Rabu, 28 Julai 2010

~ Kemaafan Dendam Yang Terindah~


Kesekian kali, saya mengumpul tenaga..mencari kekuatan meluahkan apa yang terbuku.. Semalam yang pergi biarkan berlalu, esok yang datang perlu dihadapi.. memujuk hati sendiri lebih sukar dari memujuk hati insan lain..untuk terus dijalan-Nya. Senang dituturkan, pelaksanaannya sukar, cukup luar biasa dugaan-Nya.

Hari ini dan hari-hari mendatang terpaksa ditempuhi, meskipun pedih, meskipun sulit, namun hidup perlu diteruskan, walau 50 tahun lagi, walau 5 tahun, walau 5 saat.. harus! Seolah cahaya yang melintas, hadirnya walau sedetik namun melintas mengekalkan sinarnya… hidup pun begitu..terus, terus, dan terus.. hingga sampai kepada titik noktahnya.

Sikap saling memaafkan sekiranya diamalkan sesama manusia setiap hari sebelum tidur, satu perkara yang cukup luar biasa kesannya. Andaikan, semua manusia saling memaafkan, pasti esok dilaluinya tanpa bemasam muka, tanpa muram durjana, tanpa dendam kesumat.. cerminan biasan dari sifat Allah Al-‘Afuww dan Al-Ghafur.. Subhanallah…

Sepanjang perjalanan hidup seorang manusia… dicaci, dicerca, dikritik, dimarahi perkara biasa yang dialami, diumpat apatah lagi… sehinggakan ‘lumrah’ manusia ini terkadang menjadikan langkah perjalanan terhenti, derap larian tersadung dek kerana hati terluka, jiwa terguris…Hati yang inginkan kebahagiaan dalam hidup tiba-tiba disentap dengan cubaan ini, lautan air mata tak kering dan sunyi kerana deretan kerenah manusia disantap saban hari.. Calarnya emosi, bertambah lukanya jiwa…kata orang, luka boleh sembuh, tapi tetap tinggalkan parutnya..
Wah..banyak modalnya kalau berbicara tentang dendam…tapi apabila bercakap tentang MAAF? Semuanya kaku kelu tunduk membisu..

Justeru, diri perlu dibangun, minda perlu ditazkiyyahkan agar menjadi Muslim yang unggul, Mukmin yang jitu… susah? Tapi tak mustahil… MAAF?… Itu solusinya… sukar? Itu mehnahnya..

Tatkala diri dikeji, kita berkuasa untuk tidak memaafkannya kerana hati dan jiwa milik kita, tapi Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengingatkan terlebih dahulu “Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa”. Bahkan ada yang mengatakan maaf adalah dendam yang terindah.

Bila diri dikritik, berpeganglah pada satu hakikat, kritikan bukan bererti membangkang, kritikan dijadikan pembakar semangat, cabaran disahut untuk berubah dan memperbaiki diri.

Benar, sepatutnya kita berterima kasih pada mereka yang ‘menyakiti’ hati dan jiwa kita, kerana dia yang menabahkan kita, berterima kasihlah pada orang yang menjatuhkan kita kerana dia memperkuatkan kita… bahkan bersyukur dan berterima kasihlah pada Tuhan sekiranya pernah dulu kita diuji dengan lemahnya semangat, diduga dengan jatuhnya minda, dicuba dengan rapuhnya jiwa.. kerana itu lambang kasih sayang-Nya.

Bukti sejauh mana hakikat dan kebenaran kita berkata aku hamba yang menyeru. Melihat sejauh mana ketelusan diri yang mengatakan aku beriman.. Dan juga sejauh mana dikatakan Al-Quran diamati sebagai guide hidup…yang paling penting ia mengajar kita erti usaha, doa dan tawakkalnya kita pada Allah, kerana ramai manusia berusaha tetapi terlupa berdoa pada-Nya, ramai yang berusaha dan berdoa, namun masih tidak mencapai maqam tawakkal, bahkan ‘mendesak’ Tuhan agar selesaikan kekalutan jiwa secepat mungkin.. Aduhai.. yakinlah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya.

Memaafkan manusia itu satu kemestian, sedangkan Rasulullah ketika di Taif yang dipelawa Jibril untuk menghempap batu ke atas umatnya yang enggan, insan agung itu rela memaafkan.. Inikan kita manusia yang entah mana darjatnya disisi Tuhan. Ego masih menguasai hati, bukti penyakit hati masih melata liar di dalam hati ; tempat bermukim jatuhnya pandangan Allah. Menelusuri hakikat dosa-dosa, yang dibawa menghadap Allah setinggi gunung sekalipun, Allah mengurniakan keampunan-Nya seluas lautan. Nah! Allah mengajar kita erti kemaafan, sedangkan Dia Tuhan, pemilik segala jiwa masih mengampunkan hamba-Nya yang ‘asi, inikan pula kita hamba yang seumur hidup menghamba.. hanya hamba! Moga hati-hati kita dikurniakan bias sifat ‘Afuww dan Ghafur Allah..amin..

Selasa, 27 Julai 2010

~ Biarkan Segalanya Berlalu~

*****

Saya menahan rasa perit, derita, payah dan sesak selama hampir setahun.. hadir dan pergi..Itu pasti..Tapi bukan begini caranya..Bukan begini yang saya mahu. Kesudahannya sudah takdir..Segalanya sudah tersurat. Tapi cara ini boleh dipilih.. baik atau buruk.

Hari ini..ia terjadi lagi...kata-kata 'AMARAN' itu sudah cukup menyentuh naluri..Cukup! Sudah lama saya simpan perasaan getir dalam diri ini.
Saya mahu bertanya insan-insan di luar sana, sejauh mana hati seorang perempuan boleh kuat? Bukankah diciptakan wanita ini halus sifatnya..penuh jiwa sensitif. wanita.. dekat di hati..untuk disayangi, bukan di kaki untuk dialasi.. – hurm, bila membandingkan diri dengan serikandi-serikandi Islam.. saya jauh bezanya. Mereka kental.. saya? Kita?
Siapa tahu? Di sebalik perwatakan saya sebegini, tidak seorang pun menyangka saya boleh sebegitu lemah..saat saya merasakan segalanya sudah musnah.
Di sisi saya.. hanya ada mereka yang memahami…


********
Uiks.. Tetiba sahaja saya teringat kata-kata shbt saya“ hati perempuan, kalau dah terluka, susah untuk lupa”...thanks for understand who woman is..=D
*** *****

Banyak yang mahu saya ceritakan daripada kisah kehidupan saya. Saya mahu ‘ibrahnya dapat diambil baik oleh semua. (.....)

Hargailah.. untuk dihargai..
Sayangilah.. untuk disayangi..

Buktikan kesungguhan pada sesuatu perkara.. ia sangat memerlukan kekuatan dan kesungguhan dalam mempertahankan apa kata hati. Kerana hidup perlu pengorbanan.. kita mengaku beriman, tetapi kita akan diuji.. begitu juga kita mengaku menyayangi..dan kita akan diuji dengan setiap lafaz ‘sayang’.. jadi, ikhlaskan hati untuk menyayangi sesiapa sahaja..kawan, sahabat, teman mahupun kekasih (kekasih – selepas kahwin ok..( ^_^ )

pertahankan apa yang kita miliki.. kerana esok belum tentu untuk kita..
pertahankan apa yang ada di dalam gengaman.. kerana bila ia sudah tiada... kita kan rasai kehilangannya..
dan bersungguh-sungguhlah dalam mahu memiliki sesuatu, kerana ia bukti apa yang kita lafazkan.. bukankah apa yang kita ucapkan diterjemahkan melalui perbuatan?

~bersikap tawakkal hanya selepas usaha...

Tiada cara mudah untuk bahagia! Am I right? tiada cara mudah untuk BAHAGIA..!

********

p/s : jangan sesiapa pun yang terasa hati.. please.. saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa..ini hanyalah perkongsian… saya mahu memberi kesedaran agar setiap dari kita lebih berhati-hati untuk masa akan datang. Termasuk diri saya yang lemah.

---- belajar memaafkan dan melupakan itu sebaiknya bukan? -----
(biarkan ia berlalu pergi)

~menyimpan rasa duka..sebenarnya menambahkan keperitan. andai maaf saya tuturkan.. Bagaimana mahu saya lupakan keperitan ini? Benarlah. Luka.. darah sudah hilang, tapi parutnya?
belajar... lupakanlah! biarlah! dan maafkanlah! mampukah? insyaAllah.. mohonlah pertolongan-Nya.. Allah always there!

~saya sudah lama bermain perasaan...cukup sedih! cukup pilu! hanya diri yang tahu betapa peritnya bila hati dilukai... dan dia..menyapa dan terus berlalu...

izinkan saya berehat.. jauh meninggalkan semua ini..
kerana...
sapanya benar-benar meletihkan..
hadirnya benar-benar mengundang kepenatan..
dan pemergiannya..
tak pernah dibayangkan...
tp andai itu takdirnya...
redha adalah jalan terbaik...
kerana "Allah tidak akan mengambil sesuatu yang kita sayang melainkan dengan menggantikannya yang lebih baik" dan kita layak mendapatkan yang lebih baik..
itu pasti..

cukuplah.. saya benar-benar keletihan...

Allah akan membalas setiap perbuatan kita..
jika melukai..pasti akan terluka.. suatu hari nanti..
jika menyayangi..pasti akan disayangi..
jika memaafkan? pasti akan dimaafi... semoga!

~kini..biarkan segalanya berlalu .... take time.. masa yang akan mengubah semuanya.. belajar memaafkan walau hakikatnya perit!

mari menyemai sifat kehambaan dalam diri... maaf, maaf, dan maaf.. aminn~

oh ya..
saya mahu memohon maaf kepada semua..setiap dari kita pernah melakukan salah dan silap. dan sebaik2nya kita menyesal di atas apa yang kita lakukan.. itu saranan Rasulullah bukan?

maafkan saya.. saya kini sedang mendidik jiwa menjadi jiwa hamba sepenuhnya.. dan pastinya akan ada salah dan silap. maafkan saya jika pernah menyakiti hati anda secara langsung atau tidak langsung...

Setiap yang ada akan hilang,
Setiap yang datang akan pergi,
Setiap yang hidup pasti mati.
Itulah manusia, itulah makhluk..
ada awal, ada akhirnya
Allah lah sahaja yang kekal..
selamanya..


Subhanallah.. Allah yang masih ada di sisi kita
Alhamdulillah .. Allah memberi kita peluang kembali kepada-Nya
Allahuakbar.. Allah.. Engkau Maha Besar…!

Jumaat, 23 Julai 2010

~ Mengingati Mati??...~

Melupakan mati bermaksud mematikan hati…

sahabat-sahabat sekalian, sekadar renungan kita bersama..

Sebelum tidur, pernah terfikirkah tidur ini mungkin tidur yang selamanya? Solat yang dilakukan, mungkinkah kali yang terakhir? Bersalaman dengan ibu bapa jua mungkin yang terakhirkah? Hakikatnya, di dalam Islam kita tidak diajar takut kepada mati, tapi diajar untuk mengingati mati.

Mengingati mati bukanlah menjadikan seseorang itu pasif dan berputus asa, tapi menjadikan sesorang itu aktif dan produktif dalam setiap tindakannya.

Mengingati mati mampu menjadikan seseorang melakukan ibadahnya dengan sempurna, meningkatkan pahala, mengurangkan dosa dan menutup aurat dengan sebaik-baiknya.

Tanyalah pada diri, bersediakah aku menghadap Allah dengan amalan sebegini? Solat yang masih gagal mencapai tahap mencegah diri kita dari perbuatan keji dan mungkar…?

Ketahuilah, Izrail ‘memandang’ kita 70 kali sehari. Bayangkan, jika di saat diri kita membuat maksiat, saat itulah Malakat Izrail menjemputmu, bagaimana agaknya ya?

Husnul Khatimah kah? Mati dalam imankah? Tsunami, gunung berapi, kejadian tanah runtuh, Influenza A, H1N1 dan sebagainya tak pernah diduga oleh sesiapa, baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai bencana Alam atau bala yang hakikatnya adalah peringatan buat kita, terlalu banyak… meragut nyawa bukan seorang dua…

dan cukup untuk mengajar kita satu ‘ibrah bahawa kematian datang tiba-tiba, tak kenal sesiapa…

Rabu, 21 Julai 2010

~ Demam..ada hikmahnya...~

Muhasabah seketika..
Sahabat saya pernah berkata sewaktu saya mendoakannya cepat sembuh...
“tak apalah, sakit sikit tapi sudah minta segera disembuhkan. Selama ni nikmat sihat jarang pula disyukuri”
Saya insaf. Hanya sakit sedikit sekarang. Tapi mohon pada Tuhan agar segera disembuhkan. Selama ini, nikmat sihat tidak pula disyukuri. Subhanallah.

Kali ini saya terfikir...ia benar-benar memberikan hikmah yang besar kepada saya.
Nikmat sihat, tidak saya syukuri. Bila sakit mula terkejar-kejar menyebut ‘Allah’
Dan…
Adakah ini tanda Allah memberi peringatan kepada saya bahawa mati ini sudah dekat?
“pergi tak kembali”

Bimbang…
Amalan di takuk yang lama. Tidak meningkat. Makin berkurang. Ikhlas, saya tidak bersedia menghadapi sebuah kematian. Amalan saya…?
Andai… esok bukan milik saya…
Saya mohon… sahabat-sahabat.
Ampunkan segala kesalahan saya sama ada sengaja atau tidak.
Halalkan apa yang sudah saya terima.
Bimbang.. esok belum tentu ada untuk kita.
“if tomorrow never comes”

******

Selasa, 20 Julai 2010

~ Sejambak kasih..tautan hati~

Angin...
Jika kau berhembus lembut melaluinya.. katakan padanya.. aku temannya selamanya..

Air..
Jika kau mengalir melintasinya.. beritahulah padanya.. aku memohon maaf atas segalanya...

Burung...
Jika kau terbang melintasinya.. sampaikan kataku ini kepadanya ..

”kita dipertemukan lewat takdir Tuhan, kita bersama atas kasih persaudaraan.. kita dipisahkan kerana batas waktu seharian.. namun kasih kita subur berpanjangan.. doa yang aku panjatkan untukmu sentiasa terangkai dalam satu jambangan.. malah harumannya tersebar istimewa buat seorang insan.. semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan..”

Salam sayang kutitipkan buat sahabat-sahabat yang jauh dimata..tapi sentiasa dekat dihati... Meski jauh dibatasi jarak dan waktu.. ingatan buat kalian tetap bertamu... kadangkala sunyi dari berita..namun tidak bermakna kalian dilupakan..mungkin silap diri ini kerana tidak begitu memahami erti fitrah persahabatan.. maaf atas segala kelemahan diri..

semoga kita di antara hamba yang dinaungi syafaat Allah di akhirat kelak... semoga ianya kerana ketulusan pada sebuah persaudaraan....

Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud ;
Teman-teman karib pada hari itu, saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa...

Istimewa sejambak kasih.. tautan hati buat...

KAK SITI..terima kasih di atas segalanya! Tidak mampu untukku membalas kebaikan yang dihulur.. semoga dirimu kuat menghadapi hari yang mendatang.. Aku disisi tidak mungkin menghilangkan resah hidupmu.. tapi sebagai sahabat.. aku pasti bersamamu dalam setiap kepayahan.. amin.. ayuh, kita teruskan perjuangan ini dengan penuh semangat.. kita timba ilmu sedalam mungkin.. dan berbakti pada anak-anak bangsa..selamat bertugas di SMK Ubai.. =)

ZEE..mengenalimu lewat takdir yang lalu..sangat bermakna!
WANIE...masih segar detik-detik ukhwah yang terjalin..

Thanks.. mengenali kalian memberi sejuta rasa buat diri ini.. sedih, kecewa., marah, gembira.. namun, mengenali kalian dapat kurasai nikmat kasih sayang Tuhan...
kenanglah saat memori yang kita lakarkan suatu masa dahulu..


Mekar ingatan melayang buat insan-insan yang kukenali… saat rindu kian mengasak jiwa...

Benarlah, jika dikatakan embun pagi itu suci, suci lagi ukhwah yang dihulurkan...

~ Kerana Sahabat~


Beberapa ayat dari 'qalbi' untuk hatiku sendiri selepas menyaksikan serta menghadapi beberapa situasi....

'orang yang selalu menghiburkan kita juga ada perasaan untuk terluka'

syarahannya-kita selalu suka berkawan dengan orang yang leh buat kita hepi...tapi kita xtau mungkin die sedang menyembunyikan sesuatu dari dilihat orang lain...



'orang yang yang selalu hepi bukannya tanda xde masalah'

maksudnya-kadangkala kita lihat seseorang tu hepi tahap gaban...kalo sekali sekala xpe...ni tetiap hari...sampai dalam suasana mesyuarat yang tegang pun die macam hepi gak...tu bukan die xmenjiwai @ main-main dalam semua benda...tapi mungkin die xsuka suasana yang agak tegang , jadi menyembunyikan masalah dan membuat orang lain lari dari suasana tegang tu lebih disukai...tapi xleh dinafikan setiap orang mempunyai masalah...... :)


'kita merasakan tekanan...tanpa peduli orang lain pun ade tekanan'

kadangkala kita dalam situasi tertekan...(benda kecil pun)...datang sahabat kita...yang lebih ditekan dan tertekan , tapi 'cool' dan tak menunjukkan die tertekan....adakah kita nak kata dia xde tekanan????...kita pun ngan rasa tak bersalah "maki" kawan kita...konon2 tu cara hilang tekanan....ape la kita ni...... :)

'kita merasakan banyak bekerja untuk perjuangan islam,orang lain lebih lagi dari kita'
kadangkala kita merasa kesuntukan masa,mungkin diisi dengan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada agama ini...lalu kita merasa penat , maka ketahuilah kita baru menempah kunci perjuangan...ramai lagi orang yang da masuk dan telah berjaya dalam perjuangan(mati syahid)......maka ketahuilah bahawa kita masih belum bekerja untuk perjuangan islam.....

'orang yang selalu ceria pun ada airmata'
kita selalu ingat orang yang ceria...buat lawak ni xde masalah...jadi ceria je la hidup die....tanpa kita sedari , keceriaan yang ada pada orang itu adalah pengorbanannya untuk orang2 disekelilingnya...kita kena akui , dia juga ada tekanan...dia juga ada komitmen lain...die juga leh mencairkan airmata untuk jatuh ke muka bumi...mungkin bukan depan kita...belakang kita???? :)


ape yang cuba disampaikan disini adalah,cube fahami apa yang dimaksudkan dengan perkataan "kawan" juga "persahabatan"

sebuah syair arab ada menyebut :


إن الصديق على الصديق مصدق



***************
ini adalah permainan dalam otakku ini....tiada kaitan ngan hidup dan mati orang lain....
p/s-kenalilah sahabat anda..kadangkala mereka melakukan pengorbanan untuk kita tanpa kita sedar...




Jumaat, 16 Julai 2010

~ Perpisahan..terlalu sukar menghadapinya...~










Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan, setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah lumrah kehidupan kita bergelar seorang insan. Tidak mungkin kita akan bersamanya selama-lamanya walaupun kita sangat menyayangi perhubungan itu...

begitulah yang terjadi antara kami, pertemuan yang terjadi 10 tahun lalu membentuk satu ukhuwah yang sangat teguh..kami saling melengkapi dan menasihati..begitu indahnya perhubungan ini, Subhanallah....

Dan hari ini, jumaat bersamaan 16 Julai 2010, terjadi pula perpisahan antara kami, bukan kerana saling membenci tetapi sudah menjadi lumrah setiap pertemuan akan ada perpisahannya. titisan air mata dan doa mengiringi perpisahan ini. meski dipisahkan beribu batu, namun ukhuwah yang terjalin ini kami sematkan dalam hati dan semoga terus berkekalan.

mengimbau perkenalan dengan kak siti merupakan satu pengalaman yang indah dan sukar dilupakan. meskipun kadangkala melihat riak wajahnya yang serius..jelingan matanya yang tajam..mengundang rasa tidak puas hati..namun sbnrnya kak siti seorang yang sgt2 baik apabila sudah didekati..terlalu sukar mncari pengganti...mungkin satu dalam sejuta...

sikap prihatinnya..seorang yang sangat protaktif, penyayang dan paling penting selalu memberi nasihat dan motivasi tatkala kami kesedihan. tiada sahabat yang lebih rapat dan disenangi oleh kami semua melainkan dia.setiap permintaan kami dilayannya dgn sebaiknya..segala masalah dan suka duka dalam dunia pendidikan dikongsi bersama...bersama2 juga mencari penyelesaian utk memberikan yang terbaik kepada student2 yang tercinta..jeles melihat kak siti selalu diskus dgn mcdee yang dianggap sifunyer...tp suasana ini tidak akan berlaku lagi sebab segalanya2 akan brubah apabila tempat kak siti akan diganti oleh insan lain...mengimbas semula kata-katanya tadi;"wei, korang janganlah sedih2, kalo korang sedih akupon sedih gak..cube korang happy, senyum kan senang skit hati aku tinggalkan korang,xdelah aku nak risau2, boleh la fokus skit kat tmpt keje baru" Walaupn aku tahu..jauh disudut hatinyer terlalu sukar untuk melangkah meninggalkan tempat yang terlalu byk meningglkan kenangan suka dan duka..


meskipun perpisahan ini terjadi, aku harap hubungan kita semua kekal kukuh dan diberkati serta diredhai Allah..kepada kak siti..semoga bahagia dan di tempat baru...aku sayang kamu.. jangan lupakan kami di sini dan doakan kejayaan kita semua..amin.

p/s: maaf ya, kali ni teremosi pulak, almaklumlah sahabat baik akan pergi meninggalkan aku..
terima lah kak siti..lagu untukmu....

DOA PERPISAHAN
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
TeruskanPerjuangan"


Khamis, 15 Julai 2010

~ Ya Allah..Perkenankan Doa Kami~


Wahai tuhan,
Ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke neraka mu..
Ampunkan dosaku
terimalah taubatku..
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar..

Ya Allah..
Aku memohon kepadamu untuk mendapat rahmat dari sisiMu untuk membimbing kalbuku..
aku memohon untuk mendapat rahmat disisimu untuk mengatur hal2 yang belum teratur,menolak godaan,
memperbaiki hubunganku,
memelihara agamaku,
menjaga niatku yang tidak kelihatan,
mengangkat dan mensucikan amalanku yang kelihatan,
mencemerlangkan wajahku,
memberi petunjuk kepadaku untuk melangkah ke jalan yang lurus, memenuhi hajatku, menjaga daku dari segala kejahatan..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku pohonkan keimanan yg tulus ikhlas melimpahi seluruh hatiku..
aku pohon juga keyakinan yang benar
sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan mengenai diriku oleh sesuatu musibah kecuali apa yang telah engkau tentukan kepadaku..
jadikanlah aku redha menerima segala ketentuan

Ya Allah..
Aku pohonkan keimanan yang jujur..
keyakinan yang tidak kufur lagi kemudiannya..
aku juga pohon rahmatmu yang dpt menampung kemulian anugerah rahmatMu di dunia dan di akhirat..

Ya Allah..
Aku pohonkan kemenangan ketika menemuiMu
ketabahan hati menerima keputusanMu..
aku pohonkan dariMu tempat kedudukan para syuhada'
dan kehidupan orang-orang yang bahagia
dan mendapat pertolongan untuk menghadapi musuh
dan menyertai para nabiMu..

Ya Allah..
KepadaMu lah aku menempatkan hajatku..
meskipun lemah buah fikiranku..
dan singkat amalku
namun aku amat berhajat kepada rahmatMu..
oleh kerana itu aku mohon kepada Mu Wahai pengadil segala perkara,
penyembuh segala hati,
sebagaimana Engkau telah menyelamatkan aku dari amuk tengah samudera lautan
semoga Kau selamatkanlah aku dari hukuman seksa api neraka..
huru hara fitnah kubur,
dan godaan-godaan terkutuk yang menghancurkan..


Ya Allah
Dimana buah fikiranku amat lemah
dan amal-amal perbuatanku sangat jauh dari sempurna
niat serta cita-citaku tidak mampu berbuat kebajikan
yang pernah Engkau janjikan kepada seseorang dari hambaMu
atau sesuatu kebajikan yang pernah
Engkau anugerahkan kepada seseorang dari makhlukMu..
Aku berdoa dan tetap memohon perlindungan dan kekuatan dariMu
Engkaulah Tuhan,
penguasa seluruh alam..

Ya Allah..
Jadikanlah kami orang yang menunjukkan dan mendapat petunjuk..
tidak sesat dan menyesatkan
bersedia memerangi segala musuhMu
hidup damai dengan segala kekasihMu..
kami akan terus mencintai
siapa yang Engkau cintai
dan memusuhi siapa yang Engkau musuhi..
iaitu makhluk-makhluk yang menentangMu..

Ya Allah..
Inilah doa permohonanku
terserahlah kepadamu untuk memperkenankan..
inilah yang terkuasa olehku
hanya kepadaMu lah terletak harapanku..

Sesungguhnya kami hanyalah kepunyaan Allah..
dan kepadaMu jualah kami akan kembali..

"Allahumma inni as'aluka ridhaka wal jannah..amin ya rabbal a'lamin"

~ Hah..Menguap???!!!

Menguap...
semua orang menguap termasuk juga saya..Tetapi kadang-kala kita terlupa ataupun tidak tahu ataupun tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap..

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut. Ini rasanya kebanyakan orang tahu...Alhamdulillah..kan manis begitu..

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar di hujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai..."huargh..huh..haaaah..." dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap tersebut.

Mengikut penjelasan seorang ustazah yang saya temui, setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yang agak kuat juga ~SYAITAN SANGAT MENYUKAI BUNYI MENGUAP, BAHKAN ITU MERUPAKAN SATU HIBURAN BAGI SYAITAN~
Astaghfirullah!!!! Begitu lalainya saya..

Jadi..pesan ustazah tersebut..bukan tidak boleh menguap..tetapi janganlah sampai mengeluarkan bunyi-bunyian. Malah ucaplah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan dan menghiburkan mereka dengan perbuatan kita ini.

~Sukakah kita bula syaitan seronok? Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang-kadang tidak kita sedar, setidak-tidaknya usaha kita yang sedikit ini dapat meneguh dan memulihkan keimanan kepada ALLAH S.W.T dan jauh dari fitnah syaitan.. Insya Allah~

Rabu, 14 Julai 2010

~Maafkan Saya..~

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Selasa, 13 Julai 2010

Kerana Sehelai Bulu Mata..

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi Langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara
itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia
pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka,
saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke
syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu
mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN
BERTAUBATLAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG
YANG BERTAUBAT.....

~Pahala Yang Kita Tak Nampak Tapi Berterusan~

1.Berikan Al-Quran pada seseorang..dan setiap ayat yang dibaca..anda mendapat hasanahnya..
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap org sakit menggunakannya, anda dpt hasanahnya..
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dgn seseorg..
4.Bantu mendidik seorang anak..
5.Ajarkn seseorng sebuah doa.Pada setiap bacaan doa itu..InsyaaAlllah anda mendpt hasanahnya..
6.Berkongsi CD Quran atau Doa..
7.Terlibat dlm pmbngunan sesebuah masjid..
8.Temptkan pendingin air ditempat umum..
9.Tanam sebuah pohon..setiap orang atau binatang yg berteduh dibawahnya,anda mndpt hasanahnya..
10.Sebarkan pesanan ini kepada org lain. Jika seseorg menjalnkan slh satu dari perkara diatas,anda akn mndpt hasanah sampai hari Qiamat..
Insyaa Allah...

Sabtu, 10 Julai 2010

Topik Anjing dan Awekmu..

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"?Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

saje test..hehe

Alhamdulillah..akhirnyer dpt jugak buat blog nie..lme da mengidam tp xde mse n ditambah dgn x bape pandai..hehe
Insya Allah..ambil la ape yg baik disini dn jdikan sebagai.pengajaran..hanya sedikit ilmu dariNya untuk dikongsi bersama...