Isnin, 30 Ogos 2010

~Rindu Dia~

Hampir 3 mggu tak tau kabar berita.
tiba2 rasa sunyiiii sangat... "lonely, i'm so lonely'

*untuk dia yg baca post ni..jgn kutuk ea..jgn senyum @ gelak. itu pelik namanya bila kamu senyum@ gelak sorang2..ok?

ini hanya luahan hati..*

+++

erm.. bla kamu mahu hbungi aku??rase sungguh sunyiiiii...sungguh keseorangannnn...

tahu tak sekarang apa yang berlaku?
bila mahu tidur,
muka akan dipusingkan ke sebelah kiri menghadap dinding..
sambil membelek-belek telefon..

sebab apa?sbb hrp2 msih ada msj darimu untukku...
huhu~ sedih2...rindu2..)

ala..bukan jauh pun...kalau nk pegi..tapi rasa mcm nun jauhhhhhhhhhhhh di sana...

+++

dia.. tahu semuanya tentang diri ini. semuanya, bukan segalanya. hihi.. perangai baik buruk juga dia sudaaa kenalll... dan dia menerima diri ini seadanya...

ujian ukhuwwah.. kdg2 kami bmasam muka, kdg2 bgtu riuh bercerita.. itu normal. setiap ukhuwwah akan diuji dan diuji.

"hubungan terjalin dengan diri terpimpin..persengketaan adalah dugaan, dengan iman di hati, amalan di baiki.."

sukar diterjemahkan perasaan ini. untuk dia, maafkan aku atas segalanya. andai tidak dapat menjadi pendengar atau pembantu yang baik.. dan tidak mampu menjadi alang sesempurna.. maaf.. kerana tidak pandai mempamerkan rasa sayang ni... =)

dalam hati.. rasa bersyukur punya 'adik' sepertinya! terima kasih ya Allah atas ANUGERAH ini...

+++

ehem. dia dan aku sungguh berbeza. dia sangat MATANG dalam hidup, dlm mbuat keputusan... tapi aku???

erm.. dia jugak selalu buat kerja dgn sungguh TELITI dan TEPAT pada waktunya. dan aku?
Tapi...dia selalu tak tepati janji...aku???????.....haaaaaaaaaaaa...

dan bagaimana pun dia.. dia ialah dia. sebagaimana dia TERIMA diri ini seadanya, begitulah aku...

**nak letak gambar..tapi nanti macam akan 'dimarahi' oleh dia.. jadi letak gambar inilah =(


+++

entry khusus untuknya~

THANKS 4 ALWAYS BE THERE.
THIS UKHUWWAH.. ILALLAH.. INSYA-ALLAH!

loves,
Alang..

Sabtu, 21 Ogos 2010

~Dilupakan????...~

Telah ku terbiasa begini..
pabila diperlu akan dihubungi..
tp jika tidak..
akan di lupakan..
tidak di endahkan..
tidak dihiraukan...
seolah-olah tidak pernah dikenali..
akhirnya..
di tinggalkan..

...akan tetapi..
tidak ku kecewa..
krn ini adat hidup di dunia..
yg hakikat nye sementara..
dan ingatan manusia tidak kekal lame..
sering lupa sesame mereka..
dan alpa bhawa dunia ini tidak lama..
sesungguhnya akhirat mnanti bila2 mase..
yg kekal abadi utk selama2nya..

~ Telahku Pilih Jalan-Mu.._



Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Ahad, 15 Ogos 2010

~dihimpit dan tersepit~



Manusia selalu menjangka berjaya memperolehi sesuatu apabila ia berada di tangan. Walau ilusi, walau fantasi, walau imaginasi.. Menyangka jika selesai urusan, habislah tanggungjwab yang dipikul. Menyangka sudah selesai urusan, hinggakan terlupa satu kenyataan, Allah memegang jiwa dan perasaan setiap insan.. Hinggakan tanpa disedari disedari, lupa bahawa Allah yang berhak menghilangkan gelojak hati manusia.. Allah lah sebaik-baik Pendamai.. lantaran itulah Islam ; sejahtera datangnya dari Dia..Rabbul ‘Alamin.

Seketika sama-sama kita fikirkan, rupanya ada hati-hati yang masih jauh dengan Tuhan..yang sentiasa berharap setiap jiwa lain itu sedar, bahawa ad-din penyatu fikrah.. namun lupa, Allah pemberi taufiq hidayah.. sedangkan Rasul diuji bapa saudaranya yang hingga akhir hayatnya musyrik.. sedangkan kita? mungkin hanya tahu bersedih, berduka.. 1001 emosi menyesakkan nafas..cukup teruji dengan sikap manusia, padahal.. ‘kesakitan’ terhadap sikap manusia, hanya tempias yang tidak terzahir jika dibandingkan ‘tarbiyyah’ Allah kepada insan agung; sallallahualaihiwasallam …hakikatnya, ada yang gagal dengan ujian ini. Lupa pada tawakkal pada Allah itu lebih penting..

sesak, hilang arah tujuan… dihimpit, disepit, diasak.. yang mana mungkin medan perantaraan..diluah mati emak, ditelan mati bapa.. masakan ada manusia sanggup dihimpit rasa ‘tersepit’…melihat hati-hati berantakan tanpa ada solusinya..

Dari situ, bermuhasabahlah seketika..benarlah, hal yang kecil sekiranya dipantang enteng, benteng kan terbina! Kata orang “alah, kecik je mende tu, sok lusa abih la cite tu”.
Untuk setiap Muslim, Rasul mengingatkan agar tidak dipatuk dari lubang yang sama. Hal kecil jangan dipandang remeh, hal besar jangan dibesarkan. Jadi jangan ditimbul jawapan “esok lusa kan selesai semuanya” tanpa yakin ada bantuan dari Allah! Kerana, jiwa kita pada-Nya!

“biarlah malas nak masuk campur.. ah, biarlah, malaslah, nanti aku gak susah hati, buat apa ambil tahu?”..ayat ini, selalu diungkapkan bahkan terzahir pada tindakan..semua orang, relakah diri disakiti menanggung derita demi bahagiakan orang lain, menyusahkan diri demi masalah orang lain? Relakah?

moga secebis kesedaran yang timbul digarapkan dalam tindakan; melalui pengorbanan kita yang tidak sebesar mana, kan membuatkan manusia lain boleh bahagia.. pujuklah hati, berharaplah mempunyai jiwa kan cekal, kerana sekiranya kita lemah tersungkur, sekiranya kita beralah mengalah.. kesan negatif yang cukup besar akan semua orang terima.. Tuhan kan menolong kerana Dia sebaik-baik Penolong. jangan biarkan kita berterusan merajuk pada kerja dakwah ini..

tanyalah pada diri.. kenapa Allah ‘izinkan’ kerja ini ke bahu sesetengah di antara kita? Sedangkan ‘rela’ tidak pernah dijemput hadir..moga suatu saat, Kau singkapi hikmah disebalik semua misi-Mu agar bertambah keyakinan pada-Mu. Agar disedari, semua ini ‘tarbiyyah’ pada jiwa yang manja, semua ini ‘tazkirah’ pada hati yang alpa…

Tuhan, damaikan hati-hati yang berada dijalan-Mu.. moga mereka fahami, agar hati-hati ini bersatu atas agama-Mu.. dengan itu ya Allah, kurniakan tafahum, agar kamilah nadi ad-din-Mu..kan terus berdenyut hingga tiba pengakhirannya…

Khamis, 12 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan..


Salam alayk...

Ya Rabb..Ya Allah..
mengharap pada Ramadhan yang tiba..
moga kali ini lebih baik dari sebelumnya..
sampaikan kami hamba2-Mu pada Ramadhan ini...
marhaban ya ramadhan...

selamat menyambut Ramadhan..
kepada semua.. hargailah ia.. mungkin ini yang terakhir kalinya sebelum datangnya Ramadhan yang akan datang... Hanya Allah yang Tahu...
ayuh...bersama mencari rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka..

dan..
buat semua..
hargailah masa lapang sebelum datangnya waktu sempit..
Wal'Asr..

Ahad, 8 Ogos 2010

~Susahnya Jadi Perempuan..Payahnya Jadi Lelaki~


Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan taqdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"

Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan aqidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.

Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam.

Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan". ALLahu... ALlah..

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :

" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."
( An-Nur : 30-31 )


Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?...

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.

Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka


Agungnya akhlaqmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata

"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"

Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar ALlah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita). Urwah bin Zubair mengucapkan :

"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (menyembuhkan)"


ALLahu...ALLah...


Tugas Kita Sebagai HambaNya

Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah at Taubah : Ayat 71)


Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada ALlah.....

Rabu, 4 Ogos 2010

~ Ramadhan..ku amat merinduimu...~


Assalamualaikum....


Apa khabar iman ku hari ini..? Adakah aku masih sama dengan semalam atau lebih baik..? Ataupun adakah aku sedikit terleka dengan ujian yang diberi-Nya?

Sama-samalah kita 'topup' iman kita, bukan hanya kredit telefon setiap minggu..


''aku merinduinya''


perghh, pasal ape ek..? macam jiwang je.. yup. aku terlalu merinduinya.. sangatt..


::apakah mungkin akanku bertemu dengannya pada kali ini?::
::apa yang harus aku pakai untuk bertemu dengannya?::
::cukupkah hanya ala kadar atau berhias secantiknya?::


Sudah lama aku tidak bertemu dengannya.. Sangat lama.. Apakah aku sudah melupakannya? Kenapa saat-saat begini, hatiku seringkali mengingatkannya? Mungkin saat untuk bertemu dengannya sudah tidak lama..

Terkadang aku terfikir, apakah yang aku lakukan sepanjang ketiadaannya? Makin terukkah aku? Atau bagaimana? Adakah aku cuma baik tika berada dalam dakapannya..? ahh, aku tidak mahu begitu..


Aku mahu sentiasa baik walaupun masa berlalu pergi.. Aku tidak mahu berpura-pura. Aku tidak mahu gagal.. tapi, betapa susahnya hendak istiqamah dalam melakukan semua itu.. Ujian yang datang membuatkan aku terleka sejenak.


Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan.. andai ini Ramadhan terakhir untukku, semoga ia lebih baik daripada yang sebelumnya..


~amiin!!..~

Isnin, 2 Ogos 2010

~Airmata...~


Tiba-tiba teringatkan seorang insan yang pernah hadir dalam hidup...sudah lama tidak bersua muka..terdetik juga rasa rindu...tetapi skrg..dimana dia???tidak sudikah lagi berkongsi cerita suka dan duka??sudah berubah??..hanya tuhan yang tahu betapa hati ini risau, gelisah, pilu…sedih… air mata ditahan supaya tak jatuh… ni bukan kali pertama rasa macam tu, agaknya ramai yang akan terkejut bila tengok riak wajah yang berubah waktu tu.. dari seorang yang nmpak ceria luarannya,tiba2 tadi...Subhanallah, hanya tuhan yang tahu apa perasaan yang hadir waktu tu…bercampur baur..

tapi itu bukan isunya, sekadar terdetik di hati ; refleksi diri bila terasa kehilangan seseorang yang disayangi..tapi kata sahabat saya..“rilex la, orang perempuan ni mudah susah hati” yeke? Mungkin.. ilusi hati menidakkan… tapi hakikatnya akal mengatakan ya!

susah hati, sensitif berkait dengan emosi, emosi dikaitkan dengan air mata, air mata dikaitkan dengan wanita..

Kajian membuktikan pengesaan-Nya menciptakan kelenjar-kelanjar air mata wanita lebih besar dari lelaki, yang mana sains membuktikan tangisan mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dan merupakan ‘pencuci’ mata..Subhanallah…

Seorang wanita mudah menangis bahkan lebih dan lebih banyak menangis dari insan bernama lelaki..
Sekeras-keras mana pun seorang wanita, dia tetap wanita, ada lembutnya Cuma tidak dipamerkan.. begitu juga lelaki, selembut-lembut mana pun lelaki itu, dia tetap lelaki.. tapi isu mak nyah, aww ni macam mana pulak ya? Fitrahnya dia tetap seorang lelaki!

Alahai wanita, sensitifnya…,
~Ha..tu la perempuan, sikit-sikit teghiak (loghat Kedah), Perempuan dan air mata tidak dapat dipisahkan! Huh, perempuan.takde keje lain ke nak buat selain merajuk, menangis.. ah, hang ni sikit-sikit merajuk,sikit-sikit menangis…mu ni tok jerit tokle ke (kelantan style : betul ke? Cek bukan oghe kelate no..hehe)~

Pelbagai kenyataan, pelbagai spekulasi, pelbagai persepsi tentang perempuan di stereotaipkan... kenapa ya perlu dipersoalkan wanita dan air mata? Sedangkan nabi dah pun mengingatkan kita dalam hadisnya wanita ibarat tulang rusuk, kalau dibetulkan patah, kalau dibiarkan kekal membengkok… Nabi mengingatkan lagi : berpesanlah terhadap kaum wanita…

Aii~ Rimas ke dengan air mata? Air mata adalah senjata wanita.. air mata kami mungkin dilihat sebagai rajuk, mungkin sinonim dengan lemah… tapi itulah sebenarnya cara jiwa kami meluahkan perasaan, meredakan amuk dalam hati.. itulah hakikat…! kalaulah kami mewarisi sifat dan sikap lelaki, harulah dunia, kacaulah alam ni..
Kenapa ya lelaki susah menangis? Malu pada air mata? Atau ada tangisan tu, tapi tak dipamerkan.. kerana adat mengatakan lelaki tidak boleh menangis? Atau ada faktor lain? Mungkin tangisan lelaki bertempat.. Susahnya memahami lelaki…
(hanya lelaki memahami jiwa lelaki)…. tangisan wanita pulak? haiii...hmmm...

Konklusinya dan solusinya? ……………………………… no comment! Hehe.. tepuk kepala tanya akal… ;-) tepuk dada tanya hati…. Selamat mencari solusi…

p/s : air mata~ tangisan manusia bukan satu keaiban tapi satu keperluan bahkan satu kemestian…usah ditahan air mata kerana air mata membuktikan kita takut dan berharap pada Allah..tanda keinsafan..bukti taubat.. Kalam Allah disampaikan oleh Rasulullah dalam Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa’i “aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut pada Allah”