Sabtu, 27 November 2010

~kiTa LuPa..KiTa BeRuRuSaN dEnGaN mAnUsiA~

Bayangkan situasi ini..Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya.

Ada seorang sahabat..Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.

Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”


Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.

Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan malaikat.

Sepanjang kita hidup, kita tidak akan bertemu manusia seperti malaikat. Tidak akan. Ianya mustahil. Kita berjumpa ramai orang baik dalam kehidupan tetapi, sebaik-baik mana pun manusia kita jumpa, pasti ada kekurangannya.

Yang jika kita mahu, kita boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya.

Tetapi kita kena sentiasa mengingatkan diri. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya. Kita yang inigin menilainya juga ada kekurangan.

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah
.

Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja
.

Tetapi akal kita sukar untuk rasional.

Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan robot

Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya.

Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.

Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.

Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan
.

Sebab kita berhubungan dengan manusia.

Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW?

Tiada.

Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan

Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.
Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan.


Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.

Hari ini, kita berusaha memahaminya.

InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita.

Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka.

Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada
.

Jangan kerana silapnya yang beberapa,apatah lagi kesilapan yang hanya berdasarkan 'syak wasangka' kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.

Jangan.

Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?

Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat?

Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.

Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia.

Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu?

Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.

Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

Semoga kita saling memahami, saling mendalami. Pecahkan tembok keegoan, buka seluas-luasnya tawaran kemaafan.


Jumaat, 26 November 2010

~UkHwAh..bEnCi dAn CiNtA~

Orang kata, "indahnya ukhuwah itu.."
Ditambah pula..
"..andai bertemu & berpisah kerana Allah"
Aku berfikir..indah benarkah ia?

Tika hati terluka lara
saat benci menguasai sukma
sejuta kebaikan lalu ditelan maya
satu kesalahan mu menjadi sisa

Ukhuwah kita ini kerana apa?
hati kita ini kurniaan siapa?
kata-kata mu juga dari mulut siapa?
adakah dgn pinjaman ini niatmu sengaja
?

Mudahnya menutur maaf
mudah juga memberi maaf
bila hati sudah redha memaaf
tapi masih berbekas, walau sudah memaaf..

sepertinya sakit benar..
sepertinya tidak merelakan..

Ku renung dalam2 ayat itu..
"bencilah kesalahannya,
tapi jangan kau benci orangnya."


Mampukah aku?
berbuat begitu pada saudaraku, keluargaku,
temanku,sahabatku & pada setiap yg ku cinta?
Saat mereka 'ter' khilaf,
adakah kemaafanku redha mengiringi kesalahan mereka?

tapi, demi sebuah ukhuwah & cinta
akan aku perjuangkan
kerana Allah yang menjadi saksinya

kerana pada setiap diri itu
yang ku benci hanya khilafnya
tetap cinta pada pelakunya
yang ku sakit hanya pada katanya
tetap sayang pada pelakunya

Ku lihat kata2 As-Syafi'i
"Aku mencintai orang2 soleh.."

diteruskan dengan titisan jernih air mata
"..meski aku bukan dari bahagian mereka,
dan aku membenci para pemaksiatNya,
meski aku tak berbeza dari mereka.."

Insan hebat berkata begitu
namun, aku ingin menjadi lebih hebat
kerana Allah yang menjadi saksinya
dalam tiap ikatan ukhuwah kita

"kerana tiap yang beriman itu tetaplah rembulan,
memiliki sisi yang kelam
yang tak pernah ingin dilihat sesiapa pun,
maka cukuplah bagiku memandang sang bulan
pada sisi indah yang menghadap ke bumi.."

Indahnya pada selalu memberi..
Indahnya pada sesekali merasai..
Kedua itu adalah saling..
bukanlah asing2..
seperti sang rembulan
yang kadang harus menggerhanai matahari..

Maafkanlah..
Leraikanlah..
Redhailah..
hidup ini terlalu singkat utk membenci..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis, 25 November 2010

~JaNgAn SaNgKa-SaNgKa~

Entri ini hadir tatkala hati dirundung duka..kecewa..

kenapa?

kecewa dengan sikap manusia yang suka berburuk sangka. Mungkin kali ini aku yang menjadi 'mangsa'..tak mengapa..mungkin Allah nak uji UKHWAH kami..mungkin juga ini balasan dosa-dosa aku yang pernah berburuk sangka..Ampunkan aku Ya Allah.

" Dua perkara,tiada sesutu pun yang lebih utama daripadanya, iaitu: menyangka baik terhadap Allah taala, dan menyangka baik terhadap hamba-hamba Allah. Dan dua perkara lagi,tiada sesuatu pun yang lebih buruk daripadanya, iaitu: menyangka buruk terhadap Allah Ta'ala dan menyangka buruk terhadap hamba-hamba Allah"

Apakah dia buruk sangka?


Buruk sangka ialah anda menganggap semua perbuatan dan percakapan orang lain yang mungkin ada baiknya dan ada jahatnya,semuanya tidak baik, padahal anda boleh menganggap kesemuanya baik.

orang masam, dikata sombong.

orang tertawa, dikata cintakan dunia

orang selalu menangis, dikata manja

orang itu mungkin..

masam kerana teringatkan dosanya
ketawa kerana ingin bergembira seketika
menangis kerana penyesalan atas segala dosanya

suka ke kita kalau orang buruk sangka pada kita?tentu tidak.

jauhi buruk sangka.kalau berdoa pun kita diminta untuk bersangka baik dan yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.

jadi,sangka la yang baik2- baik.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

husnudzhon...nampak mudah,buat payah..

Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ


ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Marilah berbaik sangka. Kita mulakan dengan diri kita dulu.Entri ini pastinya ditulis bukan untuk anda sahaja,pastinya untuk diriku juga.

banyakkan baik sangka..

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12
)

sebahagian dari isi di dalam ini diambil dari tulisan ustaz zaharuddin.Moga Allah memberi kebaikan yang banyak buatnya...buat anda...juga buat diriku..

teruskan bersangka baik
.

~HuSnUDzH0n~..bErSaNgKa BaiK..

Bismillahirrahmannirrahim..

HUSNUDZHON…
Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnudzhon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk.

Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut.

Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, “Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. ” Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik,

” Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain.”

Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman “messenger” atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Seperti di dalam hadis:

“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” -HR. Muttafaqun alaihi.

Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa.

Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

Selasa, 9 November 2010

~ SeNyUmAn & KeMaAfAN~


Tidak tahu bagaimana ingin memulakan, mungkin lebih elok sekiranya aku mengimbau sekelumit kenangan..

Bermula daripada tidak pernah mengenal antara satu sama lain, kami menyulam satu persaudaraan yang sangat erat..

Persaudaraan yang di bina atas dasar keikhlasan dan menghargai kasih sayang ilahi..Ianya berputik dan berkembang mekar melewati batas-batas waktu.. saat-saat akal dihimpit tekanan, kami saling bersandar kukuh di antara satu sama lain..Ibarat aur dengan dengan tebing. Saat si adik menjadi goyah,si kakak turut berhenti untuk tolong memapah..
Begitulah sebaliknya..

Namun hakikat ukhwah dan persaudaraan, pasti dilanda ujian..Saat menerima perkhabaran yang mengejutkan, diri ini cuba mencipta kekuatan dan mencari kesabaran..
Ya Allah..dugaan apakah yang Kau timpakan pada hambaMu yang lemah ini??..

Namun,hati ini benar-benar yakin bahawa apa yang dia lakukan pasti sudah difikirkan sedalam-dalamnya. Aku mahupun dia...sekadar manusia biasa yang tidak pernah lepas dari kesilapan..Lalu pertemuan diatur dalam suasana serba kejanggalan dan amat asing bagiku.. Hilang segala kepercayaan dan kejujuran yang kami pertahankan selama ini.. Walaupun tika dan saat itu akal masih kebuntuan,hati berusaha mencari kekuatan dan semangat.. aku tetap cuba berdepan dengan kenyataan..

Namun saat mendengar alasan bahawa bukan niatnya untuk mengaibkan..Cuma dia hanya ingin mencari kebenaran dan lebih rela berkongsi dengan sahabat terdekat...barulah diri ini sedar jarak yang semakin terpisah di antara aku dan dia..Bila hati aku masih dan terus menganggap dirinya bagai seorang adik, aku bukan lagi seorang kakak dalam sisi hidupnya..

Mungkin aku sedih, kecewa dan terluka dengan tindakannya tapi aku mengerti hakikat sebuah ukhuwah..umpama sebuah pelayaran... Mungkin sudah sampai waktu untuk dia dan aku mengubah haluan pelayaran masing-masing.. Apa pun, doa dan rasa sayang pada dirinya tidak pernah berubah... Dan aku sentiasa mengharapkan bahawa kami akan ketemu lagi di tengah perjalanan dengan izinNya..


Segala puji bagi Allah... saat menerima mesej darinya baru-baru ini, aku memanjatkan kesyukuran yang tidak putus-putus kepada Allah. Aku sedang cuba melupakan kisah lalu yang penuh dengan kelukaan dan amat pahit untuk dikenang.. kerana apa yang lebih penting ukhwah ini terus terjalin dan mendapat rahmat di sisiNya.. Aku amat berharap inilah permulaan untuk sebuah kisah yang baru..

Ya Allah...

Terlalu banyak kurniaan daripadaMu dalam hidup ini..
Aku memohon keampunan daripadaMU Ya Allah kerana pernah merasa hidup ini terlalu susah dan pernah juga ingin mengalah..
Kalaulah hidup ini umpama lukisan..mungkinkah lukisanku ini yang paling banyak coretan warnanya..
Setiap detik yang melewati hidupku kini benar benar menginsafkan. Pernah dulu aku hidup di jurang yang paling dalam tetapi kini aku memerhati dari puncak yang tertinggi..
Aku ingin menikmati setiap anugerah yang Kau kurniakan tanpa sangsi..
Aku tidak pernah tahu hidup ini sampai bila namun dalam ruang yang terhad ini,biarlah ianya dipenuhi detik detik gembira yang tidak melekakan kerana walau di mana dan siapa pun aku...
Aku tetap seorang hamba..

Ya Allah..
Terima Kasih untuk keluarga yang memahami..
Terima Kasih untuk teman-teman yang menyayangi..
Terima Kasih untuk kehidupan yang penuh warna-warni..
Terima Kasih untuk setiap kurniaan yang diberi..


Keindahan dalam persaudaraan..ukhwah fillah..- SENYUMAN dan KEMAAFAN..



Jumaat, 5 November 2010

~MaAfKaN kEsALaHaN iNsAn~

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,Allah Azza Wa Jalla masih memberi saya kesempatan dan kemampuan untuk menulis lagi.

Setelah lebih sepuluh hari,hari ini saya berpeluang semula untuk mengemas kini blog dengan menulis sesuatu yang bermanfaat buat diri saya dan semua yang membaca InsyaAllah.

Sepanjang 2 bulan yang lepas,saya melalui beberapa pengalaman yang besar dalam hidup saya,setiap satu daripadanya telah menguji kemampuan dan ketahanan diri ini. Salah satu daripadanya adalah suatu pengalaman yang saya tidak langsung pernah menjangkakanya. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa peristiwa yang telah mengguris hati banyak insan.

Bertitik tolak daripada peristiwa itu,saya mulakan kembara ilmu saya dengan mencari bahan-bahan yang boleh saya pelajari tentang erti dan nilai sebuah kemaafan. Ia bertujuan untuk membetulkan dan mengkoreksi diri saya juga. Mungkin kita sering terlepas pandang tetang perkara ini dan mengambil mudah setiap kali kita berdepan dengannya didalam kehidupan seharian.

Sedang saya asyik mencari dan membaca,saya terjumpa sebuah laman web yang saya simpan dalam laptop kesayangan saya. Begitu besar hikmah yang Allah tetapkan,pada waktu saya pertama kali berjumpa dengannya,saya tidak berkesempatan untuk membaca,jadi saya hanya copy n paste artikel tersebut. Rupa-rupanya sudah diatur oleh Allah Subhana Wata'ala bahawa sekarang adalah masa yang terbaik untuk saya membaca dan menghadamkanya.

Ia adalah sebuah karya seorang sarjana terkemuka dunia Islam. Kesarjanaanya dimanfaatkan oleh jutaan manusia sehingga kesaat ini didalam pelbagai bidang dan displin ilmu.

Dalam ratusan jilid perbendaharaan kitab dan risalah ilmunya,Allah Subhana Wa Ta'ala mentakdirkan saya berjumpa dengan tulisan yang ringkas dan pendek ini untuk dimanfaatkan.

Oleh kerana saya sangat tersentuh dengan apa yang dicatatkan oleh beliau,saya begitu teringin untuk kongsikan tulisan ini dengan semua orang dan saya begitu yakin ia pasti akan bermanfaat buat ramai manusia..

Siapakah sarjana yang saya maksudkan?

Sengaja saya letakkan nama beliau diakhir tulisan ini supaya nama beliau tidak mengganggu persepsi anda sebelum dan sepanjang pembacaan.

Tulisan ini dicatatkan ketika beliau dihukum penjara berpunca daripada fitnah dan tuduhan palsu yang dilontarkan keatas beliau. Ingin saya jelaskan,perhatikan sikap dan akhlak beliau berdepan dengan ujian dan orang-orang yang memusuhi beliau.

Selamat membaca

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, yang telah merahmatiku ,memberikan nikmat yang besar dan memberkatiku yang mana selayaknya ia disyukuri dengan meneguhkan ketaatan kepadaNya, membiasakan diri bersabar mematuhi arahanNya. Sesungguhnya seorang hamba telah diperintahkan untuk lebih bersabar ketika waktu lapang supaya apabila datang waktu susah.

Allah Subhana Wata’ala berfirman ;

“Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. “(Surah Hud 11 : 10-11)

Dan kamu semua tahu bahawa Allah yang Maha Sempurna telah memberkati peristiwa ini [1] yang mana dengan keberkatan ini agamaNya dibela,FirmaNya diangkat tinggi,tenteranya dibantu dan para waliNya dimuliakan. Hal ini juga menjadi penyebab untuk memperkuatkan Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah,dan menyebabkan penghinaan kepada ahlu Bid’ah dan pemecah belah. Ia juga menjadi penyebab kepada pengesahan terhadap apa yang telah kamu sahkan daripada Sunnah.

Dan hal ini bertambah dengan terbukanya pintu-pintu hidayah,kemenangan dan bukti sepeti yang telah diketahui oleh orang ramai yang mana tidak ada yang boleh menghitungnya selain Allah. Ia juga menjadi penyebab kepada orang ramai untuk mula menerima jalan Sunnah dan Jamaah serta nikmat lain yang tidak terhitung jumlahnya. Semua ini mesti disertai dengan kesyukuran yang luar biasa kepada Allah disamping bersabar walaupun didalam waktu yang mudah.

Dan kamu semua tahu bahawa daripada prinsip-prinsip yang melengkapkan agama ialah menyatukan hati,menyatukan kata dan berbaik-baik antara satu sama lain.

Allah Azza Wa Jalla berfirman ;

“Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu…”(al-‘Anfal 8:1)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai…”(ali-Imran 3 :103)

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.”(ali-Imran 3:105)

Dan banyak lagi contoh-contoh lain seperti ini daripada firmanNya,yang mana memerintahkan kita untuk bersama dengan jamaah (mengikut jalan para sahabat) dan bersatu padu serta melarang perpecahan dan perbezaan.

Orang yang paling menjadi contoh bagi prinsip ini ialah Ahlu Sunnah wa Al-jamaah sepertimana pemecah belah menjadi contoh bagi orang-orang yang menyalahinya.
Yang melengkapkan Sunnah ialah,ketaatan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ini sebab mengapa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda ;
“Sesungguhnya Allah meredhai kalian tiga perkara, engkau menyembah-Nya dan tidak mempersekutukannya dengan sesuatupun, berpegang teguh dengan semua tali Allah dan tidak berpecah belah dan engkau memberikan nasihat kepada orang yang Allah berikan kuasa untuk memimpin urusan kalian”[Hadith Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad]
Dan didalam koleksi sunan hadith, Zayd bin Thaabit dan Ibn Mas’ood Rahimahullah (Dua orang sahabat yang faqih) meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
"Allah Subhana Wa Ta’ala akan memberikan barakah berupa kecerahan bagi diri seseorang yang mendengarkan dari aku sesuatu (ilmu) lalu ia menghafaznya dan kemudian menyampaikannya kepada yang lain. Banyak penyampai ilmu ini tidak memahami ilmu tersebut dan banyak penyampai ilmu ini menyampaikan ilmu tersebut kepada orang yang lebih memahami daripada mereka. Disana ada tiga perkara yang tidak ada kebencian padanya bagi hati orang yang beriman : Keikhlasan kepada Allah dalam melakukan sesuatu, nasihat kepada mereka yang berkuasa dan berpegang teguh kepada Jamaah”[Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibnu Majah]

Dan kata baginda ‘Tidak ada kebencian’ bermaksud tidak langsung membencinya. Maka hati seorang muslim tidak membenci sifat-sifat ini. Sebaliknya mereka mencintai dan meredhainya.

Justeru itu,perkara pertama yang akanku mulai merujuk kepada prinsip ini ialah berdasarkan apa yang terkait dengan diriku. Maka anda semua tahu (semoga Allah meredhai kalian) Aku tidak inginkan kerosakan sama sekali (zahir ataupun batin) bagi sesiapapun secara umum daripada umat islam apalagi teman-teman dan sahabat kita.Tidak pula aku memendam rasa tidak senang terhadap mereka,tidak pula aku menyalahkan mereka atas apa sebab pun. Sebaliknya bagiku mereka selayaknya dimuliakan,dicintai,dihormati lagi dan lagi berdasarkan tahap setiap daripada mereka.

Dan seorang insan tidak boleh terkecuali (salah satu daripada tiga jenis):
Seseorang yang ikhlas berusaha untuk memastikan kebenaran dan ianya tepat,atau seseorang yang berusaha untuk memastikan kebenaran tetapi ianya silap ataupun seseorang yang berdosa.
Bagi yang pertama,dia diganjari dan dihargai. Bagi jenis yang kedua,mereka diganjari atas usaha mereka dan dimaafkan kesilapan mereka. Dan bagi jenis yang ketiga,semoga Allah ampunkan kita,dia dan semua orang yang beriman.

Kita sepatutnya tidak meninggalkan perkataan mereka yang menentang prinsip ini dengan mengatakan si fulan mengurangi si fulan,apa yang dilakukan oleh si fulan menjadi punca syaikh disakiti,atau si fulan punca semua ini berlaku dan perkataan-perkataan lain sepertinya yang mengandungi kritikan daripada sebahagian teman-teman dan sahabat kita. Tentu sekali aku tidak membenarkan teman-teman dan sahabat kita disakiti dengan cara ini,tidak ada kekuatan melaikan kekuatan Allah!

Bahkan kritikan ini sebenarnya kembali kepada orang yang mengkritik melainkan dia ada melakukan amal soleh dan Allah mengampuninya (Jika Allah Mahu),dan sudah tentu Allah mengampunkan yang lepas ataupun yang lampau . Dan kamu semua tahu tentang kezaliman yang telah dikenakan keatas teman-teman dan sahabat kita di Damsyik (Syria) dan ia masih berlaku sekarang di Mesir. Rialitinya ia tidak disebabkan oleh kekurangan atau kelemahan pada sahabat-sahabat,tidak juga kezaliman ini melanda oleh kerana kita telah mengubah pendangan kita dan membenci mereka. Bahkan setelah dia (sahabat) menerima layanan yang zalim,status,kecintaan dan hormat kita kepada dia bertambah. Sudah tentu ujian seperti ini bermanfaat buat orang-orang yang beriman kerana Allah membetulkan dan mempertingkankan mereka dengan sebab (ujian) tersebut. Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah ibarat sepasang tangan yang saling membasuh antara satu sama lain. Yang mana kadangkala kekotoran tidak dapat dihilangkan melainkan dengan cara yang keras(tekanan).Tetapi kekerasan ini membawa kepada kebersihan dan kelembutan,maka kekerasan ini adalah terpuji. [2]
Kamu semua juga tahu,banyak daripada apa yang telah berlaku adalah tipu,tudahan yang tidak benar,kecurigaan yang salah dan dipandu oleh perasaan hasad dan sepertinya yang tidak dapat diterangkan. Maka semua penipuan dan tuduhan tidak benar yang dilakukan keatasku adalah sebenanya punca kebaikan dan barakah keatasku.

Firman Allah Azza Wa Jalla ;
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).” (an-Nur 24 : 11)

Justeru dengan ujian ini,Allah menzahirkan cahaya kebenaran dan buktinya yang mana menangkis pendustaan dan penipuan. Maka dengan itu aku tidak ada keinginan untuk membalas dendam terhadap mereka yang membuat penipuan keatasku,yang telah menekanku ataupun yang telah menunjukan permusuhan dan kebencian terhadapku. Sesungguhnya aku memaafkan setiap muslim dan aku sukakan kebaikan bagi setiap muslim dan aku inginkan kebaikan untuk setiap muslim sepertimana aku inginkan kebaikan untuk diriku. Bagi yang telah menipu dan melakukan kesalahan (terhadapku), aku telah memaafkan mereka.
Adapun yang melibatkan (pencabulan) hak-hak Allah,sekiranya mereka memohon taubat,nescaya Allah akan menerima taubat mereka. Dan sekiranya tidak,hukuman Allah akan terlaksana keatas mereka. Jika seorang insan dihargai kerana perbuatan jahatnya,jadi aku ingin berterima kasih kepada semua yang menjadi sebab kepada ujian ini menimpa diriku.

Bagaimanapun kepada Allah dipanjatkan kesyukuran diatas barakah dan nikmatNya yang mana tidak berlaku sesuatu perkara keatas seorang mukmin melainkan ada kebaikan untuknya.

Orang-orang yang berniat murni juga dihargai diatas kemurnian niat mereka,dan orang-orang yang berbuat baik dihargai diatas kebaikan mereka. Adapun bagi mereka yang melakukan kejahatan,kita memohon kepada Allah agar memberikan keampunan kepada mereka. Dan kalian tahu,sesungguhnya ini adalah daripada keperibadianku.

Kalian juga tahu bilamana Abu Bakar as-Siddiq Radhiallahu ‘Anhu berdepan dengan peristiwa al-Ifq (fitnah keatas Aisyah Radhiallahu ‘Anha, anaknya dan isteri kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) Allah telah menurunkan firmanya,yang kemudian Abu Bakar as-Siddiq bersumpah tidak akan memberikan sebarang kebajikan kepada Mistaah bin Athaathah kerana Mistaah adalah salah seorang yang terlibat didalam konspirasi fitnah tersebut.

Maka Allah berfirman :

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."(an-Nur 24 :22)

Setelah ayat ini diturunkan,Abu Bakar as-Siddiq Radhiallahu ‘Anhu berkata : “Demi Allah, Aku suka Allah mengampuniku, Maka beliau pun meneruskan pemberian bantuan dan kebajikan kepada Mistaah seperti biasa”[Riwayat Imam Bukhari]. Jesteru itu,dengan memberi kemaafan, berbuat baik antara satu sama lain dan berjihad dijalan Allah,akan menjadi ketetapan bahawa :

"Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.(53) Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.(54) Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)."(al-Ma’idah 5 :53-55)

Wassalaamu ‘alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuhu.

[1] Merujuk kepada peristiwa Ibn Taimiyah dipenjara buat pertama kali pada tahun 705 Hijrah selama satu tahun setengah. Peristiwa ini berlaku disebabkan penipuan dan tudahan palsu yang dilontarkan keatas beliau.

[2] Merujuk kepada teman-teman mereka di Damsyik Syria. Mereka menjadi lemah atas ujian getir yang dihadapi dan tidak terus teguh diatas manhaj (metodologi) ini. Oleh itu Ibn Taimiyah melarang anak murid dan teman-temanya daripada mengapa-apakan mereka. Malah beliau menyatakan bahawa beliau telah memaafkan,tidak punya sebarang perasaan dendam malah menghormati dan mencintai mereka.
Begitulah besar dan murninya jiwa seorang sarjana yang masyhur sebagai Syaikhul Islam Ibn Taimiyah Rahimahullah.

Jadi kita bagaimana?

Jawapannya sudah tentu ada pada diri masing-masing.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk meminta maaf kepada semua teman-teman dan insan-insan yang pernah dan sedang bersama saya atas segala tindak tanduk saya selama ini yang mungkin telah mengguris perasaan kalian. Pastinya saya bukan sengaja untuk berbuat demikian,namun sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan yang banyak pada diri saya. Malah demikianlah semua manusia.



Oleh itu kasihani dan maafkanlah kesalahan insan,mungkin hari ini giliran kita untuk memaafkan kesalahan orang lain,siapa tahu satu hari nanti akan tiba giliran kita pula yang mengharapkan kemaafan. Bukankah pada masa itu nanti kita akan sangat berharap agar mendapat belas kasihan dan keampunan?

Tambahan pula 10 Zulhijjah sudah bersedia untuk menyapa kita,cuma kita sahaja yang belum pasti samada sudah bersedia ataupun belum untuk menyambutnya.Justeru, sebagai salah satu persediaan menyambut kedatangan Aidil Adha yang mulia ini,saya mengharapkan tidak ada yang berdendam dan terguris dengan saya,oleh itu maafkanlah saya!

Sekian sahaja.

Tuhan, ku mohon, kuatkan hatiku dalam ketaatan pada-Mu, Rasul-Mu dan Ad-Din-Mu.. moga aku mati dalam keadaan Mukmin, bukan Musyrik.. moga bila aku mati, matikan aku juga dalam keadaan syahidah.. tapi ku tahu.. sebelum maqam itu tercapai aku harus ‘syahid’kan semua runtunan diri dan nafsu.. perlu ku ‘syahid’kan dunia dari hatiku…bahkan mesti! agar syahid disisi-Mu ku peroleh… mampukah aku?