Jumaat, 17 Disember 2010

~HuJaN~

aku mengharapkan hujan
turun dari awan
membasahkan bumi kering ini
dari ketandusan dan kekeringan
kering hati
kering iman
kering jasad
kering ilmu
kering kasih sayang


aku mengharapkan sekawan hujan
rajin rajin menziarahi bumi ini
aku masih berharap
kepada hujan yang ringan tapi kerap
agar hawa ini tidak terlalu kering
agar tumpuan ini lebih tenang
agar hati ini lebih sejuk dan redha

arghh,
bagaimana Musa a.s dan Harun a.s tegar berada di bumi Mesir?
bagaimana Ibrahim a.s dan Sarah tertakdir ke sana dahulu?
bagaimana Syuib a.s mampu bertahan di Madyan sana?
ya salaam,
hebatnya keteguhan kamu semua,
hebatnya kesabaran kamu semua,
hebatnya tawakkal kamu semua dengan takdir Ilahi,
hebatnya, hebatnya.
hebatnya kamu sebagai seorang manusia hakiki.


ujiannya hebat, tawakkalnya juga hebat.


aku,
diuji sedikit sudah tak keruan,
ditarik nikmat ingatan, sudah mula bermenung panjangan,
terkadang yakin mampu lakukan, tapi lupa ku sertakan dengan kuasa izin dari Tuhan,
terkadang pasrah menyerah, tapi lupa Allah itu bersama dan senantiasa ada untuk mendengar rayu kita.
senyum itu bila gembira sahaja,
duka itu bila kecewa sahaja,
sedangkan,
Dia mahu kita senyum ketika duka,
dan tak lupa berduka dalam gembira.


aduhai.

panas itu ubatnya air.
kering itu ubatnya basahkan.
kecewa itu ubatnya redha.
tawakkal itu wajib dimaknakan.


aduhai.

aku mahu selesaikan segera, segala sengketa dan syak wasangka antara kita...
tapi,
mampukah aku andainya kamu hanya berdiam diri tanpa mahu berusaha?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan