Isnin, 27 September 2010

~WaRkAh tErAkHiR bUaTmU..~

Adik, sejauhmana pun indah UKHWAH kita, dunia ini tetap hanya pinjaman...
Kau hadir, menyinari, kemudian pabila tiba masanya kau tetap pergi.

Benarlah sabda junjungan, supaya kita mencintai sesuatu sekadarnya kerana suatu hari nanti kita akan membencinya.

Terkadang pahit rasanya. Kini, segalanya berbeza. Kita bersama hanya dalam keadaan fizikal. Tetapi 'jiwa' dan 'roh' kebersamaan yang sebenar itu sudah hilang. Aku juga tertanya-tanya mengapa. Mungkin ini ujian Allah buat UKHWAH kita. Syaitan juga giat menambah perencah-perencah mazmumah. Sangka buruk, tidak puas hati, amarah, benci, kecewa, terluka, sakit hati. Allah, bertambahlah retak hubungan kita.

Namun, apalah lagi nikmat yang membuatkanku aku terlalu bersyukur selain hadiah 'UKHWAH' yang Allah kurniakan ini..

Adik,demi Zat yang jiwaku berada dalam tanganNya.KamuuUlah yang mengingatkanku kepada pencipta,Kamulah yang mengingatkanku tentang pahala dan dosa,kamulah yang membantuku menjaga ibadahku, kamulah yang membantuku mencintai Tuhan lebih daripada segalanya, kamulah yang mengingatkanku selalu supaya aku menyerahkan pergantunganku segalanya kepadaNya,kamulah yang mengingatkanku bahawa aku ini seorang hamba.

Adik, demi Allah yang kehidupanku berada dalam genggamanNya. Kamulah yang mengajarku tentang indahnya persahabatan, kamulah yang memimpin tanganku tika aku bertatih melalui denai perjuangan, kamulah yang mengajarkanku untuk memenuhi masaku dengan beribadah kepadaNya.

Aku lebih redha jika yang tinggal bersamaku hanya kenangan kita. Kerana jika saat ini kamu bersamaku, saat akan datang kamu akan pergi juga. Tika itu sudah tentu aku menangisi kehilangan kamu dengan tangisan air mata. Tahukah kamu bahawa perpisahan itu memeritkan?

Tidak mengapalah jika kamu hanya tinggalkan bersamaku kenangan kita. Agar jika aku rindu, akan kusingkap semua layar kenangan yang telah kita cipta.


Aku ingin sekali menatap wajahmu seperti dulu, rindu semangat kamu, rindu tawa kamu, rindu tangismu, rindu senyummu.


Aku rindu kemesraan kita, berkongsi suka dan duka, bersama bercerita tentang hati dan masalah kehidupan, rindu muhasabah kita, rindu rehlah kita, rindu untuk makan bersama, rindu segalanya.


Adik, terima kasih atas 'kenangan' yang kamu berikan. Sekurang-kurangnya walau kamu tiada di sisi, namun 'pelangi' dan 'matahari' yang kamu hadiahkan ini mampu buatkan aku tersenyum dalam kepahitan mengharungi perjuangan.


Adik, terima kasih atas untaian doa yang kamu kalungkan. Walau tidak ada lagi tangan yang mengusapkan tangisan, bahu yang meringankan beban, senyuman yang meredakan kegelisahan, tawa yang mententeramkan, kata-kata semangat yang mententeramkan. Tidak mengapalah. Bukan itu hakikatnya harapan persaudaraan. Hanya doa darimu yang menjadi penguatku, walau kita tidak seperti dulu.


Adik, berdoalah agar kita bisa bersama-sama berteduh di bawah naungan yang Maha Esa. Kerana Kekasih Agung Kita, Rasulullah s.a.w sudah menjanjikan. 'Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah' akan bisa berteduh di bawah naunganNya.



Adik..kamu tetap dalam hati, selamanya.


Ikhlas Menyayangimu,

Alang..

Sabtu, 25 September 2010

~DaUn Y aNg JaTuh TiDaK aKaN mEmBenCi AnGiN..~

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”



Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia.. tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya..Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza,saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya,kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya,saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya.

Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya.Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.


Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.

Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.



Jumaat, 24 September 2010

~ Selamat Jalan dik..~

Angin...
Jika kau berhembus lembut melaluinya.. katakan padanya.. aku temannya selamanya..

Air..
Jika kau mengalir melintasinya.. beritahulah padanya.. aku memohon maaf atas segalanya...

Burung...
Jika kau terbang melintasinya.. sampaikan kataku ini kepadanya ..

”kita dipertemukan lewat takdir Tuhan, kita bersama atas kasih persaudaraan.. kita dipisahkan kerana batas waktu seharian.. namun kasih kita subur berpanjangan.. doa yang aku panjatkan untukmu sentiasa terangkai dalam satu jambangan.. malah harumannya tersebar istimewa buat seorang insan.. semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan..”


Salam sayang kutitipkan buatmu yang jauh dimata..tapi sentiasa dekat dihati...Meski jauh dibatasi jarak dan waktu.. ingatan buatmu tetap bertamu... kadangkala sunyi dari berita..namun tidak bermakna dilupakan..mungkin silap diri ini kerana tidak begitu memahami erti fitrah persaudaraan.. maaf atas segala kelemahan diri..

semoga kita di antara hamba yang dinaungi syafaat Allah di akhirat kelak... semoga ianya kerana ketulusan pada sebuah persaudaraan....

Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud ;
Teman-teman karib pada hari itu, saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa...


Sejambak kasih buatmu...

Angah..terima kasih di atas segalanya! Tidak mampu untukku membalas kebaikan yang dihulur.. hari ini kau pergi meninggalkan bumi tercinta.. demi menyambung perjuanganmu..semoga dirimu kuat dan sabar menghadapi hari yang mendatang..

Aku disisi tidak mungkin menghilangkan resah hidupmu..aku disisi juga tidak selamanye diperlukan.. tapi sebagai seorang insan yang pernah mengenali dan menyayangimu.. aku pasti bersamamu dalam setiap kepayahan.. dalam setiap kedukaan..dalam setiap mehnah kehidupan..ayuh, timba ilmu sedalam mungkin.. dan berbakti pada kampung halaman.. =)

Walaupn dirimu jauh, di bumi mesir.. diri ini begitu mengingatimu..mengenali mu lewat takdir yang lalu..sangat bermakna dan tak mungkin dilupakan..masih segar detik-detik ukhwah yang terjalin..

ermm...mengenalimu juga memberi sejuta rasa buat diri ini.. sedih, kecewa., marah, gembira.. namun, mengenalimu dapat kurasai nikmat kasih sayang Tuhan...

Angah.. kenangilah saat memori yang kita lakarkan suatu masa dahulu..

Andai satu hari nanti kita terpisah..
biarlah MAUT penyebabnya..
bukan kerana SENGKETA..
bukan kerana FITNAH..
bukan kerana BERMUSUHAN..
bukan juga kerana JARAK DAN MASA...
kerana UKHWAH kita tiada gantinya..
biarlah kekal hingga ke SYURGA..
Insya Allah...

**********

Ya Allah,
Jadikanlah hati-hati kami setenang air..
Rindukanlah hati-hati kami pada syurga nan abadi..
Jauhkanlah hati-hati kami dari badai ombak kesesatan..
Agar saat hari kami bertemu Mu Ya Ilahi..
Lisan kami basah menyebut..
Kalimah syahadah...

Wahai Pemilik Nyawaku,
Baruku sedar..indah nikmat UKHWAH itu...
Tak pandai aku bsyukur..
Kini kuharapkn cintaMu..
Ampuni khilaf & silap selama ni Ya Ilahi..
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku..
Pada saat ujian dan dugaan datang bertubi-tubi menimpaku..
Aku terkapar lemas bersimpuh di hadapanMu..
Memohon ampun dan belas kasihMu padaku..
Agar Kau hentikan semua yang menimpa diriku....
Kerana aku takut tidak kan mampu lagi menahannya...
Tuhan..
Kuatkn aku...Lindungiku dari putus asa...
Jika kuharus mati..pertemukan aku dgnMu..
Ameen Ya Rabbal A’lamin..



Disaat ini..mekar ingatan melayang buat insan yang ku kasihi…saat ini, rindu kian mengasak jiwa...



Benarlah... jika dikatakan embun pagi itu suci, suci lagi UKHWAH yang dihulurkan..

Khamis, 23 September 2010

~KeNaPa dAn MeNgApa???~

Saya buka gallery handphone NOKIA 6300 kesayangan saya. Search lagu yang boleh ditemani tidur. Taubat seorang hamba nyanyian irsyadee feat Hafiz Hamidun kemudian beransur ke Langkah tercipta by UNIC. Huh~ saya mengamati liriknya satu persatu..(mulanya nak tidur, tapi terus buka laptop dan menulis... heee)
Dapat sesuatu yang mahu diluah ke dalam blog... dan... inilah!

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah..namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


****

Percayalah.
Allah tidak akan menguji sesuatu melainkan dengan kekuatan diri kita.
Persoalan kenapa aku? Kuatkah aku? Kenapa dan mengapa... ini juga pernah bermain di benak saya. Mungkin juga saat ini. Tika ini saya resah, saya gelisah. Dan saya pasrah!


Nah.. ini jawapannya.

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216) KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima. (Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Al-Imran ayat 200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Surah (Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka….. (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. (Surah At-Taubah ayat 129)


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ……
dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. (Surah Yusuf ayat 12) ****

Wahai Diri...

"Pandanglah ujian dengan hatimu..ujian adalah perbuatan Tuhanmu bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu...
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan..
bila sudah lulus dan dipilih,Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya... keteguhan kamu melintasi ujian..menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat.. inilah keadilan-Nya."

+++
mencari harga sebuah kesabaran..
andai sabar dapat dibeli..pasti tak ternilai harganya..dan semua manusia tidak mampu membelinya.. tapi ia dapat dimiliki dengan kekuatan jiwa yang dipohonkan dari-Nya..
belajarlah untuk sabar...

Allah always be there..always! +++

***

Tuhan..aku hamba-Mu membawa hatiku pada-Mu..
Tuhan..aku mahu Engkau bangga denganku..
Tuhan..aku mahu namaku disebut di langit sana.. kerana "sabar"


Allah.. thanks for being there. always!


"maka Bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya" 70 : 5 - Al-Maarij

Jumaat, 17 September 2010

~ Rahmat di sebalik ujian~

Perasaan apakah ini…?
Aku benci untuk ada perasaan sebegini. Tidakkk!!!

Tapi.. benci lagi aku pada kawan makan kawan.

Sekarang...Time to see..siapa kawan, siapa lawan. Siapa ada, siapa takdak, siapa senang, siapa susah. Kan?

Kenapa ya tiba2 aku cakap hal ni. Huuhh..malas nak bagitahu.

Lucu betul dengan manusia...sedih pun ye jgk..Alasan yang tak logik. Tapi lagi sakit ati dengan sikap korang...tuduh-tuduh xde bukti..apa nie?????
Oh..rupanya aku sedar..
Dan aku perlu tahu………itu sebahagian ujian..ade rahmat yang tersembunyi..

Berhati2lah dengan semua makhluk.
Berharaplah pada Allah yang satu. Tiada dua. Tidak mengecewakan.


Kata seorang sahabat,

Jika ditakdirkan aku begitu, Mungkin ini juga pernah terangkum dalam doa aku yang kini baru dimakbulkan..

Jika aku tiada pilihan untuk memilih, yakinlah pada Allah jua segala pengharapan..

Jika aku berasa disisihkan yakinlah bahawa aku adalah insan pilihan yang diuji sedemikian..


Tidak berlakunya sesuatu itu dengan sia-sia...
Husnu zhon with Allah~

***

Oi sekalian manusia, jangan main2 dengan aku ea…aku bukan insan yang lemah..So, don’t play2 with me aa…

Kalau setakat nak uji kesabaran aku di mana… just wait n see… kesabaran aku tidak berpenghujung. Amin..

Kalau setakat nak tengok sejauh mana aku mampu bertahan.. relax dulu. Just want to say.. that I’m mujahidah. I’m strongest one...Insya Allah..

-end of post-

~Aidilfitri dan keramat seorang ibu..~

Saya kehilangan kasih sayang seorang ibu semenjak 9 bulan yang lalu...Pada 10 Disember 2009, wanita yang mengandungkan saya selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan saya dengan penuh semangat juang, Allahyarham Siti Nah binti Sirat dipanggil oleh Allah SWT setelah lebih dua tahun menderita penyakit kencing manis dan jantung.

1 syawal 1431H yang baru sahaja berlalu..terlalu asing..tanpa emak yang dikasihi dan dirindui..tiada lagi leteran di pagi hari..tidak juga kedengaran suaranya mengajak saya kesuarau untuk menunaikan solat AidilFitri..tiada lagi nasi impit,laksa,rendang air tangan emak..pagi itu..selepas menunaikan solat Aidilfitri..Kami menziarahi pusaranya..bertafakur seketika..manyedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yassin..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..ameen...kami adik beradik berlagu airmata..hanya nostalgia bersama emak di pagi raya terus bermain di mata dan Aidilfitri tahun ini saya rasakan seolah-olah tidak bermakna apa-apa lagi..

Setiap kali saya menziarahi ke pusara mak..saya seolah-olah melihat dia tersenyum dan tetap setia menunggu kunjungan kami adik beradik..dan saya juga lebih menghayati, memahami dan mendalami setiap baris kata dalam puisi agong 'USMAN AWAANG' KEMAKAM BONDA'.Saya lebih memahaminya...sungguh!!!

Pemergian emak telah membunuh segala kegembiraan dan kebahagiaan, selain turut 'meragut' musim indah kami bersamanya..Tanya lah pada sesiapa sahaja yang telah melalui apa yang saya rasakan itu..pasti jawapannya yang datang sama sahaja.Kehilangannya cukup terkesan dihati..
Selepas kehilangan seorang wanita bergelar ibu, Syawal indah hilang serinya dan saya pasti..sepanjang hidup..saya akan menjadi seorang perindu tegar..

Inilah gambar arwah mak yang sangat-sangat kami rindui..



AL-FATIHAH..

oleh itu..beruntunglah barangsiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa, meskipun barangkali hari ini mereka sudah tidak berdaya atau hanya terlantar tidak mampu berbicara dikatil usang dirumah kita.Sekurang-kurangnya mereka masih ada menemani kita walaupun dalam keadaan tiada daya..

Dikesempatan ini juga..saya merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghantar ucapan..yang menghantar kad persaudaraan..Selamat menyambut Aidilfitri yang barangkalinya terakhir buat kita kali ini..Justeru..tingkatkan kasih sayang,terus mencintai insan yang perlu kita cintai, buang jauh-jauh mereka yang membenci..maaf zahir dan batin..semoga Aidilfitri ini rakaman terindah buat kita semua..

Selasa, 7 September 2010

~Maafkan Aku..~

Aku tidak pandai menegur yang silap..
Aku tidak bijak menasihati yang lalai..
Aku tidak bisa mencegah yang mungkar..
Aku juga tidak mampu menjadi yang terbaik..
Aku cuma tahu terjah saja!

Di sebabkan itu,
Ada jiwa yang sakit kerana teguranku...
Ada hati yang parah kerana nasihatku...
Ada mata yang menangis kerana terjahanku..
Ada perasaan yang terluka kerana tindakanku..
Maafkan aku..

Aku tidak pandai menyusun kata yang melembutkan hati..
Aku tidak bijak menulis kalam yang menyedapkan mata..
Aku tidak bisa memujuk dengan tindakanku..
Maafkan aku..

Kadang-kadang aku terlalu mengharapkan kesempurnaan..
tanpa memikirkan kekurangan yang ada padaku...

Sakitmu,

Parahmu,

Tangismu,

Biar aku tanggung !

Aku cuma minta kamu jangan menilai aku..
Hentikan menilai aku!
Aku khuatir nilaian buruk kamu sama dengan nilaian ALLAH terhadapku,
Aku lebih khuatir nilaian baik kamu tidak sama dengan nilaian ALLAH terhadapku,


Ku mohon,
Tegurlah aku jika aku mulai sombong..
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh..
Tegurlah aku jika aku mulai salah...
kerana..
Aku masih sangat perlukan seseorang seperti KAMU..
Hari ini..
Esok..
dan Selamanya..

Ku mohon..
Jangan menilai aku sebaliknya doakan aku.

Doakan aku dan maafkan aku...




~ 28 RAMADHAN 1431H
07 September 2010
Selasa, 15.20 p.mص