Rabu, 5 Disember 2012

~SyUrGa @ NeRaKa..mAnA PiLiHaN KitA?..

Peringatan penting buat kita..

Buka hati.. Renung-renungkan.. Cuba muhasabah balik diri kita.. 3 minit saja.. insyaAllah..

Ketahuilah bahawa di negeri akhirat kelak,
kita semua akan di bahagi-bahagikan kepada dua rombongan.
Dua rombongan besar ini akan dihantar menuju ke salah satu daripada dua tempat.
Dua tempat itu ialah Syurga dan Neraka.

++++


Adakah ketika ini, kita sedang bersama dengan rombongan yang bakal ke Neraka?

Jawabnya “YA” sekiranya kita tidak serius mempedulikan Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Perhatikanlah.. Baginda sibuk memberi peringatan, tetapi kita sibuk mengabaikannya.
Sehingga kita lupa akan pertemuan di Akhirat sana.
Maka, termasuklah kita dalam rombongan yang celaka itu. (Na’uzu billah min zalik..)

Fahami dan hayati peringatan Allah ini;

وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاء يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ

Orang-orang yang ingkar dibawa ke neraka Jahanam secara berombongan.

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu, dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya:

"Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antara kamu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?"

Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang ingkar. [Az-Zumar 39:71]

قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

Dikatakan (kepada mereka):
"(Silakan) Masukilah pintu-pintu neraka Jahanam itu, kamu kekal di dalamnya!" Maka neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri..[Az-Zumar 39:72]

Aduh.. Tertunduk hati mengenangkan keadaan malang itu..
Adakah diri ini yang akan dipersilakan masuk ke dalam Neraka itu?
Adakah diri ini yang akan dipersilakan menikmati kesengsaraan Azab?

++++

……. Ya Allah.. Diri ini berlindung kepada-Mu….....
…… Masukkanlah diri ini ke dalam rombongan yang bakal ke Syurga-Mu…
.............Masukkanlah kami dalam rombongan yang Engkau Redhai.......
…………………………………..Ameen………..

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ

Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga secara berombongan (juga).

Sehingga apabila mereka sampai ke syurga,dan pintu-pintunya dibukakan, berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu!..Berbahagialah kamu!..Maka masukilah syurga ini.. Kamu kekal di dalamnya"...[Az-Zumar 39:73]

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ
مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاء فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".
[Az-Zumar 39:74]

*Periksalah diri kita masing-masing..
Rombongan di akhirat hanya ada dua..Tiada yang ketiga..
Rombongan ke Syurga & Rombongan ke Neraka.
Pilihlah.. :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan