Khamis, 24 Mei 2012

Tuhan berikan aku cinta-ayushita[lyrics]


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
... Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Isnin, 14 Mei 2012

~NaFsU - nAfSi~


Adalah diberitakan ketika mana nafsu diciptakan oleh Tuhan Robbul A'lamin, ia direndam di dalam neraka Jahim sebanyak TIGA kali.

Sejurus selepas kali pertama ia direndam, nafsu dihadapkan kepada penciptanya dan ditanya, "Hai nafsu, siapa kau dan siapa aku?" Nafsu lantas menjawab, "Kau kau dan aku aku."

Lantas Tuhan Robbul A'lamin merendam nafsu sekali lagi ke dalam api Jahim yang membara selama 300 tahun dan nafsu ditanya lagi, "Hai nafsu, siapa kau dan siapa aku?" Nafsu menjawab, "Kau kau dan aku aku."

Nafsu direndam lagi ke dalam neraka Jahim buat ketiga kalinya dan selepas itu ditanya lagi oleh Tuhan Robbul A'lamin, "Hai nafsu, sekarang kau siapa dan aku siapa?" "Akulah nafsu dan Engkaulah yang menjadikan aku," jawab nafsu.

Maka mahukah kita menjadi hamba nafsu, yang setelah dihumban ke dalam api neraka yang panasnya tidak terjangkau oleh fikiran manusia, bukan sekali dua, tetapi TIGA, baru mahu tunduk patuh kepada Tuhan Robbul A'lamin?


Ahad, 13 Mei 2012

~pEnAt sUnGgUh~

Hari ini saya penat. Sangat penat. Penat fizikal. Penat emosi. Penat jiwa. Penat fikiran. Penat otak. Penat hati. Semua la penat.

Saya penat.

Kadang-kadang  rasa nak lari je.. Lari jauh-jauh. Takde sape pon yang boleh kejar.

Kadang-kadang rasa nak jerit je.. Jerit sekuat hati. Biar semua orang dengar.

Kadang-kadang saya rasa nak terjun je... Terjun dari gunung masuk gaung. Biar dunia terasa gegar.

Kadang-kadang saya rasa nak marah je.. Tengking semua kat sekeliling. Sebab saya dah hilang sabar.

Tapi saya tahu, itu bukan caranya. Takkan selesai masalah punya. Tambah lagi ada.

Alangkah malunya saya untuk rasa penat. Layakkah...? Cukup syaratkah saya nak rasa penat nie...?? Haih...

Nasib baik ada 'keluarga.' Dalam penat-penat saya tadi, terasa hilang lelah dan sakit kepala, tengok semua orang gembira. Makan sama-sama. Gelak sama-sama. Duduk berbincang sama-sama. Hilang terus penat di dada. Saya gembira! Saya suka! =)

Ya Tuhan, terima kasih buat segalanya...



 

Khamis, 10 Mei 2012

~aKu InGiN....SeGaLaNyA...

aku ingin.. segalanya..
namun aku sedar.. aku hanya manusia yang di tanganNya

ya Allah.
jika impianku..harapanku..mimpiku..
tidak kesampaian..

kurniakanlah ia di syurga sana :)

Rabu, 9 Mei 2012

~SeLaMaT TiNgGaL sEmaLaM..T__T~

Assalamualaikum wbt.

Saya sememangnya kuat berangan-angan, kononnya nak jadi solehah. Tapi insyaAllah jika niat dah ada, Allah akan bantu kita ke arah itu. Tapi kena berusahalah sungguh-sungguh dalam menjayakan misi dalam saki baki umur yang masih ada.

Andai ditoleh ke masa lalu sememangnya terasa lemah semangat. Banyaknya dosa dan noda. Namun, jika kita sentiasa melihat ke belakang, sampai bila-bila pun kita tak dapat lepas dari diri kita yang lama. Setiap hari apabila bangun dari tidur, jadilah diri yang baru. Tinggalkan sahaja diri yang semalam. Andai diri yang semalam kurang baik, diri hari ini patut lebih baik. Andai diri yang semalam sudah baik dan solehah, hari ini patut lebih dan lebih lagi baik dan soleh dari hari semalam.

Saya meneliti hadith popular ini: Nabi SAW bersabda:

 "Tujuh golongan berada dalam lindungan Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain lindunganNya; pemimpin yang adil, pemuda yang rajin beribadah, seseorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid, dua individu yang menjalinkan cinta dan kasih kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang dirayu wanita cantik dan berkedudukan namun berkata, 'Aku takut kepada Allah!', seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah sendirian lalu bercucuran air matanya." (HR al-Bukhari dan Muslim).

Melalui hadith ini, Allah memberikan banyak peluang kepada kita untuk berubah. Takkanlah dari kesemua yang disenaraikan di atas satu pun kita tak mahu raih?.. (^__^)

Fighting! Cuba salah satu jika nak dapat lindungan bayangan Arasy di akhirat kelak...

Rabu, 2 Mei 2012

~Jangan Bersedih Bila Di ‘Tolak’…~


Sehari dua ini, yang berdendang dalam komputer saya adalah lagu-lagu sedih. Saya pernah nak happykan diri saya dengan tengok drama Jepun, tetapi drama Jepun itu pun ada ceritakan yang watak perempuannya kena tolak. Saya masih ingat saya menangis bila tengok drama itu.

Bila saya tidur, saya sentiasa berharap agar saat saya bangun, semua yang saya hadapi adalah mimpi.

Lemah. Perit. Sakit.

Jiwa rasa terseksa. Seakan-akan tersepit.

Untuk beberapa hari, begitulah yang diri ini rasakan.

Tetapi untungnya diri ini, adalah apabila mengikuti tarbiyah dan mempunyai sahabat-sahabat yang dapat memberikan semangat dan motivasi.

Saya mengadukan masalah saya kepada sahabat-sahabat seperjuangan.

“Kadangkala, benda-benda macam ini jadi sebab Allah mahu kita tingkatkan diri kita lebih lagi.”

Ya. Begitulah sahabat saya sebut kepada saya. Mengetuk jiwa saya. Membuatkan kabut gelap dalam diri sebelum itu, seakan pecah sebentar untuk memberikan saya peluang melihat cahaya.

Tingkatkan diri lagi.

Kadangkala, benda macam ini, perlukan masa Hana. Kena ingat balik, kenapa bercinta.” Seorang lagi sahabat mengingatkan.

Perlu ingat balik kenapa bercinta. Ya. Ketika itu saya mula teringat apakah makna cinta pada saya. Cinta, adalah ingin bersamanya ke syurga. Jadi, mustahil peribadi seorang yang hendak ke syurga, selemah ini?

Bila putus cinta, mahu merasa seperti hendak mati. Seakan tidak bermakna hidup.

Apakah itu peribadi manusia yang hendak membawa seseorang ke syurga?

Selepas itu saya tersedar.

Dan bangkit.


Bukan Mudah. Tetapi Bukan Mustahil. Dunia Belum Berakhir.


Bukan mudah. Benar.

Tetapi perlu diingat, bukan mustahil.

Memang ada masa, mengalir juga air mata ini bila terkenangkan diri ditolak. Tetapi sebagai seorang yang berhajat ke syurga Allah SWT, yang memegang makna cinta yang luar biasa, saya perlu kuat untuk memecahkan paradigma cinta yang biasa dijaja.

Putus cinta kelar tangan. Putus cinta jadi orang jahat. Putus cinta terjun bangunan. Putus cinta pergi serang orang yang tolak. Putus cinta hidup jadi celaru. Dan sebagainya, yang dijaja oleh dunia hari ini, yang mewarnakan wajah cinta. Saya, perlu membuktikan bahawa cinta bukan sedemikian!

Jadi, ‘bersamanya ke syurga’ bukan bererti saya dan dia jadi suami isteri untuk ke syurga. Tidak semestinya. Asalkan dia dan saya berada di dalam syurga, itu maksudnya. Jadi, tugas saya yang sudah di’reject’, adalah meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak pula menganggunya.

Maka saya teruskan kehidupan. Saya luaskan pandangan saya terhadap dunia.

Ya, saya kena reject. Tapi saya masih ada sahabat-sahabat serumah, rakan-rakan sekerja, Abah dan adik beradik, serta kekuatan dari diri saya sendiri. Bahkan, saya masih ada Allah SWT untuk saya abdikan diri, saya masih ada tanggungjawab untuk diteruskan lagi. Di situlah saya fokuskan kehidupan saya.

Meluaskan pandangan terhadap kehidupan. Satu perkara yang penting, crucial, apabila cinta ditolak atau putus cinta. Mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang bodoh, menghalang kita dari tidak bersemangat dan sebagainya.

Bukan tidak boleh bersedih, menangis, merasa hiba. Silakan. Saya juga demikian.

Tetapi jangan lupa, tujuan hidup kita di atas muka bumi ini bukan untuk ‘mendapatkan seorang lelaki/perempuan’. Tetapi adalah untuk mengabdikan diri di atas muka bumi ini.

Jadi, cinta yang sebenar, jika kita benar mencintai seseorang itu, maka bila dia reject kita, kita doakan kebahagiaan buatnya. Dan kita teruskan kehidupan kita, dengan tidak lagi menganggu kehidupannya.

Itu yang sepatutnya kita lakukan!

Maka, pandanglah peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.

Palingkanlah wajah kita kepada Allah. Mungkin putus cinta, cinta ditolak, adalah panggilanNya untuk kita lebih merapat kepadaNya, membersihkan diri dan menjadi hambaNya yang lebih baik lagi.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syu’ara ayat 30.

Mungkin kita kena reject kerana dosa kita. Kerana akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Menyebabkan Allah tangguhkan dahulu kebaikan buat kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita, dengan menguji kita, agar kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?

Positif. Bersangka baik kepada Allah!



Selepas itu, walaupun saya kadangkala teringat akan lelaki yang saya cinta, tetapi alhamdulillah, saya melalui kehidupan dengan baik. Tidak tension. Tidak lemah.Bahkan saya sibukkan diri saya dengan merapati para pelajar dan menjalankan tugasan seperti biasa..

Dan alhamdulillah apabila direject, saya dapat menyelami perasaan orang lain yang direject, lantas dapat membantu mereka. Itu antara hikmah mengapa Allah beri saya rasa direject.

Apa yang penting, luaskan pandangan.

Putus cinta, ditolak, bukan pengakhir kepada kehidupan.

Lepaskan terus, bila telah putus dan ditolak. Usah difikir lagi. Teruskan kehidupan.

Kita akan nampak, luasnya rahmat Tuhan.

“Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya(rahmat itu) bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” Surah Al-A’raf ayat 156.

Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak kebaikan di dalam hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita. Mungkin kita diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?

Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.

Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!