Jumaat, 17 September 2010

~Aidilfitri dan keramat seorang ibu..~

Saya kehilangan kasih sayang seorang ibu semenjak 9 bulan yang lalu...Pada 10 Disember 2009, wanita yang mengandungkan saya selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan saya dengan penuh semangat juang, Allahyarham Siti Nah binti Sirat dipanggil oleh Allah SWT setelah lebih dua tahun menderita penyakit kencing manis dan jantung.

1 syawal 1431H yang baru sahaja berlalu..terlalu asing..tanpa emak yang dikasihi dan dirindui..tiada lagi leteran di pagi hari..tidak juga kedengaran suaranya mengajak saya kesuarau untuk menunaikan solat AidilFitri..tiada lagi nasi impit,laksa,rendang air tangan emak..pagi itu..selepas menunaikan solat Aidilfitri..Kami menziarahi pusaranya..bertafakur seketika..manyedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yassin..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..ameen...kami adik beradik berlagu airmata..hanya nostalgia bersama emak di pagi raya terus bermain di mata dan Aidilfitri tahun ini saya rasakan seolah-olah tidak bermakna apa-apa lagi..

Setiap kali saya menziarahi ke pusara mak..saya seolah-olah melihat dia tersenyum dan tetap setia menunggu kunjungan kami adik beradik..dan saya juga lebih menghayati, memahami dan mendalami setiap baris kata dalam puisi agong 'USMAN AWAANG' KEMAKAM BONDA'.Saya lebih memahaminya...sungguh!!!

Pemergian emak telah membunuh segala kegembiraan dan kebahagiaan, selain turut 'meragut' musim indah kami bersamanya..Tanya lah pada sesiapa sahaja yang telah melalui apa yang saya rasakan itu..pasti jawapannya yang datang sama sahaja.Kehilangannya cukup terkesan dihati..
Selepas kehilangan seorang wanita bergelar ibu, Syawal indah hilang serinya dan saya pasti..sepanjang hidup..saya akan menjadi seorang perindu tegar..

Inilah gambar arwah mak yang sangat-sangat kami rindui..



AL-FATIHAH..

oleh itu..beruntunglah barangsiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa, meskipun barangkali hari ini mereka sudah tidak berdaya atau hanya terlantar tidak mampu berbicara dikatil usang dirumah kita.Sekurang-kurangnya mereka masih ada menemani kita walaupun dalam keadaan tiada daya..

Dikesempatan ini juga..saya merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghantar ucapan..yang menghantar kad persaudaraan..Selamat menyambut Aidilfitri yang barangkalinya terakhir buat kita kali ini..Justeru..tingkatkan kasih sayang,terus mencintai insan yang perlu kita cintai, buang jauh-jauh mereka yang membenci..maaf zahir dan batin..semoga Aidilfitri ini rakaman terindah buat kita semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan