yang masih hidup kepada yang telah mati adalah permohonan keampunan bagi mereka.” (Riwayat al-Baihaqi)

Benar-benar saya terkesan dengan hadis junjungan mulia ini. Peluang untuk berbakti setelah disiakan tatkala mereka masih ada. Pastinya ia tidak sama dengan berbakti ketika masih hidup. Saya merintih memohon keampunan-Nya.


Kenangi mereka sebelum terlambat

Semasa ibu dan bapa masih ada, seringkali kita merasakan masih mempunyai banyak masa dengan mereka. Lalu kita sia-siakan masa yang ada untuk menziarahi serta berkongsi suka dan duka, sedangkan masa yang ada hanya sebentar sahaja. Kadang-kala kita menangguhkan kesempatan untuk berbakti kepada mereka, sedangkan ianya terhidang luas ketika itu.

Sebelum terlambat, mereka yang masih mempunyai ibu atau bapa atau keduanya, kenangilah mereka. Ya, mereka telah lanjut usia. Mungkin kita merasakan kehadiran mereka mengganggu kelancaran perjalanan hidup kita. Na`udzubillah, jika kita ada prasangka demikian. Ingatlah, tanpa mereka kita tidak berada di dunia ini. Tanpa pahit, jerih, susah dan payah mereka kita tidak akan menikmati kejayaan dan menjadi diri kita saat ini.

Ya, mereka telah lanjut usia. Apalagi yang mereka harapkan, hanyalah kasih sayang dan perhatian dari anaknya. Tidak rugi kita membahagiakan mereka sementara mereka masih hidup. Tetapi seribu penyesalan apabila mereka telah meninggalkan dunia ini, sedangkan ketika itu barulah kita terkial-kial mahu membahagiakan mereka. Sekiranya pusara mereka kita hiasi dengan dengan kilauan emas dan batu nisan yang bertatah berlian sekalipun, semuanya sudah terlambat dan tiada manfaatnya.

Emak saya telah pergi, namun saya akan terus mengirimkan doa buatnya, juga kepada manusia seluruhnya. Mudah-mudahan tatkala terpisah nyawa dan jasad saya, Allah akan membuka pintu hati bakal anak-anak saya serta manusia seluruhnya berdoa kepada saya.

Saya harapkan demikian...

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan...

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup...
(Selimut putih - El Suraya)



~10 DISEMBER 2009-10 DISEMBER 2012..3 tahun sudah berlalu..tetapi begitu cpt masa berlalu..bagaikan semalam berlaku..kata seseorang "seCINTA mana pun seorang lelaki terhadap seorang wanita, di hatinya tetap seorang IBU" ~..kataku "hanya ada IBU BAPA yang SAYANG, CINTA dan TERIMA kita sepenuh hati tanpa syarat"

Mood: Hayatilah bersama...ringkas..tapi..ketahuilah MAK adalah insan mulia di hati aku dan kau!..Al-Fatihah.. :’)



Rabu, 5 Disember 2012

~SyUrGa @ NeRaKa..mAnA PiLiHaN KitA?..

Peringatan penting buat kita..

Buka hati.. Renung-renungkan.. Cuba muhasabah balik diri kita.. 3 minit saja.. insyaAllah..

Ketahuilah bahawa di negeri akhirat kelak,
kita semua akan di bahagi-bahagikan kepada dua rombongan.
Dua rombongan besar ini akan dihantar menuju ke salah satu daripada dua tempat.
Dua tempat itu ialah Syurga dan Neraka.

++++


Adakah ketika ini, kita sedang bersama dengan rombongan yang bakal ke Neraka?

Jawabnya “YA” sekiranya kita tidak serius mempedulikan Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Perhatikanlah.. Baginda sibuk memberi peringatan, tetapi kita sibuk mengabaikannya.
Sehingga kita lupa akan pertemuan di Akhirat sana.
Maka, termasuklah kita dalam rombongan yang celaka itu. (Na’uzu billah min zalik..)

Fahami dan hayati peringatan Allah ini;

وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاء يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ

Orang-orang yang ingkar dibawa ke neraka Jahanam secara berombongan.

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu, dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya:

"Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antara kamu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?"

Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang ingkar. [Az-Zumar 39:71]

قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

Dikatakan (kepada mereka):
"(Silakan) Masukilah pintu-pintu neraka Jahanam itu, kamu kekal di dalamnya!" Maka neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri..[Az-Zumar 39:72]

Aduh.. Tertunduk hati mengenangkan keadaan malang itu..
Adakah diri ini yang akan dipersilakan masuk ke dalam Neraka itu?
Adakah diri ini yang akan dipersilakan menikmati kesengsaraan Azab?

++++

……. Ya Allah.. Diri ini berlindung kepada-Mu….....
…… Masukkanlah diri ini ke dalam rombongan yang bakal ke Syurga-Mu…
.............Masukkanlah kami dalam rombongan yang Engkau Redhai.......
…………………………………..Ameen………..

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ

Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga secara berombongan (juga).

Sehingga apabila mereka sampai ke syurga,dan pintu-pintunya dibukakan, berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu!..Berbahagialah kamu!..Maka masukilah syurga ini.. Kamu kekal di dalamnya"...[Az-Zumar 39:73]

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ
مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاء فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".
[Az-Zumar 39:74]

*Periksalah diri kita masing-masing..
Rombongan di akhirat hanya ada dua..Tiada yang ketiga..
Rombongan ke Syurga & Rombongan ke Neraka.
Pilihlah.. :'(