Sabtu, 5 Mac 2011

~Apa ada Pada Ombak..~

Erm.. bosan kut pagi nihh.. *ni lah aku..tak boleh duduk diam* ^_^

Baring2 atas katil..Lagi lah bosannn…..Baca buku? Ngee~ M.A.L.A.S.....

Basuh baju.. jap gilah kut~ sejuk air pagi2 ni..

Then.. belek handphone. Bukaklah lagu tu lagu ni..

Tiba2 bunyi lagu ni~ *dengan tiba2, jiwa pagi yang bersih ni..maka semangat tiba2*

Dan juga. Aku terkenang seseorang..~ ngeh2..

+++

Gelombang Keadilan_Shoutul Harakah_

Kan melangkah kaki dengan pasti

Menerobos segala onak duri

Generasi baru yang telah dinanti

Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang

Tuk tumbangkan segala kezhaliman

Dengan tulus ikhlas untuk keadilan Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak

Cita kami hidup mulia

Atau syahid mendapat surga


+++

Sabarlah..Allah sedang melihatmu..

Janganlah..Engkau tinggalkan usaha agamamu.. biarpun ibarat menggenggam bara api..

sabarlah..menunggu hari yang pasti..

janganlah..engkau berbalik hati.. tunggulah.. harapanmu yang tinggi.. mengejar cinta yang pasti. Untuk Tuhan yang Ilahi..

Janganlah.. Engkau kejar dunia yang sementara, yang engkau akan tinggalkan. Mungkin sekarang, esok atau bila2 masa.

Tapi..usahakanlah yang pasti. Akhirat yang kekal abadi..

ingatlah..Tuhanmu tidak melihat pada rupa dan hartamu.. sesungguhnya Dia melihatkan hatimu..iman yang sempurna kepadaNya..

+++

Aku sedar. Mahu berada di jalan ini, atas pilihan kita. Mahu teruskan atau berpaling.

Apa yang penting. Untuk aku dan kita semua.

Hari ini.. kita ada dua pilihan. Selepas subuh..sama ada mahu terus tidur atau bangun dan buat kerja2 harian Muslim.

Hari ini, kita buka almari baju.. kita pilih nak pakai baju biru atau pink - kamu senyum ya bila sebut pink?-*..hihi*

Hari ini, kita pilih.. mahu buat apa..

Inilah kehidupan. Ada jihadnya. Mujahadah~ begitu jualah perjuangan~

Membina perjuangan bukan dari semangat. Kalau didasari semangat semata2.. itu hanya taksub kepada fikrah mahupun jemaah.

bercakap sana sini, menulis sana sini.. lalu, kalau semangat semata2?

Tapi sekiranya membina perjuangan dari jiwa.. wahhh..itulah yang sebenar2nya kan?

Maka ketahuilah. Semangat hanya akan membawa diri kita sebelah kaki kita dalam kegembiraan..

Tapi kalau jiwa yang dikuatkan.. kedua2 kaki kita dalam penderitaann..

Lalu, tanyalah diri kita.. syurga itu harganya apa?

+++


wah2.... suda semangat kan?

jom!

pi mana?

mulakan hari dengan rutin lah~

sarapan, mandi, basuh baju.. maka buat sesuatu yang berfaedah...

teringat pulak tulisan seorang sahabatku.. ^_^ semuanya tanggungjwab ^_^





*aku cukup tak suka LAUT. sebab OMBAK yang cukup besar~ aku takut aku LEMAS. sungguh. aku fobia pada AIR. sebab tu..aku cuak... ngee~ ngeri kut!! kemudian.. rupa2nya aku sedar HIDUP ni macam LAUT jugaklah~ sebab ada OMBAK. ada keTAKUTan.. mungkin lemas atau tidak. tapi.. boleh SELAMATkan kehidupan ini dengan belajar 'BERENANG'. kan??


so - berenang itu disimbolikkan dengan apa?? hoohoo~ maka jawapannya adalah IMAN, KEKUATAN JIWA.. bukan SEMANGAT semata2. kalau SEMANGAT semata2, terus kita gopoh2 nak masuk LAUT inii kan? terus LEMAS. dan mungkin tak boleh diSELAMATkan.. maka hadirkan berSAMA2 KEKUATAN JIWA.

aku ulang ya.. aku kata hadirkan berSAMA2. maksudnya dua2 ada.. bukan pada hanya semangat semata2... faham x niii?

*lemas yang boleh diselamatkan..hihi*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan