Selasa, 9 November 2010

~ SeNyUmAn & KeMaAfAN~


Tidak tahu bagaimana ingin memulakan, mungkin lebih elok sekiranya aku mengimbau sekelumit kenangan..

Bermula daripada tidak pernah mengenal antara satu sama lain, kami menyulam satu persaudaraan yang sangat erat..

Persaudaraan yang di bina atas dasar keikhlasan dan menghargai kasih sayang ilahi..Ianya berputik dan berkembang mekar melewati batas-batas waktu.. saat-saat akal dihimpit tekanan, kami saling bersandar kukuh di antara satu sama lain..Ibarat aur dengan dengan tebing. Saat si adik menjadi goyah,si kakak turut berhenti untuk tolong memapah..
Begitulah sebaliknya..

Namun hakikat ukhwah dan persaudaraan, pasti dilanda ujian..Saat menerima perkhabaran yang mengejutkan, diri ini cuba mencipta kekuatan dan mencari kesabaran..
Ya Allah..dugaan apakah yang Kau timpakan pada hambaMu yang lemah ini??..

Namun,hati ini benar-benar yakin bahawa apa yang dia lakukan pasti sudah difikirkan sedalam-dalamnya. Aku mahupun dia...sekadar manusia biasa yang tidak pernah lepas dari kesilapan..Lalu pertemuan diatur dalam suasana serba kejanggalan dan amat asing bagiku.. Hilang segala kepercayaan dan kejujuran yang kami pertahankan selama ini.. Walaupun tika dan saat itu akal masih kebuntuan,hati berusaha mencari kekuatan dan semangat.. aku tetap cuba berdepan dengan kenyataan..

Namun saat mendengar alasan bahawa bukan niatnya untuk mengaibkan..Cuma dia hanya ingin mencari kebenaran dan lebih rela berkongsi dengan sahabat terdekat...barulah diri ini sedar jarak yang semakin terpisah di antara aku dan dia..Bila hati aku masih dan terus menganggap dirinya bagai seorang adik, aku bukan lagi seorang kakak dalam sisi hidupnya..

Mungkin aku sedih, kecewa dan terluka dengan tindakannya tapi aku mengerti hakikat sebuah ukhuwah..umpama sebuah pelayaran... Mungkin sudah sampai waktu untuk dia dan aku mengubah haluan pelayaran masing-masing.. Apa pun, doa dan rasa sayang pada dirinya tidak pernah berubah... Dan aku sentiasa mengharapkan bahawa kami akan ketemu lagi di tengah perjalanan dengan izinNya..


Segala puji bagi Allah... saat menerima mesej darinya baru-baru ini, aku memanjatkan kesyukuran yang tidak putus-putus kepada Allah. Aku sedang cuba melupakan kisah lalu yang penuh dengan kelukaan dan amat pahit untuk dikenang.. kerana apa yang lebih penting ukhwah ini terus terjalin dan mendapat rahmat di sisiNya.. Aku amat berharap inilah permulaan untuk sebuah kisah yang baru..

Ya Allah...

Terlalu banyak kurniaan daripadaMu dalam hidup ini..
Aku memohon keampunan daripadaMU Ya Allah kerana pernah merasa hidup ini terlalu susah dan pernah juga ingin mengalah..
Kalaulah hidup ini umpama lukisan..mungkinkah lukisanku ini yang paling banyak coretan warnanya..
Setiap detik yang melewati hidupku kini benar benar menginsafkan. Pernah dulu aku hidup di jurang yang paling dalam tetapi kini aku memerhati dari puncak yang tertinggi..
Aku ingin menikmati setiap anugerah yang Kau kurniakan tanpa sangsi..
Aku tidak pernah tahu hidup ini sampai bila namun dalam ruang yang terhad ini,biarlah ianya dipenuhi detik detik gembira yang tidak melekakan kerana walau di mana dan siapa pun aku...
Aku tetap seorang hamba..

Ya Allah..
Terima Kasih untuk keluarga yang memahami..
Terima Kasih untuk teman-teman yang menyayangi..
Terima Kasih untuk kehidupan yang penuh warna-warni..
Terima Kasih untuk setiap kurniaan yang diberi..


Keindahan dalam persaudaraan..ukhwah fillah..- SENYUMAN dan KEMAAFAN..



1 ulasan:

  1. sjk kbelakangan ni,
    blog ustzh pnuh dgn artikel psl ukhwah,
    mmg tpt dgn keadaan dunia skrng,
    insyaAllah, moge sesape yg bace mndpt hidayah drpdNYA =)

    BalasPadam