Khamis, 17 Februari 2011

~Buatmu Yang Tersayang~

Sayu hati melihat apa yang dilalui.. apa yang sedang ditempuhi. Benarlah kata orang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mudah untuk aku ungkapkan, tapi.. bukan mudah untuk tempuhinya kan?

Semalam.. aku lihat gambarnya. Hati aku rasa sakit. Sakit bila melihat orang yang aku sayang tidak merasai ‘kesakitan’ dan ‘keperitan’yg aku lalui ..

Bila aku pandang riak wajahnya. Hati aku rasa pilu. Ya Rabb! Aku tahu dan aku yakin. Kenapa dia, hanya Engkau Tuhan yang Maha Adil dan Maha Tahu.

+++

Hari ini, sesak dan sesak. Semuanya bersatu bukan?

Hari ini, terasa semuanya tidak adil bukan?

Hari ini, berhadapan dengan persimpangan bukan?

Bahkan.. aku yakin..

Aku tahu.. aku tahu.. aku tahu.. apa yang aku rasai saat ini.. pastinya menyakitkan jika berlaku pada kamu juga..bukan?

+++

Hanya doa yang kutitipkan padamu..

Ya Allah..kuatkan hatiku..Aku sgt menyayanginya..Sekiranya aku mampu, aku mahu memberikan keseluruhan dari setiap kekuatan kepada dirinya. Ya Allah, sekiranya aku mampu..aku mahu berikan segala semangat yang ada buat dirinya..

Ya Allah. Sungguh, benar aku tidak mampu!

Aku hanya hamba..yang masih bertatih mencari erti kehambaan.

Yang masih membina kekuatan diri..

Ya Allah. Aku sendiri mengharapkan kekuatan dariMu..

Lalu ya Allah..ku mohon ya Allah. Aku menyayanginya keranaMu.. maka apalah kiranya ya Allah, kau kurniakan kekuatan kepadaNya.. Kau kuatkan jiwanya dan Kau tabahkan hatinya..

Amin ya Rabb..


+++

aku mungkin tidak mampu menjadi pemberi semangatmu, kerana aku sendiri lemah. Hanya satu, ingin kukatakan. Aku sentiasa di sini.

Jika hari ini aku hanya mampu berjalan.. aku mahu engkau terus berlari..


Pandanglah ke hadapan, bergeraklah!

Aku di sisimu. Akan memimpin tanganmu. Dan sesekali tidak akan melepaskannya. Ini janjiku!

Aku di belakang. Akan mendukungmu.. semangatmu takkan kubiar rebah. Ini janjiku!

Ketahuilah. Dalam diam, aku kan terus menyokongmu. Dalam setiap langkah.

Dan aku akan hadir dalam setiap langkahmu.. tidak sesekali aku biarkan engkau jatuh tersungkur. Tidakkan sesekali aku biar engkau tersasar. Ketahuilah. Aku ada di sini. Ketahuilah. Yakinilah..

namun, sekiranya engkau masih rasa keseorangan. maka ketahuilah. kita merasa keseorangan di jalan ini, tapi tidak dalam perjuangan ini...

+++

Namun, semestinya..aku mengharapkan engkau yakin.. Allah always be there.. Always..

InsyaAllah!

Semestinya apa yang berlaku..ialah QadarNya.

Maka usah persoalkan..Kerana hikmahNya terlalu misteri.

Ketahuilah..

Ada sesuatu yang kita tidak tahu..

apa yang berlaku..kita tidak pernah meminta.. tapi kita diberi apa sahaja yang terbaik~


hidup.. walau sesaat harus diteruskan, apatah lagi buat kita yang mengaku Muslim...

maka.. walau sesaat, harus bagai cahaya, melintas walau hanya sesaat bahkan detik yang kurang dari itu.. harus melintas..hanya untuk mengekalkan sinarnya..

begitu jualah kita...

+++

Ku hanya ingin agar engkau bisa fahami
Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah untuk terima
Segala yang tlah menjadi ketetapanNya

Leraikanlah gundah Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu rencana dariNya


Semuanya rencana Allah kan?

1 ulasan: