Jumaat, 7 Disember 2012

~UnTuK KeSeKiAn KaLi TaNpA DiA.. :'( ..




~Allahu rabbi.. setiap kali ungkapan ini keluar dari bibir:

"Mak.."

Then, diulang lagi..

"Mak.." :'(

Terasa seperti si-dia-yang-tercinta ada di sini..
Terasa seakan-akan dijawab panggilan itu..

"Ya anakku.."

*.. Tapi dia berada jauh..tersangat jauh..Hanya Allah saja yg tahu perasaan ini..Rindu..Disaat Rindu..Mata Ini Tercari-cari Wajah Itu..Walau Terpisah Beribu Batu..Walau tak dpt ku tatap wjhmu..Walau tak dpt ku lihat Senyumanmu..Walau tak dapat ku merasai hangatnya pelukanmu..Namun..Doa Buatmu Tetap Ku Kirimkan..Semoga si-dia-yang-tercinta sentiasa dalam RahmatNya..Ameen.. :’)





Pada 10 Disember 2009 yang lalu bagaikan merentap kasih sayangnya.Tangannya yang kukucup masih terasa akan kehangatannya..Tetapi kini semuanya tiada lagi, hilang terpisah jauh. Terasa kosong tanpanya di sisi seperti satu ketika dahulu.

Tiada lagi kata-kata nasihat yang dapat ku dengar, yang dahulu seringkali mengisi rongga telinga. Tiada lagi senyuman girangnya menyambut kepulanganku. Tiada lagi keenakan air tangannya, suaranya yang sering berborak di beranda rumah. Benar-benar ia satu kenangan yang menggamit ke sanubari.

Demikianlah hakikat kehidupan manusia, tiada yang kekal selamanya. Semuanya pasti meninggalkan dunia ini bagi meneruskan perjalanan menuju ke negeri abadi.

Biarpun telah kering air mata, kesedihan juga telah terluput, namun kematian bukanlah garis pemisah. Masih ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Membantu mereka di saat-saat ini adalah sebesar-besar bakti. Sesungguhnya akhirat itu panjang masanya dan amat dahsyat keadaannya. Justeru, sentiasalah panjatkan doa buat mereka. Mudah-mudahan ianya menjadi cahaya yang menerangi mereka di sana.

Daripada Abu Hurairah ra; bersabda Rasulullah saw: Apabila telah mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah saw lagi yang dikhabarkan oleh Ibnu Abbas ra: “Tiadalah jenazah yang memasuki kubur itu melainkan seperti seorang lemas menggapai tangan memohon pertolongan menunggu doa , ibu, saudara, sahabat. Apabila diberikan kepadanya doa, ia lebih dikasihi daripada dunia dan apa yang ada di atasnya. Dan sesungguhnya Allah akan memasukkan kepada ahli kubur doa penduduk dunia seperti bukit dan sesungguhnya hadiah orang yang masih hidup kepada yang telah mati adalah permohonan keampunan bagi mereka.” (Riwayat al-Baihaqi)

Benar-benar saya terkesan dengan hadis junjungan mulia ini. Peluang untuk berbakti setelah disiakan tatkala mereka masih ada. Pastinya ia tidak sama dengan berbakti ketika masih hidup. Saya merintih memohon keampunan-Nya.


Kenangi mereka sebelum terlambat

Semasa ibu dan bapa masih ada, seringkali kita merasakan masih mempunyai banyak masa dengan mereka. Lalu kita sia-siakan masa yang ada untuk menziarahi serta berkongsi suka dan duka, sedangkan masa yang ada hanya sebentar sahaja. Kadang-kala kita menangguhkan kesempatan untuk berbakti kepada mereka, sedangkan ianya terhidang luas ketika itu.

Sebelum terlambat, mereka yang masih mempunyai ibu atau bapa atau keduanya, kenangilah mereka. Ya, mereka telah lanjut usia. Mungkin kita merasakan kehadiran mereka mengganggu kelancaran perjalanan hidup kita. Na`udzubillah, jika kita ada prasangka demikian. Ingatlah, tanpa mereka kita tidak berada di dunia ini. Tanpa pahit, jerih, susah dan payah mereka kita tidak akan menikmati kejayaan dan menjadi diri kita saat ini.

Ya, mereka telah lanjut usia. Apalagi yang mereka harapkan, hanyalah kasih sayang dan perhatian dari anaknya. Tidak rugi kita membahagiakan mereka sementara mereka masih hidup. Tetapi seribu penyesalan apabila mereka telah meninggalkan dunia ini, sedangkan ketika itu barulah kita terkial-kial mahu membahagiakan mereka. Sekiranya pusara mereka kita hiasi dengan dengan kilauan emas dan batu nisan yang bertatah berlian sekalipun, semuanya sudah terlambat dan tiada manfaatnya.

Emak saya telah pergi, namun saya akan terus mengirimkan doa buatnya, juga kepada manusia seluruhnya. Mudah-mudahan tatkala terpisah nyawa dan jasad saya, Allah akan membuka pintu hati bakal anak-anak saya serta manusia seluruhnya berdoa kepada saya.

Saya harapkan demikian...

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan...

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup...
(Selimut putih - El Suraya)



~10 DISEMBER 2009-10 DISEMBER 2012..3 tahun sudah berlalu..tetapi begitu cpt masa berlalu..bagaikan semalam berlaku..kata seseorang "seCINTA mana pun seorang lelaki terhadap seorang wanita, di hatinya tetap seorang IBU" ~..kataku "hanya ada IBU BAPA yang SAYANG, CINTA dan TERIMA kita sepenuh hati tanpa syarat"

Mood: Hayatilah bersama...ringkas..tapi..ketahuilah MAK adalah insan mulia di hati aku dan kau!..Al-Fatihah.. :’)



Rabu, 5 Disember 2012

~SyUrGa @ NeRaKa..mAnA PiLiHaN KitA?..

Peringatan penting buat kita..

Buka hati.. Renung-renungkan.. Cuba muhasabah balik diri kita.. 3 minit saja.. insyaAllah..

Ketahuilah bahawa di negeri akhirat kelak,
kita semua akan di bahagi-bahagikan kepada dua rombongan.
Dua rombongan besar ini akan dihantar menuju ke salah satu daripada dua tempat.
Dua tempat itu ialah Syurga dan Neraka.

++++


Adakah ketika ini, kita sedang bersama dengan rombongan yang bakal ke Neraka?

Jawabnya “YA” sekiranya kita tidak serius mempedulikan Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Perhatikanlah.. Baginda sibuk memberi peringatan, tetapi kita sibuk mengabaikannya.
Sehingga kita lupa akan pertemuan di Akhirat sana.
Maka, termasuklah kita dalam rombongan yang celaka itu. (Na’uzu billah min zalik..)

Fahami dan hayati peringatan Allah ini;

وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاء يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ

Orang-orang yang ingkar dibawa ke neraka Jahanam secara berombongan.

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu, dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya:

"Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antara kamu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?"

Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang ingkar. [Az-Zumar 39:71]

قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

Dikatakan (kepada mereka):
"(Silakan) Masukilah pintu-pintu neraka Jahanam itu, kamu kekal di dalamnya!" Maka neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri..[Az-Zumar 39:72]

Aduh.. Tertunduk hati mengenangkan keadaan malang itu..
Adakah diri ini yang akan dipersilakan masuk ke dalam Neraka itu?
Adakah diri ini yang akan dipersilakan menikmati kesengsaraan Azab?

++++

……. Ya Allah.. Diri ini berlindung kepada-Mu….....
…… Masukkanlah diri ini ke dalam rombongan yang bakal ke Syurga-Mu…
.............Masukkanlah kami dalam rombongan yang Engkau Redhai.......
…………………………………..Ameen………..

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ

Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga secara berombongan (juga).

Sehingga apabila mereka sampai ke syurga,dan pintu-pintunya dibukakan, berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu!..Berbahagialah kamu!..Maka masukilah syurga ini.. Kamu kekal di dalamnya"...[Az-Zumar 39:73]

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ
مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاء فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".
[Az-Zumar 39:74]

*Periksalah diri kita masing-masing..
Rombongan di akhirat hanya ada dua..Tiada yang ketiga..
Rombongan ke Syurga & Rombongan ke Neraka.
Pilihlah.. :'(

Ahad, 2 Disember 2012

~SuNyi sUNgGuH..tAPi AkU aDa DIA.. :')




Aku melihat henset samsung galaxy yang ke lapanpulohlapan kalinya..Sunyi...ya,benar sunyi...biarlah kalau yang sunyi itu yg membuatkan Allah redha...lebih tenang begini. untuk apa gembira tapi Allah tidak gembira. untuk apa bahagia kalau Allah tidak redha..

Percaya...Itu mesti...aku merancang, kita merancang..tapi Allah jualah sebaik-baik Perancang...Allahu.

"Terima aku selepas istikharah..Tolak aku juga dari Istikharah...Sebab jenis kita manusia, takkan salahkan mana-mana pihak apabila letak keputusan pada Allah..dan kebarangkalian untuk merungut itu dan ini selepas buat keputusan amat tipis."..Allah..jadikan aku hambaMu yang redha…

***

"untuk mendapat apa yang dicintai, bersabarlah menempuh apa yang dibenci"

sabarlah sikit, nanti kamu akan tahu jugak manisnya bila berjuang menahan diri daripada melakukan apa yang Allah tak suka :')


Bismillah…pahat dalam hati Dia satu-satunya cinta Teragung. :")