Sabtu, 3 November 2012

KiTa SeKaMpUnG??!..

Ada satu hakikat yang ummat Islam sudah tidak sedar, lalai, atau mungkin tak pernah tahu sebab tiada orang bagi tahu, atau mungkin orang dah bagi tahu tapi dia tak dengar, atau mungkin dia tahu, dah pernah dengar tapi dia buat-buat tak tahu atau mungkin dan mungkin. Yang pasti ini hakikat yang anda bakal tahu. 
 
Kita semua asal dari kampung, kampung yang sama.

Kampung mana ? ye. Ye anda betul. Kampong syurga. Kita asal dari syurga. Moyang kita, Adam a.s dan Hawa, mereka berasal dari syurga. Roh-roh kita asal dari syurga. Singgah sekejap dibumi, tak lama, selepas tempoh sekejap kita selayaknya dan sepatutnya pulang ke syurga. Bertemu kembali dengan nenek moyang kita.
Indah.


Indah bila pulang kampung halaman. Jumpa sanak saudara. Boleh bertegur sapa dengan Adam dan Hawa. Boleh kongsi pengalaman percintaan mereka. Tanya khabar. Indah.

Boleh bertemu dengan Musa a.s. kongsi cereka. Boleh tanya “Ya Musa, aku dengar kau punya tongkat ajaib, boleh aku lihat” kemudian perbualan diteruskan. Musa beraksi dengan tongkatnya. Indah.

Boleh bertemu dengan Khalid Al Walid. Panglima perang. Tidak pernah tewas. Boleh berbual mesra dengan beliau, bicara tentang strategi perang. “Eh eh Khalid Al Walid, aku teringin sekali melihat kau bermain senjata” maka dia pun memulakan aksi. Kemudian semua terpegun, bertepuk tangan. Indah

Dan kita boleh betemu dan melihat Wajah Yusuf a.s., lelaki kacak itu. Ambil gambar sama-sama, buat muka comel dan angkat tangan buat tanda peace, buat kenangan. Bersalam-salaman, bergelak ketawa. Indah bukan..

Dan, kita bisa bertemu dengan Rasulullah, insyaAllah. Baginda menunggu ummatnya, berdoa semoga kesemua ummat nya selamat pulang ke kampung halaman. Kita bisa peluk baginda, kucup baginda, tatap wajahnya. Indah..

Ya Allah indahnya.

Paling indah, kita bakal bertemu dengan pemilik syurga itu sendiri, tiada kata yang dapat diungkapkan lagi. Allah..

Indahnya, teramat..

Daripada Abu Hurarirah r.a, Baginda bersabda;
Allah Azzawajalla berfirman, :
“Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata, tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”
(HR Bukhari dan Muslim)

Yang indah tadi, yang cuba kita bayangkan tentang kampung kita tadi,bertemu dengan perwira-perwira Islam, para Rasul dan para Nabi, semua itu bayangan semata-mata. Hakikatnya, ia bakal menjadi suatu scene yang lebih indah. Terlalu indah untuk digambar dalam minda kita yang terbatas ini..

Tapi,

Adakah kita semua akan pulang kampung halaman?
Atau kita bakal tersesat di persimpangan jalan?
Atau bertemu nahas sebelum bertemu sanak saudara?

Fikir fikirkan :: 

Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan Kami tempatkan di tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan..
(Al Ankabut :57-58)

JOM Share
Ajak kawan-kawan kita
Sama-sama balik kampung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan