Isnin, 19 September 2011

~SeLaMaT JaLaN..

Selamat jalan yea..moga Allah sntiasa merahmatimu..hati ini pedih..jiwa ini pilu..perasaan ini 'sakit'..namun aku tidak pernah membencimu..Demi Allah,terlalu sukar untuk ku lakukan..

~Maafkan aku kerana tidak sewajarnya mendidikmu juga terlalu menurut keinginanmu sedari dahulu..
Maafkan aku kerana amat menyayangimu juga terlalu bersabar melayani karenahmu sedari dahulu..
Maafkn aku kerana tidak menghalang pemergianmu juga kerana setia menunggu kepulanganmu..
Mungkin bukan saat ini kau kembali..Mungkin detiknya suatu hari nanti..
Cuma aku ingin kau mengerti..Aku tetap menanti kebenaran itu muncul sehingga kini & selamanya...T_T

*****************************

kembara hidup tiada yang manis,
langkah kan rebah..
tujuan hidup kian kabur,
peritnya kan dirasai..
terhiris,diguris, dicalar..
itu fitrah hakikat sebuah fikrah..
pada Tuhan dipohon..
moga kembara ini dimudahkan..


Mengenalimu memberi sejuta rasa yang berlainan..marah, kecewa, sedih, ketawa, menangis, pilu, sayang dan rindu..namun, itulah yang dinamakan ukhuwah..anugerah dari yang Maha Penyayang..
kita bertemu diatas jalan daie murabbi..tautan hati kita mampu merealisasikan segalanya..




Ya Rabb! iringkan langkah kami dengan kekuatan..AMEENN..(^_^)

Ahad, 18 September 2011

~KeTiKa aKu mEnAnGiS...T_T...

Adiku......ketahuilah bahawasanya ;

ketika aku menangis,
bukan bererti aku tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin mencari perhatian,
melainkan kerana apa yang aku perhatikan telah mengaibkanku,

ketika aku menangis,
bukan kerana aku ingin dilihat lemah,
melainkan kerana aku tidak sanggup berpura-pura kuat,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin membuat orang rasa bersalah,
melainkan kerana aku sendiri tidak tahu apa yang membuat aku sedih,

ketika aku menangis,
jangan lah engkau menganggap aku lemah,
kerana engkau juga yang menyebabkan air mata ini mengalir....




~Jika tangis ini yg akan redakan luka hati ini berlarutan..maka biarkan aku menangis sendirian...

Sabtu, 17 September 2011

~Aku Benci 17 september..~ T_T

~Aku nak lari dari tarikh ini!!!!! Aku dah cuba tak nak bangun dari tidur, Aku dah cuba nak penuhkan jadual dari pagi sampai malam...Tapi ternyata Allah nak aku hadap dan lihat semua ni...aku belek gambar-gambar lama yang jatuh dekat kaki malam tadi...aku imbas kembali episod hitam itu...Ternyata, semakin aku jauh lari dari kenyataan...ia datang sedikit demi sedikit. Kalau lah aku boleh belah otak dan aku nak buang simpanan memori lama, tarikh ini yang aku nak buang jauh2 dari kotak ingatan aku..sungguh..aku x mampu menghadapinya...~

Aku berlari lagi...jauh aku tinggalkan kesibukan..Aku menonton cerita sedih dan cerita kartun silih berganti...mendengar lagu2 sedih..aku tumpukan perhatian pada kerja2 lain..kerana aku ingin lari dari hari yang menyakitkan ini..Aku berpura2 gembira sedangkan dalam hati hanya Allah yang tahu...aku makan sebanyak2nya..Aku bermain di tepi pantai.....menjerit dan melepaskan segala2nya semahu2nya..Tapi aku masih tak boleh lupa!!!!! 17th Sept,2010 - kenapa kau hadir tahun ini!!! Kenapa??? Ia menyesakkan fikiran aku. NO!!!

Ya Allah..Aku penat..aku lemah..sdgkn mereka bergembira..tetapi aku sntiasa menangis keseorangan..Ya Allah,sungguh aku tidak tahu di mana kesalahanku hingga mereka menolak ku tepi..sungguh aku takut hidup dlm dunia sebegini..di manakah kebahagiaan ku dulu,aku merinduinya..kenapa hidup ku kini di penuhi dgn air mata..sungguh aku penat..berilah petunjuk kpdku Ya Allah..Engkau tunjuk lah di mana silap ku pada mereka Ya Allah sehingga aku di biarkan seorang begini..bantu aku..aku buntu...T_T


*************************************

~17.9.2010..jumaat..10.30pg..tempat yg suci..4 orang saksi bersama 2 helai kertas (ss)..dalam suasana hambar..aku diadili dengan 'zalim'..perasaan dan status aku x dihiraukn..maruah aku dipijak2..ketika ini airmataku tiada harga lagi...aku seolah2 pesalah yang bersedia menerima hukuman MAUT...rase sangat 'kerdil' diri ini dihdpn kalian yg 'hebat2'..sungguh!!aku xkn mmpu lupekn detik2 itu sehingga aku ketemu ILLAHI..

~17.9.2011..sabtu..10.30pg..tempat yg sama..genap setahun..mengimbas detik2 dikhianati..terbayang satu persatu..cukup sdih,pedih..luka ini seolah-olah masih baru..x semena2 airmata ini gugur juga akhirnya..ape slh aku??hinggga diperlakukn sedemikian??....aku langsung x menyimpn dendam..sayang ini masih tersisa..tp aku cukup2 terkilan dan 'tersentak' dgn ape yg berlaku..T_T

mood:inikh balasan utk kebaikan yg dah aku lakukan?inikah cara kalian menunjukkn rasa sayang dan terima kasih untuk semua yg dh aku 'korbankn'?...?.......terima ksih sbb 'hadiahkn' ssuatu yg sgt 'indah' dlm ukhwh kta..T_T

Jumaat, 16 September 2011

~16 September 2010 - 16 September 2011~

~Tak tau nk taip ape..tarikh ini mengingtkn aku pada sesuatu..T_T

Dua situasi yang berbeza:

16 sept 2010..suasana yg sgt janggal..langsung x ade kemesraan..hambar dan x terasa ikatan ksih syg dan Ukhwah antara kami selama ini..tiada lagi gurauan dan kata-kata yang mencuit hati..dan hati ini terus-terusan tertnye2 ape sbnrnyer yg berlaku..

16 sept 2011: suasana msih janggal..tp agak damai wpn ikatan Ukhwah dan kasih sayang antara kami sudah 'longgar'..masih sudi menegur di laman chatting wpn kemesraan itu kian pudar..moga 'hati' ini menerima sgalanyer dgn Redha..terima kasih..(^_^)

Khamis, 15 September 2011

~Sukarnya memaafkan... ;(

Aku benci rasa ini..
Walaupun ia bertandang di laman hati..
Kenapa kau menjelma semula..
Setelah menghilang begitu lama..

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan..
Satu luka berdarah yang menyakitkan..
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu..
Ketika kau lalu di tepian kalbu..

Ah, terasa segalanya terlalu laju..
Bila batas-batas masa dikira..
Setahun itu tidak lama..
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia..

...sukarnya memaafkan..
...sukarnya melupakan..
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan UKHWAH itu terungkai

Episod demi episod telah menyedarkan…
Aku semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah..

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa

Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan....
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!


************
Memaafkan memang tidak kan mengubah masa lalu, tp pasti ia akan mmpermudahkan masa depan...i.allah..

~mood: sdg berusaha dan msih berusaha memaafkan..huk3..

~MeLaNgKaH DaN tErUs MeLaNgKaH..~

Kesekian kali, mengumpul tenaga dan kekuatan meluahkan apa yang terbuku tepu... Semalam yang pergi biarkan berlalu, esok yang datang perlu dihadapi.. memujuk hati sendiri lebih sukar dari memujuk hati insan lain..untuk terus dijalan-Nya..Senang dituturkan, pelaksanaannya sukar, cukup luar biasa dugaan-Nya..


Hari-hari yang telah berlalu, diharungi dengan suram berpanjangan..Untuk mendapatkan hari ini, hari-hari yang lalu terpaksa ditempuhi, meskipun pedih, meskipun sulit, namun hidup perlu diteruskan, walau 50 tahun lagi, walau 5 tahun, walau 5 saat.. harus! Seolah cahaya yang melintas, hadirnya walau sedetik namun melintas mengekalkan sinarnya… hidup pun begitu..terus, terus, dan terus.. hingga sampai kepada titik noktahnya.

Kadang-kadang, terlalu memujuk hati insan lain, agar terus berada atas jalan-Nya, terlupa santapan rohani, terlupa pada diri yang harus dikuatkan.. aku, seperti itu, dalam mengajak, tapi terlupa ‘belaian’ untuk diri sendiri, hinggakan suatu saat, semangat itu hilang, pupus, kosong! Silapnya pada diri, asyik dengan jiwa manusia lain, tapi jiwa sendiri tandus, rapuh berpaut pada dahan.. berterusan mengukuhkan tiang rumah orang lain, tapi anai-anai di tiang rumah sendiri tidak dihiraukan. Terkesan dengan tekanan yang diterima, terkesan dengan masalah orang lain, gagal membuatkan diri sedar satu hakikat.. jangan kerana masalah orang lain, diri dipengaruhi..

Tiada arah untuk memotivasikan diri sehinggakan berasa rajuk berpanjangan, terlalu membawa hati.. lantas, pada hati yang merajuk, pada Tuhan dipinta moga hati ini Allahumma thabbit qalbi ‘ala dinika”.. jadikan aku berterusan sebagai nadi agama, walau hanya secebis dari sunnah Rasulullah s.a.w.

Masalah remeh ; berpuncanya dari semangat yang kian pupus, membuatkan fikiran tidak waras berfikir, mengambil keputusan melarikan diri dari masalah. Bila difikirkan ; itu kerja gila, semangat yang hilang, sepatutnya masalah dihadapi, bukan melarikan diri..

Alhamdulillah, pada dua tiga orang sahabat, ku temui jawapan atas semua desakan masalah ini...

“orang dakwah ni selalu syaitan nak kacau bagi kita jadi lemah semangat, tapi kena sabar la... sambil kita bantu orang, diri kita pun kena sentiasa perbaiki, banyak2 berdoa sebab doa senjata orang mukmin, bila kita sentiasa dekat dengan Allah pasti Allah akan kuatkan kita macam ana kata tadi la, ni smua dugaan untuk orang dakwah, Allah nak tengok sejauh mana kita boleh sabar, atau mungkin dalam buat kerja dakwah tu ada yang tak beres dengan anti. masa kita buat sesuatu, cuba kita muhasabah dari & tengok betul2 apa niat kita sebenarnya buat kerja tu, adakah benar2 ikhlas kerana Allah atau ada sebab lain, kalau niat benar kerana Allah Insya-Allah Allah pasti akan tolong dan kuatkan kita, kalau kita rasa down pun ni adalah dugaan, banyakkan sabar & doa selalu. Setiap manusia ada buat kesilapan, yang penting kita kena kembali ke pangkal jalan...tiap manusia yang berjaya dia belajar dari kesilapan yang lalu, macam tu la dalam dakwah ni...setiap dugaan yang menimpa bermaksud kita dalam perhatian dan kasih sayang Allah. kita buta di dunia tapi jangan buta di akhirat, masih belum terlambat, ada masa untuk kita sama2 baiki dri, banyak lagi benda yang kita kena belajar dalam hidup ni, ilmu kena sentiasa bertambah, kita selalu kata bahawa kita adalah orang yang beriman, jadi Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita. Setiap perbuatan baik kita pasti ada ujian, kenapa orang kata hidup ini pahit? kerana syurga itu manis..... bukan mudah untuk kita mendapatkan sesuatu yang bernilai, perlu dibayar dengan harga yang sangat tinggi, dan itu yang memerlukan kesabaran. Ana cuma boleh bercakap tetapi ana juga sama macam anti kena baiki dri, ana pun ada banyak kekurangan....apa yang penting bagi kita adalah banyak berdoa, banyakkan baca quran dan bangun malam”

Nah, itu hujahnya, hati benar-benar tersentak.. kembali memikirkan patutlah semangat jatuh, rupanya bermula dari niat. Niat mungkin dah pada fikrah Islam, tapi ada perkara-perkara sampingan yang menjadi iringan matlamat bahkan mungkin menjangkau matlamat tertinggi.. susahnya mencapai maqam ikhlas yang tidak terusik. Mudahnya bibir menuturkan diri "amantu billah", namun praktikalnya? Diuji sedemikian pun sudah sesak di jalanan.. Begitu tarbiyyah Allah pada hamba-Nya. Halusnya teguran-Nya. Dibalasnya syurga pada jiwa yang dibeli-Nya. Syukran ukhti, nasihat yang sangat-sangat membuatkan hati mencari hikmah atas apa yang berlaku, menjadikan semangat yang lemah kian bangkit..

SMS diterima seorang sahabat “kaifa al-yaum?” Allah ‘menegurku’ melalui teman-teman, menggerakkan hati mereka memujukku yang ‘rajuk’ pada-Nya.. semua diluahkan, pesannya “ enti dah check ke source the problem? How about amal? Maybe need to improvement” SMS ringkas, namun cukup terkesan, jauhnya dari Tuhan hinggakan semangat jatuh merudum. Pujuknya lagi, "ubat hati tak dapat lari dari kembali kepada fitrah. Solat, zikir. Ana ada baca something about this situation. Ia dinamakan ‘futur’ iaitu ketika hati sedang menolak. Iman boleh naik & turun. Yang penting mesti ada guideline even iman down, we have manage. Ada ukuran tertentu. Ibn al-Qayyim : hati memiliki dua sikap(menerima & menolak). Manfaatkanlah dua situasi ini. Ketika hati cenderung menerima, banyakkan amal soleh & sunat sebanyak mungkin. Ketika hati sedang menolak (futur), ikut la hati dengan melakukan amal-amal wajib..Berinteraksilah dengan hati dengan lemah lembut sehingga sampai saatnya ia cenderung untuk menerima kembali".

Terdiam seketika, memikirkan hakikat jiwaku yang ditangan-Nya.. Subhanaka inni kuntu minazzolimin.. apa yang berlaku, moga ‘ibrahnya terkesan pada jiwa. Semuanya bermula dari niat, betulkan niat, ikhlaskan hati, teruslah berjalan melangkah. Allah menolong!

Sehingga kini, aku kosong, bukan kosong dari semangat, tapi kosong dari bebanan jiwa yang diasak syaitan agar lari dari medan ini. Ingatlah sejauh mana pun dugaan yang datang, luas lagi rahmat Allah mengiringi.

Ku yakin, dan sekali lagi, aku masih hamba-Nya yang terpilih agar jiwa ku kukuh, tegar pada bisikan yang melemahkan.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Senyuman terukir, tanda kebebasan jiwa, leganya dihati, lapangnya dada. Kan ku terus melangkah, melangkah dan terus melangkah…

Selasa, 13 September 2011

~Sungguh..aku rindu..~

Rindu itu bertandang lagi
bersama sejuta kenangan nan indah di hati
ingin ku lepas rindu itu bersama angin lalu
namun baru sebentar ia pergi
ia menerjah kembali


ya Allah..
kuatkan aku dari rindu ini
walaupun kehadirannya sedetik cuma
namun ia cukup menyiksa
hatiku kian resah
langkahku semakin payah
rinduku pada kenangan lalu
berdarah di jiwaku


kuatkan aku ya Allah
kuatkan aku dari rindu yang tidak halal ini
rindu yang bisa merosak dan melalai jiwa
saat aku terleka
rindu itu datang menyapa
datangnya menggoyah hati
bersama titisan air mata ku buang rindu itu pergi


ya Allah...
teguhkan langkahku menuju jalan-Mu
janganlah pernah Engkau palingkan hatiku
setelah sinar hidayahMu Kau beri padaku
sesungguhnya aku sangat rindu
rindu pada keredhaan dan keampunanMu

Ahad, 11 September 2011

~Tabahlah Duhai Hati.. Allah itu sentiasa di sisimu..

sampai satu tahap..
dah tak rasa apa2..

sebab dah malas!

bukan give up! tapi.. ntahlah. aku hanya manusia yang sangat lemahh! T_T

********
masih perlukan bimbingan..huhu


Sabtu, 10 September 2011

~Salam Lebaran 1432H~

Assalamualaikum,

Maaf atas segala kekhilafan,
..lidah yang bebas melontar kata2 ini kadang-kala dikuasai marah..
..janji yang terabaikan..
..hati yang terkadang-kala berprasangka..
..sikap yang sering menyakitkan…
.. untuk setiap kesalahan..

Salam 'eidilfitri buat semua Muslim Muslimat, sahabat2 yang tercinta~dimana sahaja kita bertemu, di alam realiti dan maya..
Kembali kepada fitrah, hakikat penciptaan manusia..
Moga berakhirnya bulan Ramadhan yang indah, Taqwa menjadi pakaian kita..
Ameen.. semoga berjumpa lagi..=)