Jumaat, 2 November 2012

~ApA Yg DiHaRaPkAn DaRi CiNtA MaNuSiA??..

Cinta manusia...

Apakah yang harapkan dari manusia?

Bukankah cinta Allah itu lebih pasti dan kekal? Bukankah Dia kekasih yang paling setia, tiada bandingnya? Apakah kita tidak mengerti?

Kita buta kerana menilai dengan mata.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan..(Al-Fatihah :5)

Pernahkah kita memikirkan ayat cinta di atas. Ayat ini diajarkan kepada manusia supaya setia kepada-Nya. Supaya mencari pertolongan daripada-Nya. Supaya menyerah segala galanya kepada Dia. Dia menyeru, seolah seolah mengajarkan kita satu dialog yang membuktikan kita ini hamba yang hina. Setiap hari kita membaca dan melafazkannya adakah kita masih tidak mengerti? Di mana signifikannya tarbiyyah dalam solat jika kita gagal dalam rukun ini?

“Wahai manusia, sembahlah Aku. Datanglah kepada Aku. Engkau insan yang lemah yang memerlukan pertolongan. Bermunajatlah denganKu nescaya akan Aku tunjukkan kamu kebenarannya.”

Seolah sedemikian rupa ajakan surat cinta daripada Allah ini. Menawarkan cinta yang tidak berbelah bagi..

Rakan rakan, Subhanallah.

Tapi sayang. Cinta Allah tidak berbalas. Cinta Allah bertepuk sebelah tangan. Tuhan menawarkan cinta-Nya dan kita dengan kejahilan dan penuh ego tidak mempedulikan tawaran ini, menolak ketepi. Bukankah itu cukup kurang ajar bagi hamba yang hina seperti kita ini?

Mengapa ada dalam kalangan kita bisa menangisi kehilangan kekasih baik lelaki mahupun perempuan. Mengapa kita sangup berlapar dahaga untuk membahagiakan insan tersayang? Bahkan mereka itu bukan satu kepastian. Bukalah mata wahai rakan dan teman.

Balaslah cinta-Nya kerana Dia tidak akan pernah menutup pintu tersebut. Ayuhlah kita tanam cinta terhadap-Nya. Cintailah Dia. Kongsi lah duka dan lara dengan-Nya. Dialah pendengar yang setia. Pergilah kepada-Nya. Ayuh ! 
 
Sambutlah seruan-Nya
Wallahu’alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan