Khamis, 26 April 2012

~iSTiKhARaH CiNtA~



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)

Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut

Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja  lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).

Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolak atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.

Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikharah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikharah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .

Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  jodoh yang menjadi misteriNYA. 

Diatas Sajadah malam ini..
aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah..
atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku..
istikharah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah..
dalam doa ku bersimpuh pasrah..
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah..
bila jawapan itu masih menggantung di langit..
maka turunkanlah..
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi..
maka keluarkanlah..
bila jawapan itu sulit ku raih..
maka mudahkanlah..
bila jawapan itu masih jauh..
maka dekatkanlah..

Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya..Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,

Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat...

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,..

Ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. 

Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu Ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba Ya Allah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. 

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin

Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh KITA dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.

Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.

Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”

Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan..(^___^)


Rabu, 25 April 2012

~Awak..Cepatlah Kahwin...~

~Awak..Cepatlah Kahwin...~
Ungkapan gurauan ini selalunya dicipta untuk mewarnai suasana. Sebagai bahan usikan dan semata-mata. Tetapi malangnya, apabila tidak ramai yang sedar, bahawa ungkapan ringkas tersebut ibarat adakalanya tidak lebih daripada meletak garam ke luka bagi sebahagian teman atau sahabat kita.

Tidak ramai yang sanggup berterus terang tentang betapa ‘terdesaknya’ mereka untuk berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal. Meskipun mereka punya seribu satu sebab untuk merasa begitu, tetapi untuk menghuraikan sebab-sebab tersebut kepada orang lain, ia suatu perkara yang sukar. Bahkan kebanyakan mereka menyimpan beberapa kebimbangan, antaranya :  
1.Boleh jadi, mereka merasa suatu yang sia-sia jika memberitahu sebab-sebab itu kepada manusia-manusia yang tidak berada di tempat mereka, dan memang dijangka tidak akan memahami mereka. 
2.Mungkin orang bakal hilang rasa hormat kepada mereka, setelah mengetahui ‘dalaman’ mereka tidak sekuat ‘luaran’.
 3.Mungkin juga orang akan memandang serong, dengan menganggap mereka ‘terdesak’ disebabkan nafsu semata-mata.  

Apapun, situasi ini memang ada...  

Kadangkala, teman yang setiap hari menyimpul senyum di hadapan kita rupanya menyimpan murung di belakang kita. Sebabnya hanya satu. Resah menunggu hadirnya jodoh untuk mereka.

Lebih parah, jika orang-orang sekeliling seorang demi seorang ‘dijemput’ jodoh masing-masing. Berganda-gandalah parahnya jika setiap kali tiba musim cuti, terpaksa menghadiri kenduri kahwin kawan-kawan rapat dan menyaksikan betapa bahagianya mereka..

Begitu juga jika satu geng yang telah lama berkawan dari alam sekolah sehingga ke universiti. Tetapi sorang demi seorang berkahwin dan berbahagia dengan hidup masing-masing. Sedangkan dia, masih kekal sendirian.  

APA YANG BOLEH KALIAN TOLONG?

Sebenarnya menyaksikan ‘senyuman’ di wajah saya dan teman yang senasib dengan saya yang berada dalam keadaan tersebut, jauh lebih sedih daripada melihat tangisan zahir kami.  

Berdepan dengan golongan ini, sebenarnya terbahagi kepada dua golongan. 

Pertama yang memang enggan ‘simpati’ jauh sekali mahu menolong. Mereka buat hal sendiri. 
Kedua, yang simpati, cuba memahami dan cuba menolong ( dengan syarat sama jantina! ).
  
Golongan pertama gurauan mereka mungkin pedas, atau ‘sengaja dipedaskan’ dan memang tidak memikirkan pun perasaan atau kondisi teman tersebut. 
Adapun golongan kedua, mereka lebih lunak. Di samping cuba mencarikan calon, memperkenalkan dengan orang tertentu, mereka juga memberikan semangat dan motivasi.

Sudah tentu, saya sangat berharap kalian menjadi golongan kedua. Memang benar, tiada apa yang boleh dibantu. Kalian hanya mampu mengungkap kalam, tetapi kalian bukan penentu takdir. Tetapi seboleh mungkin, kita mahu setiap daripada kita bergembira dengan takdir masing-masing. Kita tidak mahu setelah kita beroleh bahagia, kita membiarkan teman kita larut dalam air mata..bukan begitu? (^_^)  

APA YANG SAYA PERLU?

Cuba lihat kehidupan dengan kacamata yang lebih besar. Allah tidak pernah berlaku zalim kepada manusia. Meskipun secara zahir, Dia tidak menjadikan semua orang kaya, bahkan ada juga yang miskin, namun di sebalik dua keadaan itu ada hikmah besar yang Allah tetapkan untuk manusia fikir.

Allah tetapkan takdir kita masing-masing, dengan jodoh masing-masing. Cuma, mungkin jodoh serta kebahagiaan kalian tiba lebih awal berbanding saya. Saya juga ada jodohnya, cuma masih teraba-raba dan tertunggu-tunggu. Saya 'mungkin' kesedihan, kegundahan dan kerisauan.

 Apa yang perlu saya buat hanyalah ‘mengikat’ diri dengan sifat perhambaan dan keyakinan kepada takdir, supaya tidak putus asa dan ‘lari’ daripada Allah. Zahirnya kelihatan saya sedang diuji, sedangkan hakikatnya kalian juga turut diuji.
Adakah ketika saudara kita itu bersedih, kita mahu memahami, mendokong, memberi motivasi, memberi semangat supaya tetap sabar dan teguh menunggu takdir, ataupun kita hanya memberikan perlekehan dan rasa sakit hati? Kata mudahnya, kalau tidak mahu memberi madu, jangan pula memberi racun.  

GURAUAN..

Ada alasan yang kuat untuk kalian berhati-hati dalam gurauan. Antaranya adalah, ia tidak menambah kekuatan walau sedikit pun kepada teman tersebut.. 

Percayalah, saya sendiri yang berada dalam keadaan tersebut jiwa jauh lebih rapuh dan sensitif, khususnya kaum hawa.

Ya, memang kalian sedang bergurau. Boleh jadi kerana geram melihat saya murung, ‘jiwa kacau’, atau kalian tidak tahu apa yang perlu diungkap bagi menceriakan suasana ( di mana kalian berharap saya akan gembira dengan gurauan tersebut).

 Berhati-hati, bukan bermakna tidak boleh bergurau. Tetapi lebih kepada bertindak bijak berdepan dengan sebahagian besar teman. Apatah lagi jika kalian memang mengetahui keadaan mereka yang terdesak untuk berkahwin, atau memang sangat-sangat perlukan perkahwinan tetapi belum ada calon, belum dilamar, belum ada yang ‘nak’ dan sebagainya, maka sangatlah tidak bijak untuk mengungkapkan gurauan sedemikian.

Ingat, kalian memang tidak mampu menyegerakan perkahwinan atau jodoh saya walau seminit, tetapi kalian masih mampu memberikan semangat kepada saya, walaupun seminit. Justeru, jadilah teman yang memahami

Ini bukan perkara main-main. Ini semua soal hati!

Selasa, 24 April 2012

T_____T

Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi ...qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini, Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata, Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau, Kerana aku insan yang dinodai dosa.. Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

Rabu, 4 April 2012

~ BiAr DiA tAhU..~




Biar dia SALAH SANGKA...Biar dia SALAH ANGGAP...Biar dia SALAH MENDUGA...Biar dia TAHU YANG BURUK...Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN??...Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN..

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU..supaya dia tidak menyesal kelak...


P/S: BIAR DIA TAHU...SAYA TAK KISAH ♥