Khamis, 15 September 2011

~MeLaNgKaH DaN tErUs MeLaNgKaH..~

Kesekian kali, mengumpul tenaga dan kekuatan meluahkan apa yang terbuku tepu... Semalam yang pergi biarkan berlalu, esok yang datang perlu dihadapi.. memujuk hati sendiri lebih sukar dari memujuk hati insan lain..untuk terus dijalan-Nya..Senang dituturkan, pelaksanaannya sukar, cukup luar biasa dugaan-Nya..


Hari-hari yang telah berlalu, diharungi dengan suram berpanjangan..Untuk mendapatkan hari ini, hari-hari yang lalu terpaksa ditempuhi, meskipun pedih, meskipun sulit, namun hidup perlu diteruskan, walau 50 tahun lagi, walau 5 tahun, walau 5 saat.. harus! Seolah cahaya yang melintas, hadirnya walau sedetik namun melintas mengekalkan sinarnya… hidup pun begitu..terus, terus, dan terus.. hingga sampai kepada titik noktahnya.

Kadang-kadang, terlalu memujuk hati insan lain, agar terus berada atas jalan-Nya, terlupa santapan rohani, terlupa pada diri yang harus dikuatkan.. aku, seperti itu, dalam mengajak, tapi terlupa ‘belaian’ untuk diri sendiri, hinggakan suatu saat, semangat itu hilang, pupus, kosong! Silapnya pada diri, asyik dengan jiwa manusia lain, tapi jiwa sendiri tandus, rapuh berpaut pada dahan.. berterusan mengukuhkan tiang rumah orang lain, tapi anai-anai di tiang rumah sendiri tidak dihiraukan. Terkesan dengan tekanan yang diterima, terkesan dengan masalah orang lain, gagal membuatkan diri sedar satu hakikat.. jangan kerana masalah orang lain, diri dipengaruhi..

Tiada arah untuk memotivasikan diri sehinggakan berasa rajuk berpanjangan, terlalu membawa hati.. lantas, pada hati yang merajuk, pada Tuhan dipinta moga hati ini Allahumma thabbit qalbi ‘ala dinika”.. jadikan aku berterusan sebagai nadi agama, walau hanya secebis dari sunnah Rasulullah s.a.w.

Masalah remeh ; berpuncanya dari semangat yang kian pupus, membuatkan fikiran tidak waras berfikir, mengambil keputusan melarikan diri dari masalah. Bila difikirkan ; itu kerja gila, semangat yang hilang, sepatutnya masalah dihadapi, bukan melarikan diri..

Alhamdulillah, pada dua tiga orang sahabat, ku temui jawapan atas semua desakan masalah ini...

“orang dakwah ni selalu syaitan nak kacau bagi kita jadi lemah semangat, tapi kena sabar la... sambil kita bantu orang, diri kita pun kena sentiasa perbaiki, banyak2 berdoa sebab doa senjata orang mukmin, bila kita sentiasa dekat dengan Allah pasti Allah akan kuatkan kita macam ana kata tadi la, ni smua dugaan untuk orang dakwah, Allah nak tengok sejauh mana kita boleh sabar, atau mungkin dalam buat kerja dakwah tu ada yang tak beres dengan anti. masa kita buat sesuatu, cuba kita muhasabah dari & tengok betul2 apa niat kita sebenarnya buat kerja tu, adakah benar2 ikhlas kerana Allah atau ada sebab lain, kalau niat benar kerana Allah Insya-Allah Allah pasti akan tolong dan kuatkan kita, kalau kita rasa down pun ni adalah dugaan, banyakkan sabar & doa selalu. Setiap manusia ada buat kesilapan, yang penting kita kena kembali ke pangkal jalan...tiap manusia yang berjaya dia belajar dari kesilapan yang lalu, macam tu la dalam dakwah ni...setiap dugaan yang menimpa bermaksud kita dalam perhatian dan kasih sayang Allah. kita buta di dunia tapi jangan buta di akhirat, masih belum terlambat, ada masa untuk kita sama2 baiki dri, banyak lagi benda yang kita kena belajar dalam hidup ni, ilmu kena sentiasa bertambah, kita selalu kata bahawa kita adalah orang yang beriman, jadi Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita. Setiap perbuatan baik kita pasti ada ujian, kenapa orang kata hidup ini pahit? kerana syurga itu manis..... bukan mudah untuk kita mendapatkan sesuatu yang bernilai, perlu dibayar dengan harga yang sangat tinggi, dan itu yang memerlukan kesabaran. Ana cuma boleh bercakap tetapi ana juga sama macam anti kena baiki dri, ana pun ada banyak kekurangan....apa yang penting bagi kita adalah banyak berdoa, banyakkan baca quran dan bangun malam”

Nah, itu hujahnya, hati benar-benar tersentak.. kembali memikirkan patutlah semangat jatuh, rupanya bermula dari niat. Niat mungkin dah pada fikrah Islam, tapi ada perkara-perkara sampingan yang menjadi iringan matlamat bahkan mungkin menjangkau matlamat tertinggi.. susahnya mencapai maqam ikhlas yang tidak terusik. Mudahnya bibir menuturkan diri "amantu billah", namun praktikalnya? Diuji sedemikian pun sudah sesak di jalanan.. Begitu tarbiyyah Allah pada hamba-Nya. Halusnya teguran-Nya. Dibalasnya syurga pada jiwa yang dibeli-Nya. Syukran ukhti, nasihat yang sangat-sangat membuatkan hati mencari hikmah atas apa yang berlaku, menjadikan semangat yang lemah kian bangkit..

SMS diterima seorang sahabat “kaifa al-yaum?” Allah ‘menegurku’ melalui teman-teman, menggerakkan hati mereka memujukku yang ‘rajuk’ pada-Nya.. semua diluahkan, pesannya “ enti dah check ke source the problem? How about amal? Maybe need to improvement” SMS ringkas, namun cukup terkesan, jauhnya dari Tuhan hinggakan semangat jatuh merudum. Pujuknya lagi, "ubat hati tak dapat lari dari kembali kepada fitrah. Solat, zikir. Ana ada baca something about this situation. Ia dinamakan ‘futur’ iaitu ketika hati sedang menolak. Iman boleh naik & turun. Yang penting mesti ada guideline even iman down, we have manage. Ada ukuran tertentu. Ibn al-Qayyim : hati memiliki dua sikap(menerima & menolak). Manfaatkanlah dua situasi ini. Ketika hati cenderung menerima, banyakkan amal soleh & sunat sebanyak mungkin. Ketika hati sedang menolak (futur), ikut la hati dengan melakukan amal-amal wajib..Berinteraksilah dengan hati dengan lemah lembut sehingga sampai saatnya ia cenderung untuk menerima kembali".

Terdiam seketika, memikirkan hakikat jiwaku yang ditangan-Nya.. Subhanaka inni kuntu minazzolimin.. apa yang berlaku, moga ‘ibrahnya terkesan pada jiwa. Semuanya bermula dari niat, betulkan niat, ikhlaskan hati, teruslah berjalan melangkah. Allah menolong!

Sehingga kini, aku kosong, bukan kosong dari semangat, tapi kosong dari bebanan jiwa yang diasak syaitan agar lari dari medan ini. Ingatlah sejauh mana pun dugaan yang datang, luas lagi rahmat Allah mengiringi.

Ku yakin, dan sekali lagi, aku masih hamba-Nya yang terpilih agar jiwa ku kukuh, tegar pada bisikan yang melemahkan.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Senyuman terukir, tanda kebebasan jiwa, leganya dihati, lapangnya dada. Kan ku terus melangkah, melangkah dan terus melangkah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan