Rabu, 23 Februari 2011

~BeRhEnTi BeRhArAp PaDa MaKhLuK ..~

Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain...Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan...

Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan...

Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.
***********************************************************

Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah...Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita...

Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”

Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga...

Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati... Sedangkan itu semua adalah salah kita...

Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…

Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa...Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan...

Sebaliknya, berharaplah pada Allah...Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita...Tak cepat, lambat.. Kalau bukan di sini, InsyaAllah di akhirat nanti Allah balas.

Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana...Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan...

Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda...

Percayalah...Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya...Sedangkan semua itu bukan salah mereka...Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain...Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal...




Ada kaitan ke dengan gambar nie??..terpulang pada anda untuk mentafsirknnya..
hehe...

*********************
Kini,saya hidup lebih tenang dan tenteram...Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang...Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya...Saya yakin hanya Allah saja yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya.. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia…. =D

Selasa, 22 Februari 2011

~SaHaBaT~

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati..Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan..Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.





Renungilah....

Kata Pujangga :
Persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan..
Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran..

Mencari sahabat sejati bukanlah mudah....
ramai yang bersama berkongsi suka,namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka..
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan.. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur.
Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua..
Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab..
Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan..


Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib :
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”


Jika dikatakan embun pagi itu suci... Suci lagi ukhuwwah yang kalian hulurkan..

Salam sayang…

Khamis, 17 Februari 2011

~Buatmu Yang Tersayang~

Sayu hati melihat apa yang dilalui.. apa yang sedang ditempuhi. Benarlah kata orang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mudah untuk aku ungkapkan, tapi.. bukan mudah untuk tempuhinya kan?

Semalam.. aku lihat gambarnya. Hati aku rasa sakit. Sakit bila melihat orang yang aku sayang tidak merasai ‘kesakitan’ dan ‘keperitan’yg aku lalui ..

Bila aku pandang riak wajahnya. Hati aku rasa pilu. Ya Rabb! Aku tahu dan aku yakin. Kenapa dia, hanya Engkau Tuhan yang Maha Adil dan Maha Tahu.

+++

Hari ini, sesak dan sesak. Semuanya bersatu bukan?

Hari ini, terasa semuanya tidak adil bukan?

Hari ini, berhadapan dengan persimpangan bukan?

Bahkan.. aku yakin..

Aku tahu.. aku tahu.. aku tahu.. apa yang aku rasai saat ini.. pastinya menyakitkan jika berlaku pada kamu juga..bukan?

+++

Hanya doa yang kutitipkan padamu..

Ya Allah..kuatkan hatiku..Aku sgt menyayanginya..Sekiranya aku mampu, aku mahu memberikan keseluruhan dari setiap kekuatan kepada dirinya. Ya Allah, sekiranya aku mampu..aku mahu berikan segala semangat yang ada buat dirinya..

Ya Allah. Sungguh, benar aku tidak mampu!

Aku hanya hamba..yang masih bertatih mencari erti kehambaan.

Yang masih membina kekuatan diri..

Ya Allah. Aku sendiri mengharapkan kekuatan dariMu..

Lalu ya Allah..ku mohon ya Allah. Aku menyayanginya keranaMu.. maka apalah kiranya ya Allah, kau kurniakan kekuatan kepadaNya.. Kau kuatkan jiwanya dan Kau tabahkan hatinya..

Amin ya Rabb..


+++

aku mungkin tidak mampu menjadi pemberi semangatmu, kerana aku sendiri lemah. Hanya satu, ingin kukatakan. Aku sentiasa di sini.

Jika hari ini aku hanya mampu berjalan.. aku mahu engkau terus berlari..


Pandanglah ke hadapan, bergeraklah!

Aku di sisimu. Akan memimpin tanganmu. Dan sesekali tidak akan melepaskannya. Ini janjiku!

Aku di belakang. Akan mendukungmu.. semangatmu takkan kubiar rebah. Ini janjiku!

Ketahuilah. Dalam diam, aku kan terus menyokongmu. Dalam setiap langkah.

Dan aku akan hadir dalam setiap langkahmu.. tidak sesekali aku biarkan engkau jatuh tersungkur. Tidakkan sesekali aku biar engkau tersasar. Ketahuilah. Aku ada di sini. Ketahuilah. Yakinilah..

namun, sekiranya engkau masih rasa keseorangan. maka ketahuilah. kita merasa keseorangan di jalan ini, tapi tidak dalam perjuangan ini...

+++

Namun, semestinya..aku mengharapkan engkau yakin.. Allah always be there.. Always..

InsyaAllah!

Semestinya apa yang berlaku..ialah QadarNya.

Maka usah persoalkan..Kerana hikmahNya terlalu misteri.

Ketahuilah..

Ada sesuatu yang kita tidak tahu..

apa yang berlaku..kita tidak pernah meminta.. tapi kita diberi apa sahaja yang terbaik~


hidup.. walau sesaat harus diteruskan, apatah lagi buat kita yang mengaku Muslim...

maka.. walau sesaat, harus bagai cahaya, melintas walau hanya sesaat bahkan detik yang kurang dari itu.. harus melintas..hanya untuk mengekalkan sinarnya..

begitu jualah kita...

+++

Ku hanya ingin agar engkau bisa fahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah untuk terima
Segala yang tlah menjadi ketetapanNya

Leraikanlah gundah Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya


Semuanya rencana Allah kan?

Isnin, 7 Februari 2011

~Alhamdulillah..~

Lamanyer tak menjenguk blog..dek kerana kesibukan yg amat sgt..Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan...


Alhamdulillah..lagi dan lagi?

nikmat Iman..
nikmat Islam..

manakah yang lebih besar..

Alhamdulillah lagi..
nikmat tubuh badan..
nikmat pancaindera..

Tadi 'berjalan-jalan di youtube..terjumpa youtube MHI TV3, Hj.Muhammad Lee Abdulllah, seorang yang buta boleh membaca al-Quran dengan baik dengan 'braile'....
kita yang sempurna?

Islam.. agama fitrah.. kita dikurniakanNya..
Iman.. pengisi jiwa.. alhamdulillah..

ada orang disekeliling kita..yang jahil setelah alim.. yang sesat setelah benar..
mudah2an hati kita diistqomahkan..dan tidak dibolak-balikkan..

"Allahumma ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala to'atik"

INFINITI alhamdulillah....