Ahad, 30 Oktober 2011

~Berkecil hati juga dikira berdosa???!!...

Berkecil hati juga adalah dosa??

bace lahh... :)

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?Then I asked my dad what’s that mean...

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa..Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia,kita juga berdosa..Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia..

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?.

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah..

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah..Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia..Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan..Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo.. Ook..

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..“Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu” dan sebagainya..Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain..“Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah..Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu.. Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."





*****************

alhamdulillah , aku pon baru tau tentang benda ni, brdosa rupanya mrajuk tak tentu hala ni, subhanallah...Peribadi Kita Maruah Kita.....♥

mood: sampaikan kebaikan walaupun satu ayat ..sebarkan ...
selamat beramal .............=)

Sabtu, 29 Oktober 2011

~Dia Tuhan yang satu~

Aku pernah kehilangan kepercayaan diriku.
Kepercayaan bahwa diriku adalah seorang manusia.
Jua seorang hamba..
Yang seharusnya lebih kuat.
Yang seharusnya lebih baik.

Dalam gelapnya kekalutan hatiku ini.
Ku melihat secercah sinar terang.
Yang menghampiriku.
Dan membantuku berdiri.
Hingga akhirnya aku bangkit.
Dari segala kegelisahanku tersebut..

Sinar itu sangat indah.
Sangat terang dan berkilauan.
Ia menuntunku keluar dari kegelapan.
Dan membimbingku erat menuju dunia yang cerah.
Dimana dalam dunia itu kutemukan lebih banyak sinar lagi.
Yang menyambutku hangat.
Dan mengajariku arti hidup yang sesungguhnya..

Ada satu sinar yaang indah.
Yang selalu setia mendampingiku.
Membantuku bangkit dari masalah.
Dan mengajariku arti kedewasaan.
Erti hidup bertuhan
Tak pernah kucuba mengkhianatinya.
Begitulah seterusnya.
Tak pernah pula sedetikpun ia mendustaiku…
Dialah Tuhan yang satu.........

Khamis, 27 Oktober 2011

~kadang-kadang..~

masalah untuk diselesaikan.. bukan dikeluh..

dan kadang2 kita akan lemah~


rayulah pada-Nya~ kerana Dia ada jalan keluarnya.. yang lebih baik~

maka carilah Allah...
setiap saat!

Isnin, 17 Oktober 2011

~Muhasabah Diri Sejenak..T_T..




~Ya Allah..telah kupinta pada-Mu panjangkan umurku untuk hari esok,namun kutetap sia-siakan hariku berlalu tanpa ada perubahan...Tuhan,jangan diakhirat nanti Kau persoalkan aku tentang masa yang telah Kau berikan yang telah aku sia-siakan” Astaghfirullah..Subhanaka inni kuntu minazzolimin…T_T

Selasa, 11 Oktober 2011

~MoTiVaSi uNtUk DiRi..~

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari...Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi...Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama..

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa,segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya...Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa....



Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”


~selawat~..cuba utk melepaskn 'gelas' itu..tapi masih belum ade kemampuan..Ya Allah, bantulah aku..T_T

Isnin, 10 Oktober 2011

25 sept 2011..akhirnya tiba jua..~

Akhirnya dapat juga aku mengemaskini blog nih..da lame x menulis..pe yg menarik yea??hehe..

Ermm..pada 25 September yg lepas..selamatlah aku konvo selepas 3 tahun setengah duk habiskan blaja kt bumi ukm tuh…aku dpt sesi ptg..so, relakslah sikit kan…hari aku konvo tuh jatuhnye pada hari Ahad…so, just nicelah untuk family aku berkumpul sesame…tgk pesta konvo ukm mcm mane…hahahaha..biasa je sebenarnye..x la teruk..x jugak hampeh…hihi…

*************************
Perasaan aku?

Well, untuk konvo nie..mule2 tu aku mcm x rase ape2 sgt pon..tp bile da dekat dgn hari nk konvo tu..ade mcm satu perasaan..x tau nk gmbarkan mcm mane..gembira.. suka...duka..terharu..sedih dan macam-macam..emuanyer bercampur jadik satu..T_T
Malam sblm majlis konvo tu..aku dan family dok menginap di Hotel Bangi Lanai..10 minit je dari Ukm...tmpt tu ok la utk family aku yang tak berapa ramai nih..

*******************
Semasa konvo? Ape terjadi?

Yeah..aku konvo skali ngan kawan-kawan sama sekolah ngn aku..ader 7 orang semuanye..naseb baik ade geng..aku duk ngan diaorg tapi hanya 4 orang je termasuk aku sbb time tuh kitaorang dh tercepat msk dewan..so, x jumpe la yg lagi 3 org tuh..hehe..memula masuk dewan aku mcm cuak jugak la..last2 sbb lame sgt tunggu sampi giliran aku, aku ngantuk lak…dan harap2 majlis ni cepat habis…sampai giliran aku, masa jalan atas pentas aku amik fail skrol tuh ngan diiringi muzik orchestra mcm crite triller… suspen gle…berdebar2..mcm2 pikir..takut la kaki tersangkut kt wayar..mane nk taruk muke..tp alhmdulillah..semuanya berjalan dgn lancar..mcm mimpi je..haha



~nie dia mereka yang sama-sama susah sng dgn aku sepanjang 3 tahun setengah..hehe~


***********************
Lepas konvo?

Sedang elok je aku kuar dewan tu..tibe2 ader flash dari kamera..ntah sape2..ase cam artis pulak..haha..rupe2nyer dua orang pelajar aku setia menunggu dgn kamera canggih..kredit utk asrul dan faize..(^_^)..pastu,macam biasa…bergambo la..x dpt nk gmbr sekeluarga…hari da petang sgt...ase 'cacat' sikit la suasana sbb 'mak' dah xde..tp aku tau..dia melihat dan sentiasa doakan aku dari jauh..terima kasih mak..
Al-Fatihah..isk3..T_T..

Pastu kitaorang balik sbb memasing sume dh lapo…aku pon nk balik cepat sbb penat dan ngantuk…next weeknye tuh aku sambung MC..huhu..pastu aku dan family amek gambo kt studio..siap ngn jubah dan skroll…melayang rm200 lebih untuk gambo je..tp xpe..ader org blnje gmbo tu..terima kasih utk adik dan abah aku yang baik hati..hak3..



~insan-insan yang sntiasa menjadi sumber inspirasiku...^_^


*****************
Akhirnya....

Alhamdulillah…akhirnye tamat satu perjalanan..skrg aku kene tumpukan perhatian pada satu lagi perjalanan yang sedang aku tempuhi..ya! x lain x bukan…usaha utk perbaiki kehidupan..ermm..utk teruskan pengajian master??aku tgh pikir dgn mendalam nih..mampu ker??hik3..insya Allah, boleh kot…aku percaye aku leh buat..cume kekadang tuh aku kene bagi smgt lebih sikit kat diri aku ni yg sedikit malas…huhu...

mood: semangat masih membara..i.allah..hanya menunggu ruang dan peluang utk melanjutkn pengajian..Ya Allah, Kau permudahkan lah...ameenn...