Ahad, 25 November 2012

~KuNCi JaWaPaN pADaNYA..bERtaHaNLaH!!!






Disetiap kegelapan pasti ada setitik terang
Disetiap DOA selalu ada jawapan
Disetiap kesukaran akan ada kemudahan

BERTAHANLAH..!!

BERSABARLAH duhai jiwa!
Kelak disaat yg tepat bahagia itu akan kau dapat...

Sabtu, 3 November 2012

KiTa SeKaMpUnG??!..

Ada satu hakikat yang ummat Islam sudah tidak sedar, lalai, atau mungkin tak pernah tahu sebab tiada orang bagi tahu, atau mungkin orang dah bagi tahu tapi dia tak dengar, atau mungkin dia tahu, dah pernah dengar tapi dia buat-buat tak tahu atau mungkin dan mungkin. Yang pasti ini hakikat yang anda bakal tahu. 
 
Kita semua asal dari kampung, kampung yang sama.

Kampung mana ? ye. Ye anda betul. Kampong syurga. Kita asal dari syurga. Moyang kita, Adam a.s dan Hawa, mereka berasal dari syurga. Roh-roh kita asal dari syurga. Singgah sekejap dibumi, tak lama, selepas tempoh sekejap kita selayaknya dan sepatutnya pulang ke syurga. Bertemu kembali dengan nenek moyang kita.
Indah.


Indah bila pulang kampung halaman. Jumpa sanak saudara. Boleh bertegur sapa dengan Adam dan Hawa. Boleh kongsi pengalaman percintaan mereka. Tanya khabar. Indah.

Boleh bertemu dengan Musa a.s. kongsi cereka. Boleh tanya “Ya Musa, aku dengar kau punya tongkat ajaib, boleh aku lihat” kemudian perbualan diteruskan. Musa beraksi dengan tongkatnya. Indah.

Boleh bertemu dengan Khalid Al Walid. Panglima perang. Tidak pernah tewas. Boleh berbual mesra dengan beliau, bicara tentang strategi perang. “Eh eh Khalid Al Walid, aku teringin sekali melihat kau bermain senjata” maka dia pun memulakan aksi. Kemudian semua terpegun, bertepuk tangan. Indah

Dan kita boleh betemu dan melihat Wajah Yusuf a.s., lelaki kacak itu. Ambil gambar sama-sama, buat muka comel dan angkat tangan buat tanda peace, buat kenangan. Bersalam-salaman, bergelak ketawa. Indah bukan..

Dan, kita bisa bertemu dengan Rasulullah, insyaAllah. Baginda menunggu ummatnya, berdoa semoga kesemua ummat nya selamat pulang ke kampung halaman. Kita bisa peluk baginda, kucup baginda, tatap wajahnya. Indah..

Ya Allah indahnya.

Paling indah, kita bakal bertemu dengan pemilik syurga itu sendiri, tiada kata yang dapat diungkapkan lagi. Allah..

Indahnya, teramat..

Daripada Abu Hurarirah r.a, Baginda bersabda;
Allah Azzawajalla berfirman, :
“Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata, tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”
(HR Bukhari dan Muslim)

Yang indah tadi, yang cuba kita bayangkan tentang kampung kita tadi,bertemu dengan perwira-perwira Islam, para Rasul dan para Nabi, semua itu bayangan semata-mata. Hakikatnya, ia bakal menjadi suatu scene yang lebih indah. Terlalu indah untuk digambar dalam minda kita yang terbatas ini..

Tapi,

Adakah kita semua akan pulang kampung halaman?
Atau kita bakal tersesat di persimpangan jalan?
Atau bertemu nahas sebelum bertemu sanak saudara?

Fikir fikirkan :: 

Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan Kami tempatkan di tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan..
(Al Ankabut :57-58)

JOM Share
Ajak kawan-kawan kita
Sama-sama balik kampung..

Jumaat, 2 November 2012

~ApA Yg DiHaRaPkAn DaRi CiNtA MaNuSiA??..

Cinta manusia...

Apakah yang harapkan dari manusia?

Bukankah cinta Allah itu lebih pasti dan kekal? Bukankah Dia kekasih yang paling setia, tiada bandingnya? Apakah kita tidak mengerti?

Kita buta kerana menilai dengan mata.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan..(Al-Fatihah :5)

Pernahkah kita memikirkan ayat cinta di atas. Ayat ini diajarkan kepada manusia supaya setia kepada-Nya. Supaya mencari pertolongan daripada-Nya. Supaya menyerah segala galanya kepada Dia. Dia menyeru, seolah seolah mengajarkan kita satu dialog yang membuktikan kita ini hamba yang hina. Setiap hari kita membaca dan melafazkannya adakah kita masih tidak mengerti? Di mana signifikannya tarbiyyah dalam solat jika kita gagal dalam rukun ini?

“Wahai manusia, sembahlah Aku. Datanglah kepada Aku. Engkau insan yang lemah yang memerlukan pertolongan. Bermunajatlah denganKu nescaya akan Aku tunjukkan kamu kebenarannya.”

Seolah sedemikian rupa ajakan surat cinta daripada Allah ini. Menawarkan cinta yang tidak berbelah bagi..

Rakan rakan, Subhanallah.

Tapi sayang. Cinta Allah tidak berbalas. Cinta Allah bertepuk sebelah tangan. Tuhan menawarkan cinta-Nya dan kita dengan kejahilan dan penuh ego tidak mempedulikan tawaran ini, menolak ketepi. Bukankah itu cukup kurang ajar bagi hamba yang hina seperti kita ini?

Mengapa ada dalam kalangan kita bisa menangisi kehilangan kekasih baik lelaki mahupun perempuan. Mengapa kita sangup berlapar dahaga untuk membahagiakan insan tersayang? Bahkan mereka itu bukan satu kepastian. Bukalah mata wahai rakan dan teman.

Balaslah cinta-Nya kerana Dia tidak akan pernah menutup pintu tersebut. Ayuhlah kita tanam cinta terhadap-Nya. Cintailah Dia. Kongsi lah duka dan lara dengan-Nya. Dialah pendengar yang setia. Pergilah kepada-Nya. Ayuh ! 
 
Sambutlah seruan-Nya
Wallahu’alam

Rabu, 31 Oktober 2012

~KeLeBiHaN sUjUd~



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

Isnin, 29 Oktober 2012

~Ini KiSaHkU.. :)


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.


Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menginjak dewasa
Dikala sedang beimpi-impian..
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendiri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana jika pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Betapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti..
Insyaallah..

Selasa, 16 Oktober 2012

~B3RsAbArLaH… :)




Jika kebahagiaan di dunia, hanya sesaat saja...Lalu kenapa kita harus rela, menukarnya dengan timbunan dosa yang bermuara kepada siksa abadi di jahanam sana..

Jika kesusahan di dunia, hanya sementara..Lalu kenapa kita hendak berhenti bersabar menghadapinya. Padahal buah kesabaran adalah manisnya nikmat abadi di Jannah-Nya..

Sabarlah Duhai Hati..

Jika belum mampu menikah maka bersabarlah..
Mendekatlah kepada-Nya, nescaya akan Dia anugerahkan ketenteraman dalam hati, hingga tiba saatnya menjemput sang kekasih hati..

Sabarlah Duhai Hati.. Jika Pencarian ini belum juga mempertemukan dengan tulang rusukmu, mungkin penantian ini adalah ujian ketaqwaan, akankah tetap istiqomah di jalan-Nya? Atau memilih jalan pintas yang tak diredhai-Nya..

Sabarlah Duhai Hati… Mungkin lamanya penantian ini juga dikeranakan khilaf kita..Cuba muhasabah kekurangan dalam diri..Kita inginkan Allah segera memberi..Namun kita lupa kita tak menyegerakan melaksanakan kewajipan, menunda-nunda solat namun menginginkan jodoh dengan segera..Apa tidak malu? Gullpp..=.=”

Sabarlah Duhai Hati..
Sesungguhnya pasangan hidup, adalah sebagai teman berjuang..Berjuang bersama membangun cinta kepada Allah..
Jangan IRI..Jangan pernah IRI melihat kebahagiaan yang mereka dapat dengan mengkhianati Allah.. Kebahagiaan yang didapati dengan jalan melanggar syariat hanyalah tipuan Syaitan yang hendak menyesatkan..
Kebahagiaan yang sejati dalam sebuah rumah tangga adalah ketika sebuah rumah tangga di hiasi dengan cinta Allah..Di lindungi dengan agama Allah. Bukan sebuah rumah tangga dengan harta melimpah dan tawa yang palsu..

Bersabarlah.. Bersabarlah…Dan teruskan Bersabar..
Allah bersama orang-orang yang sabar…
Sabar bukan bererti tinggal diam tanpa usaha..

Sabar adalah tabah ketika apa yang di dinginkan belum kita dapat..

Sabar adalah tabah ketika cubaan datang menghadirkan kesedihan..

Sabar adalah tetap teguh dalam ketaqwaan, meskipun hadir berjuta godaan…

Sabar adalah pasrah pada kehendak-Nya, dengan tetap berikhtiar sesuai petunjuk-Nya…

“Subhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik”


 

Isnin, 8 Oktober 2012

~Kisah Saya dan Luahan Hati..~



Sedang saya membelek-belek sebuah buku saya ni, tetiba saya terbaca 'luahan hati' saya yang tak tahu bila saya tulis.

Tersengih saya membacanya. :)

Nak tahu apa? ;)

Sekadar perkongsian ya. :)

*******
Suamiku,

Nama saya Hana.

Saya hamba kepada Allah,

Saya umat kepada Rasulullah s.a.w,

Saya anak kepada mak dan abah saya,

Saya adik kepada kakak,

Saya kakak kepada adik,

Saya pelajar kepada pendidik,

Saya sahabat kepada sahabat,

Saya kawan kepada kawan,

Saya saudara kepada pembenci,

Saya pencinta kepada mencinta,

Saya isteri kepada dirimu suami,

Saya ibu kepada anak-anak kita,

Saya Pendidik kepada pelajar,

Saya Full Time Muslimah.

Kamu mahu saya?

Mari, tuntuni saya menuju Syurga.

Mahu?

Jom. Saya berada di belakang mu, saya menguatkan dirimu.

Oh. Siapakah kamu? :)

*******

Hehe. Bila baca balik, saya rasa kelakar pula. Ni mesti masa saya tulis ni, saya tengah rasa membuak-buak nak kahwin.

Allah. Hati perempuan... Macam tulah. Lucu! :)

Apapun, sekadar mahu menghibur hati yang membaca.

Hehe. Senyum. :)



Khamis, 6 September 2012

~KETIKA DIKECEWAKAN CINTA~



Sebagai manusia biasa, ada hal lain yang luar biasa Allah berikan sebagai kurnia-Nya kepada kita. Kita diberikan satu nikmat berupa perasaan yang mungkin secara ilmiah tak dapat dirumuskan dari mana dan bagaimana perasaan itu tercipta. 

Namun itu adalah satu kurniaan yang patut kita syukuri sebagai seorang insan, kerana rasa itu ‘khusus’ diberikan hanya pada kita sebagai makhluk-Nya sebagai seorang manusia. 

Sebagai manusia normal, manusia inginkan rasa bahagia, rasa cinta, rasa senang atau apapun segala rasa yang menyenangkan hati saja yang melekat dalam kehidupan seharian. Kalau boleh, tak mahu langsung ada rasa sedih, kecewa, pun takut dan sebagainya..

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” ~ Surah Al-Imran ayat 139

Seperti yang pernah saya ungkapkan dalam blog saya sebelum ini, rasa memang tak selalu muncul dalam saat yang menggembirakan. Ketika detik ini anda senang, mungkin saja sedetik kemudian anda akan berubah untuk berduka. 

Jadi..

Pujuklah diri, putus cinta mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.

2. Allah akn kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.

3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.




Selasa, 4 September 2012

~KENAPA DOA AKU TIDAK DIPERKENANKAN LAGI?..



Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya.

Misalnya, Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba telah ada rasa syukur kerana memberikannya sebelum itu akan menjadikan seseorang itu kufur. Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya.

Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang. Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf:

“Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”






Insyallah, moga bermanfaat kepada semua!