Ahad, 29 Januari 2012

~Biarkan Kesedihan Itu Berlalu..Serahkn Segalanya Pada Allah~




Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali..Masa depan masih ada di alam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang..Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya..Biarlah ia datang dengan sendirinya..Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan..

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya..Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi..Rezeki, jodoh, maut semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki, jodoh, maut dan sebagainya..

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup. kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan. Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka. Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil..

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan...

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya! Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita..Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia..Tapi janganlah kita membenci mereka, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangai mereka, mungkin kita akan menyukai perangai yang lain..

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu..

Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

Rabu, 25 Januari 2012

~Gantikanlah rasa sedih itu..T__T~

Entri kali ni aku tulis mungkin menuju kepada diri sendiri..

Dua tiga hari ni, hati aku sering kali menjadi tidak tenang. Mungkin ada dosa yang belum diampunkan. Ya Allah, jika aku berdosa pada-Mu, ampunkan lah aku. Mungkin juga aku telah berbuat dosa pada orang disekeliling....ampunkan aku wahai kawan..

Tiga minggu lebih aku menunggu jawapan darinya..Aku bertanya, kenapa aku masih tak dpt jwpn? Sejujurnya aku sedih. Aku menilik dan menilai di mana silapnya. Seharian itu aku menyendiri. Malamnya aku tidur agak awal. Biasanya kalau stress aku memang tidur awal.

Bangun esoknya, usai solat subuh aku termenung..Hati aku berdetik, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..Teringat aku pada surah Al Baqarah yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak... ( Al-Baqarah 216 )”

Moga Allah terima taubat ku...
Perasaan sedih itu normal untuk kita, cuma adakah kita masih terbelenggu olehnya? Berbalik pada ayat dalam surah Al-Baqarah di atas, aku rasa kesedihan dan air mata yang aku tumpahkan untuk sedikit kesenangan dunia hari ini, mungkin akan menjadi air mata gembira untuk aku hari esok..Jadi untuk apa menangisinya terlalu lama.??

Sebaliknya aku harus bersyukur, bersabar dan terus berusaha...

Kata orang tak kan lari gunung di kejar, dan tak akan pergi kalau telah di tetapkan itu lah rezeki dan jodoh kita...

Apa yang aku perlu buat?..

1. Bersyukur dan bersabar la.
2. Teruskan berdoa dan bergantung harap pada Allah.
3. Berusaha dan bertawakal kepada Allah..




Entri ini aku tulis hanya untuk renungan bersama..menjadi manusia yang berguna di dunia jaminannya akhirat yang kekal abadi..Sekaligus maaf di pohon..

Ahad, 15 Januari 2012

~Ketika Harus Melepaskan CiNtA..~



Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika aku cerita tentang segala yg aku alami .. Setelah sekian lama aku bertahan..Setelah sekian lama aku memendam luka...Setelah sekian lama aku rendam nestapa..rupanya Allah izinkan juga aku tempuhi jalan itu..Aku percaya, ini suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untuk aku dan dia…

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin aku lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin aku tinggalkan..Tetapi ada saatnya dimana aku harus berhenti mencintai seseorang.. bukan kerana orang itu berhenti mencintai aku melainkan kerana aku menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila aku melepaskannya...T___T

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu?Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu..Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya..

Rabu, 11 Januari 2012

~ Andai 'Dia' tahu... ~



Andainya 'dia' tahu,
dalam hati ini,
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,

Andainya 'dia' tahu,
Rajuk aku minta dipujuk,
Marah aku perlu didekati,
Sedih aku perlu didengari,
Gembiranya aku ingin dikongsi,

Andainya 'dia' tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,

Kerana andainya 'dia' tahu,
Hati ini akan sentiasa bertanya,
Wujudkah cinta itu dihati 'dia'??..,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati aku,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..

Ahad, 8 Januari 2012

~HATI DAN AKAL BERBICARA TENTANG CINTA~

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi...



Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam!

....Tegas hati....

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..T_____T

Sabtu, 7 Januari 2012

~ Untuk bakal teman hidupku,...bacalah...~


Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami..

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana..
Aku juga manusia biasa seperti kamu..

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu..

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku,
Maafkan segala khilafku...

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku...

Mood: Saya harap, bakal teman hidup saya itu adalah ‘awak’…

Jumaat, 6 Januari 2012

..Jodoh~ Doa dan Harapan~

Bila sy melalui pagi ini,sy tahu Allah masih cintakan sy lagi...jika tidak,semalam
sudah ditamatkan sy dari perjalanan kehidupan ini..Peluang adalah tanda Allah masih sayang..dan pagi ini terasa 'beban' yg ditnggung selama ini terasa 'ringan'..terima kasih Allah kerana memberikan 'jalan' dan 'kekuatan'..moga2 'penantian' ini akan berakhir..saya dah lakukan apa yg difikirkan terbaik..yang selebihnya, cukuplah Allah sebagai Penentu..



Ya Allah,
seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah,
seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini..

Ya Allah yang tercinta,
gantilah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku,
berikanlah aku insan yang lebih baik,
jika dia bukan jodohku..

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja,
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
jangan engkau biarkan aku sendirian,
di dunia mahupun diakhirat,
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah,
kemaksiatan dan kemungkaran,

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah,
berilah 'kami' kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat…


mood: siapakah 'dia' yang dimaksudkan??hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui..
Kuserahkan segala2nya PadaMU...^_^

Khamis, 5 Januari 2012

~Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu,Ya Allah...T____T

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan Hatinya,
Teguhkan Imannya,
Sucikan Cintanya,
Lembutkan Rindunya.


Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam Kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian...


Ya RABBI, ku titipkan Cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang...

mood: Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah...T___T