Khamis, 28 Oktober 2010

~Ukhuwwah....~Lillah...~

Bila sebut pasal ukhuwwah.
Yang aku faham..ialah… suka duka bersama.
Tidak meninggalkan dan tidak ditinggalkan.

Dan setiap ukhuwwah itu..akan diuji. Dan disinilah perlunya ‘lillah’
Ukhuwwah fillah.
Means.. for Allah only.

saling menyayangi keranaNya, saling memberi keranaNya, menegur walau ia menyakitkan, menerima walaupun ianya sukar.
Kerana Allah.

Senang untuk sms sahabat2 kita.. ckp tentang ukhuwwah fillah. Tapi berapa ramai sanggup buktikan?

Bila seorang sahabat kita diuji.. atau kita sendiri diuji..itu bermaksud, kita semua terlibat sama. Dan jika kita terseret secara tidak sengaja.. itulah harga yang perlu dibayar~ kerana kesetiaan kita kepada ukhuwwah.

Dan aku sendiri pernah berjanji.
“dia tidak meninggalkanku ketika aku parah dahulu..Alhamdulillah..begitu juga aku.. Jadi, atas alasan apa perlu aku abaikannya?”




Kemudian.. aku mahu kasihinya lebih dari diriku sendiri. Kerana di situ adanya halawatul iman. Dan aku mahu menyayangi dan bertemunya hanya keranaNya agar kami bisa bersama di syurga nanti dengan naungan syafaatNya~

do we? Lillah? insyaAllah!

untuk mereka yang pernah hadir bersama2 di jalan ini..

Dan kini aku parah lagi..dimana dia???..aku pun tak pasti..masih adakah lagi Ukhuwwah antara kami..dimanakah ukhuwwah lillahi Taala yg selalu diungkapkan???Hanya Allah yang Maha Mengetahui sesuatu yg tlh direncanakan untukku..think positif... =)

Khamis, 21 Oktober 2010

~SyuKuR AtAs SeGaLa CiNta~

Saya menanti masa untuk pulang keesokan harinya.. Sambil-sambil itu.. ini ialah coretan saya di saat ini. Saya melayangkan memori… dan melakarkan apa yang saya rasai..

***

Abah..Kakak.Abang..Adik2..anak saudara...sesekali kelibat arwah mak muncul..isk3..rindu mak..

Hidup saya terisi dengan kasih sayang.
Alhamdulillah ya Allah~ nikmat cinta yang tidak terhingga. Mereka memberi cinta tanpa syarat!

***

Saya dikelilingi mereka yang saya sayangi dan disayangi. Ini adalah anugerah-Mu Tuhan!

Namun,di usia begini kebelakangan ini.. lumrahnya, pasti dalam proses membina keluarga. Dan ramai juga yang sering bertanyakan kepada saya “bila nak dirikan masjid” dan risikan demi risikan dari kawan-kawan juga saya terima untuk tahu.. di hati saya, siapa dia?

Erm..mengeluh panjang.

Entahlah, semakin lama semakin lemas dengan soalan ini.
Bagaikan serik untuk bercakap tentangnya.
Dan semestinya saya tidak punya jawapan untuk itu.
Dan saya tidak mahu menjawabnya.
Noktah.

Mahu sahaja bercakap dengan mereka “cukuplah, tak payah tanya tentang hal ni lagi”
Huh~ yang pasti, tidak boleh. Kerana itu hak mereka bila mereka persoalkan.

“Hurm. No comment. Entah esok, entahkan tidak. Urusan-Nya”

Saya juga terima usikan daripada sahabat-sahabat dan anak-anak didik saya.. tentang isu ‘berpunya’. Ai..nakal betul mereka..entah dari mana didengarinya berita-berita palsu ini.

***

Dan jawapan saya setakat ini..

Yang mendatang akan didatangi. Bila tiba masanya.
Sekarang. Kita mungkin telah ditemukan dengan orang yang salah. Bukan kerana Allah tidak menyayangi kita. Tapi kerana kasih-Nya, Dia mahu kita hargai setiap detik yang kita ada…

“Memang Allah sengaja..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
Supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
...Kerana mengingatkan kita bahawa..
dia bukanlah pilihan terbaik untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan..
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
supaya kita faham bahawa Allah yg terbaik utk kita....”

Hari ini. Biarlah saya membawa diri saya ke daerah sepi ini. Menguatkan pergantungan kepada yang Maha Esa, kerana jodoh saya ditangan-Nya. Pertemuan kami sudah dirancang. Pilihan baik atau buruk cara pertemuan. Adalah di tangan kami. Kami?? Siapa kami? Hehe..

Hari ini. Biarlah saya mengusung rindu kepada sebuah penantian. Suatu hari, akan tiba.. Right time, right person! Dan jika tiada di alam fana ini. Semoga di sana dia sedia menanti. Amin!

"kita semua punya cinta.. berilah pada penganugerah cinta. iaitu Allah. cinta sepenuh hati..kemudian berilah pada yang hak... itu pasti"

Yang pasti. Jujur dari hati. Mahu berbicara dengan suami begini..

“Dan akhirnya pada saat ini. Kalau ini kiranya jawapan pada segala doa. Inilah masa yang sesuai. Lillah~ kerana Allah kita dipertemukan dan kerana-Nya juga kita akan dipisahkan. Tiada apa yang mampu saya berikan melainkan harga sebuah kesetiaan hingga ke syurga. Kerana Allah.. jalan ini akan terus mekar bersamamu”



Wah2…sudah jiwang..haha~ dah2.. stop! Nanti ramai yang terkejut bila saya berbicara tentang hal ini. (so, jangan gelak ye!)

buat mereka di luar sana.. usah resah, jangan gundah..andai belum berpunya..tapi yakinlah.. yang mendatang akan didatangi..pada masa yang sesuai..bila sudah takdir...
sekarang.. berbahagialah denga segala cinta yang ada.. syukurilah.. keluarga dan sahabat2... mereka berhak disayangi.. syukurilah..
“perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”

Ini janji Allah. Jadi? Yakinlah!

Selasa, 19 Oktober 2010

~NiKmAt TiDuR YaNg SeMpUrNa~

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba’: 9 – 11).

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin:

Waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam.
Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.


******
Bagaimana patut kita tidur?

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan.Oleh yang demikian,banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan.Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan.

Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.

Dipetik daripada karya Imam an-Nawawi,Riyadhus Salihin dlm Kitab 'Kesopanan Tidur '.
Contoh tidur yang terbaik adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. biasanya pergi tidur tidak terlalu malam, kemudian bangun beberapa saat setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang Tahajud dan berehat menunggu fajar menyingsing untuk bersembahyang Subuh berjemaah.

Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi cara dan posisi tidur:

-cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.

-Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan.

Suatu ketika , Rasulullah s.a.w. berjalan melewati seorang lelaki yang tidur telungkup di dalam masjid; Beliau membangunkan lelaki itu, lalu berkata, "Bangun, duduklah. Cara tidurmu tadi adalah cara tidur ahli Neraka."

-Rasulullah juga melarang umatnya tidur di bawah terik matahari. Secara logik hal ini mudah difahami,karena cahaya matahari sering rnenyebabkan tekanan panas (sun stroke), kejang otot atau krem dan lainnya.

-Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.

-Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

Perlu diketahui dan diingat sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat di dalam fikiran kita sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan terserap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam dan tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.

Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis maka pada umumnya saat anak itu bangun dia akan menangis lagi. Oleh sebab itu, kita dianjurkan agar mengarahkan perhatian kita sebelum tidur pada hal-hal yang berhubungan dengan moral dan spiritual.

Rasulullah s.a.w. menyuruh kaum Muslimin untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Ayat-ayat tersebut dibacakan bukan bertujuan untuk dijampi-jampi atau mantera tetapi sebaliknya dibaca bagi mengingatkan kita kepada Pencipta.

Lebih jelas lagi, Rasulullah memberi petunjuk , "Bila kamu hendak tidur, hendaklah berwudhu seperti akan solat, kemudian berbaringlah pada sisi kanan dan ucapkanlah (doa), "Ya Allah, aku serahkan urusanku pada-Mu serta aku berlindung pada-Mu dengan mengharap pahala-Mu dan takut hukuman-Mu. Tiada tempat berlindung kecuali perlindungan-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang Engkau turunkan dan nabi-Mu yang Engkau utus". Jika kamu mati, maka kamu mati dalam keadaan fitrah" (HR Bukhari-Muslim dari al-Barra bin Azib) .


Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur, lengkap dengan doa-doanya. Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.

3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra’ Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.

4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat…. hingga akhir dan sebagainya.




~Nikmat tidur..jangan disia-siakan... =D

Isnin, 18 Oktober 2010

~Ya Allah..Perkenankan Doaku ini..~

Wahai tuhan,
Ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke neraka mu..
Ampunkan dosaku
terimalah taubatku..
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar..

Ya Allah..
Aku memohon kepadamu untuk mendapat rahmat dari sisiMu untuk membimbing kalbuku..
aku memohon untuk mendapat rahmat disisimu untuk mengatur hal2 yang belum teratur,
menolak godaan,
memperbaiki hubunganku,
memelihara agamaku,
menjaga niatku yang tidak kelihatan,
mengangkat dan mensucikan amalanku yang kelihatan,
mencemerlangkan wajahku,
memberi petunjuk kepadaku untuk melangkah ke jalan yang lurus,
memenuhi hajatku,
menjaga daku dari segala kejahatan..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku pohonkan keimanan yg tulus ikhlas melimpahi seluruh hatiku..
aku pohon juga keyakinan yang benar..
sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan mengenai diriku oleh sesuatu musibah kecuali apa yang telah engkau tentukan kepadaku..
jadikanlah aku redha menerima segala ketentuan..

Ya Allah..
Aku pohonkan keimanan yang jujur..
keyakinan yang tidak kufur lagi kemudiannya..
aku juga pohon rahmatmu yang dpt menampung kemulian anugerah rahmatMu di dunia dan di akhirat..

Ya Allah..
Aku pohonkan kemenangan ketika menemuiMu
ketabahan hati menerima keputusanMu..
aku pohonkan dariMu tempat kedudukan para syuhada'
dan kehidupan orang-orang yang bahagia
dan mendapat pertolongan untuk menghadapi musuh
dan menyertai para nabiMu..

Ya Allah..
KepadaMu lah aku menempatkan hajatku..
meskipun lemah buah fikiranku..
dan singkat amalku..
namun aku amat berhajat kepada rahmatMu..
oleh kerana itu aku mohon kepada Mu Wahai pengadil segala perkara,
penyembuh segala hati,
sebagaimana Engkau telah menyelamatkan aku dari amuk tengah samudera lautan..
semoga Kau selamatkanlah aku dari hukuman seksa api neraka..
huru hara fitnah kubur,
dan godaan-godaan terkutuk yang menghancurkan..


Ya Allah
Dimana buah fikiranku amat lemah,
dan amal-amal perbuatanku sangat jauh dari sempurna,
niat serta cita-citaku tidak mampu berbuat kebajikan yang pernah Engkau janjikan kepada seseorang dari hambaMu
atau sesuatu kebajikan yang pernah
Engkau anugerahkan kepada seseorang dari makhlukMu..
Aku berdoa dan tetap memohon perlindungan dan kekuatan dariMu..
Engkaulah Tuhan,
penguasa seluruh alam..

Ya Allah..
Jadikanlah kami orang yang menunjukkan dan mendapat petunjuk..
tidak sesat dan menyesatkan
bersedia memerangi segala musuhMu
hidup damai dengan segala kekasihMu..
kami akan terus mencintai
siapa yang Engkau cintai
dan memusuhi siapa yang Engkau musuhi..
iaitu makhluk-makhluk yang menentangMu..

Ya Allah..
Inilah doa permohonanku
terserahlah kepadamu untuk memperkenankan..
inilah yang terkuasa olehku
hanya kepadaMu lah terletak harapanku..

Sesungguhnya kami hanyalah kepunyaan Allah..
dan kepadaMu jualah kami akan kembali..


"Allahumma inni as'aluka ridhaka wal jannah..amin ya rabbal a'lamin"




Jumaat, 15 Oktober 2010

~mEmAaFkAn UnTuK sYuRgA~

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi. Jika kita seorang penuntut ilmu,kita akan brhadapan dengan karenah kawan-kawan dan lecturer yang cerewet dan macam-macam peel..Jika kita seorang sahabat, selalunya kita akan berhadapan dengah karenah sahabat-sahabat yang lain..

Dan selagi kita bergelar MANUSIA,selagi itulah kita akn berhadapan dengan pelbagai karenah manusia.. Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci dan dendam kerana berlaku salah faham...
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi..

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang.

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia..Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat..Moga-moga kita termasuk dalam golongan ini..memaafkan dan dimaafi...INSYA-ALLAH.. =D

Khamis, 14 Oktober 2010

~30 PerKaRa TeNtAnG WaNiTa~


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Selasa, 12 Oktober 2010

~kEnApA aKu MaSiH SoLo????..~


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama..Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.


Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


**** dipetik dari www.iluvislam.com ****

Isnin, 11 Oktober 2010

~Ya Rabb..~

serabut! rasa nak menjerit keluarkan semua keserabutan nih..
banyak benda yang berlaku dalam 1 masa,
banyak benda yang kena fikir dalam sesaat..
tapi aku still ada Dia.
tak perlu merawat hati yang tak tenang dengan benda2 tak berfaedah.

+++
Kepada Pemilik Hati Setiap Manusia..
Kerana Engkau Maha Mendengar..
Kerana Engkau Maha Memberi..
Kerana Ditanganmu Segala Takdir..
Mudah2an Dengan IzinMu..
Kerana Engkau Tempat Aku Meminta..

Ya-Rabbul Ariffin,
Tuhanku..
Seandainya telah kau takdirkan ikatan UKHWAH ini bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku..
Luput dari ingatan ku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Rabbul Izzati,
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Dan gelap pekat awan..
Agar aku bisa mncari bahagia...
Walaupun tanpa dirinya..

Ya Rabbul Quddus..Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyayanginya...
Aku pohon agar Tuhanku Melenyapkan perasaan ini
Ameen...


***************
Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

Sabtu, 9 Oktober 2010

~Pilihan Kita???~

Sebuah kisah.. cerita ini sangat-sangat menarik perhatian saya. Dan saya betul-betul menyukai kisah ini ^_* cerita asal saya tidak tahu ditulis oleh siapa, cuma.. saya edit sikit-sikit ea... walau siapa pun penulisnya, saya cukup mengagumi kisah ini..

***

Apakah pilihan anda ??

Sekumpulan kanak kanak sedang bermain di dua buah landasan keretapi yang mana satu masih lagi beroperasi sementara yang satu lagi tidak digunakan lagi. Sebuah keretapi mendatang dan anda ialah orang yang bertanggungjawab menukarkan trek landasan. Anda boleh mengalihkan laluan landasan ke arah laluan yang tidak digunakan lagi dan menyelamatkan ramai nyawa kanak kanak yang sedang bermain. Bagaimana pun, keputusan itu akan mengorbankan nyawa seorang kanak kanak yang sedang bermain di landasan itu. Atau anda membiarkan saja keretapi itu meluncur di landasannya?

Cuba kita fikirkan apakah keputusan yang akan kita ambil.

Fikir.. fikir... fikir.. =D

***

Sebenarnya, saya sudah pun test soalan ini kepada rakan-rakan saya. Hampir 10 orang dan rata-rata mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan laluan keretapi itu dan mengorbankan satu nyawa demi menyelamatkan ramai nyawa.

Saya percaya anda juga akan berfikiran begitu. Saya juga seperti anda berfikiran begitu pada awalnya kerana mengorbankan satu nyawa adalah lebih rasional bukan?

Tapi...........

adakah kita terfikir bahawa kanak kanak yang seorang itu telah melakukan perkara yang betul dengan bermain di tempat yang selamat ??

Namun dia dikorbankan demi menyelamatkan nyawa kanak kanak yang tidak menghiraukan keselamatan dengan bermain di kawasan yang berbahaya. Kanak kanak yang bermain di landasan yang tidak digunakan lagi itu menjadi korban. Jika dialihkan laluan keretapi itu ke arah kanak kanak yang seorang itu akan tentu mengorbankan dia kerana dia tidak menyangka bahawa keretapi akan melalui trek itu. Lagi pun trek itu tidak digunakan lagi dan sudah tentu laluan itu merbahaya untuk keretapi.

Jika kita menukarkan laluan keretapi itu kepada trek yang tidak digunakan lagi akan membahayakan nyawa penumpang yang berada di dalamnya. Dan dalam anda bertujuan menyelamatkan nyawa beberapa kanak kanak akan mengorbankan lebih ramai nyawa yang berada dalam keretapi itu.

***


“Ingat bahawa keputusan yang betul selalunya tidak popular.......dan keputusan yang popular tidak semestinya betul"

***


Everybody knows...
You can't be all things to all people.
You can't do all things at once.
You can't do all things equally well.
You can't do all things better than everyone else.
Your humanity is showing just like everyone else's
So...
You have to find out who you are, and be that.
You have to decide what comes first, and do that.
You have to discover your strengths, and use them.
You have to learn not to compete with others,
Because no one else is in the contest of being YOU.
And then...
You will have learned to accept your own uniqueness.
You will have learned to set priorities and make decisions.
You will have learned to live with your limitations.
You will have learned to give yourself the respect that is due.
And you'll be a most unique and happy human being.
Always Believe...
That you are a wonderful, unique person.
That you are a once-in-all-history event.
That it's more than a right, it's your duty to be who you are.
That life is not a problem to solve, but a gift to cherish.
And you'll always be able to stay one up on what used to get you down!

***


Sekarang… jawab dengan jujur.. anda masih mahu korbankan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak bersalah itu..?

Khamis, 7 Oktober 2010

~Tiba-tiba terjaga dari lena..~

Aku membalikkan badan ke kanan dan kiri.. terjaga dari tidur. Jam masih 3.00 pagi. ”awal lagi”. Seperti malam-malam sebelumnya, hampir seminggu barangkali,kerap kali sekitar jam ini aku terjaga..tiada mimpi yang mengejutkan atau menyeramkan..cuma sesekali bermimpi pada wajah-wajah mereka yang seringkaliku rindui..Kucapai telefon bimbit, barangkali ada sms atau calling yang mengganggu tidurku. Tiada...

Nak kata minum radix? Tak juga..hehe.. tidur awal? Tak juga... rutinku seperti biasa..

Ku belek SOLUSI isu nombor 12... “muhasabah”
Lantas...

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR
Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. “oh, baru pukul 3 pagi”

Dalam situasi seperti di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilhan yang bijak.

Pilihan 1
Kebanyakan dari kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel “apasal la aku bangun awal sangat”. Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah..

Pilihan 2
“oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.” Kemudian sambung kembali ‘ibadah senyap’

Pilihan 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3). Segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah..

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan...

~benarlah, terjaga di sekitar jam ini adalah satu rahmat.. tanpa perlu kita ‘alarm’kan handphone, Allah sudah pun membangunkan kita...betapa sayangnya Dia pada kita.. mungkin ada dosa yang belum terampun.. menyebabkan Dia mahu kita bertaubat saat dinihari... betapa! Engkau Al-Ghaffar.. mungkin ada impian yang Dia hendak tunaikan..membangunkan kita saat doa dimakbulkan.. betapa! Engkau Al-Wahhab...

namun seringkali kita mengabaikan ‘alarm clock’ Allah ini..kembali menyambung tidur...apatahlagi,saat ini cuacanya begitu sejuk. mencecah 23 darjah Celcius..hihi..
hanya manusia yang berhati waja mampu berjihad.. namun, begitu sekali aku mensia-siakan rahmat Allah... doa al-Fatihah supaya ditunjukkan jalan yang lurus.. hasilnya, apabila datang ‘petunjuk’ Allah..ianya hanya sekadar di angin lalu.. akulah diantara manusia yang mensia-siakan rahmat Allah!

Allahumma faghfirli...
Semoga selepas ini, mampu kita menyelak selimut tebal, membasahi anggota wudhu’ dan menyingkap tirai kamar yang sejuk, dingin...

Lantas...

“sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal...
Iaitu, orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka”
(Ali-Imran ayat 190-191)


Tangan bertakbir... rukuk memuji...sujud menginsafi kekerdilan diri.. bertaubat kala dinihari.. berdoa saat dimakbulkan.. sesungguhnya Allah itu dekat...

“dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperolehi kebenaran”
(Al-Baqarah ayat 186)


Semoga kita sama-sama diberi kekuatan melawan nafsu dan mampu bangkit mengerjakan Qiamullail... amin.

Rabu, 6 Oktober 2010

~kEmBaLi PaDaNyA...~

“Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah.. you`ll find your way

Every time you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way”

-INSYA-ALLAH by MAHER ZAIN-

********************
Salah, silap..
Tiada manusia pernah terlepas darinya..

Satu saat.. kita hilang arah, mencari-cari dimana lagi jalan untuk kembali.. hinggakan kita rasa Allah jauh dengan kita, barangkali kerana kita telah tinggalkan-Nya jauh.. namun, yakinlah Dia dekat.. “Inni Qarib” (Al-Baqarah)
Dan Rahmat Allah lebih luas, lebih besar dari dosa yang kita lakukan!

Ujian, dugaan… ia adalah tarbiah langsung dari Allah.. yang penting, hadapilah dengan satu keyakinan..Allah is always by our side.. Sekejap sahaja diuji, tapi segera dikembalikan sinar kehidupan kepada kita.. agar kita sentiasa dekat dengan-Nya..

Ingin memetik sebuah bicara seorang sahabat…

Andai hari ini milik kita,gunakanlah sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita.. andai hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok, rancangkanlah sekemas mungkin tapi jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya.. andai esok buat kita kecewa, redhalah dengan ketentuan, sengaja Dia tentukan sedemikian agar kita terus berhati-hati untuk lusa yang menjelma.. semoga kita lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang tiba biarpun sudah berusaha..

Bismillah tawakkaltu ‘ala Allah..

Allah..
Caranya sentiasanya yang terbaik, walau kelihatan semuanya salah…
Put your trust in Allah!

Isnin, 4 Oktober 2010

~PeRjUaNgAnMu bErMuLa..~

Duhai sayang..
si Mujahid dan si nakal Qurratu A'yun yang menuntut aku bermujahadah dengan S.A.B.A.R..

Hari ini.. aku terbaca sebuah puisi...Baitnya indah..Terkesan di hati.

BALADA SEORANG MURID DAN SEORANG GURU TUA

“tentu kerana ketekunan
Selebihnya sudah suratan
Hari ini engkau berjaya
Memegang jawatan penting negara
Lalu seorang bekas gurumu
Yang sudah lama bersara
Dan kini ditimpa
Sedikit gangguan mental
Merasa terlalu gembira
Lalu mencanang kepada dunia
Engkau adalah bekas muridnya

Sesungguhnya bagi seorang guru tua
Tidak ada yang lebih bahagia
Mencerita setelah muridnya Berjaya
Meskipun ini tidaklah menyenangkan
Seorang muridnya yang bergelar orang kenamaan negara

Sesungguhnya guru adalah sebutir bintang
Masih wujud meskipun terpadam
Dari mata realitimu
Yang terlena”

- Haron A.H, Kota Bharu, 1999

Duhai sayang…
Menatapmu memberi 1001 rasa.
Aku dulu begini, aku kini mendewasa..suatu masa akan punya permata hati sepertimu.

Duhai sayang..
Tidak perlu menjadi seorang kenamaan negara.
Cukuplah menjadi sang Khalifah menegakkan ad-din. jika tidak pada dunia, pada negaramu.. jika tidak pada negaramu, pada masyarakatmu.. jika tidak pada masyarakatmu, pada keluargamu.. jika tidak pada keluargamu, pada dirimu…

Duhai sayang.. dulu Islam asing dan akan kembali asing. Kata Rasul, beruntunglah jika menjadi golongan asing.

Duhai sayang..
Dulu Islam pernah terbilang.. kemudian menjunam.
Nanti.. zamanmu moga engkau yang membuatkan Islam terbilang. insyaAllah.

Duhai sayang.. mendidikmu adalah suatu proses. Bukan suatu sistem. Tarbiah ini adalah panjang. Sabar dan marah silih berganti. Juga guru silih berganti. Namun..ku harap akidahmu kekal yang Satu..

Aku redha.. meski ilmu tidak banyak yang dicurahkan.. aku redha, jika ia mengair basah dalam jiwamu.

Apalah ertinya sangat pengorbanan diri ini dan diri seluruh murabbimu..jika ia dapat membahagiakan dirimu kelak. Di dunia pasti, di akhirat menanti. InsyaAllah!

p/s : esok da stat exam penting..jwb elok2 yea..ustazahmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik..semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang..didunia dan akhirat..ameen..