Selasa, 19 Oktober 2010

~NiKmAt TiDuR YaNg SeMpUrNa~

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba’: 9 – 11).

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin:

Waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam.
Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.


******
Bagaimana patut kita tidur?

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan.Oleh yang demikian,banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan.Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan.

Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.

Dipetik daripada karya Imam an-Nawawi,Riyadhus Salihin dlm Kitab 'Kesopanan Tidur '.
Contoh tidur yang terbaik adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. biasanya pergi tidur tidak terlalu malam, kemudian bangun beberapa saat setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang Tahajud dan berehat menunggu fajar menyingsing untuk bersembahyang Subuh berjemaah.

Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi cara dan posisi tidur:

-cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.

-Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan.

Suatu ketika , Rasulullah s.a.w. berjalan melewati seorang lelaki yang tidur telungkup di dalam masjid; Beliau membangunkan lelaki itu, lalu berkata, "Bangun, duduklah. Cara tidurmu tadi adalah cara tidur ahli Neraka."

-Rasulullah juga melarang umatnya tidur di bawah terik matahari. Secara logik hal ini mudah difahami,karena cahaya matahari sering rnenyebabkan tekanan panas (sun stroke), kejang otot atau krem dan lainnya.

-Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.

-Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

Perlu diketahui dan diingat sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat di dalam fikiran kita sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan terserap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam dan tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.

Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis maka pada umumnya saat anak itu bangun dia akan menangis lagi. Oleh sebab itu, kita dianjurkan agar mengarahkan perhatian kita sebelum tidur pada hal-hal yang berhubungan dengan moral dan spiritual.

Rasulullah s.a.w. menyuruh kaum Muslimin untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Ayat-ayat tersebut dibacakan bukan bertujuan untuk dijampi-jampi atau mantera tetapi sebaliknya dibaca bagi mengingatkan kita kepada Pencipta.

Lebih jelas lagi, Rasulullah memberi petunjuk , "Bila kamu hendak tidur, hendaklah berwudhu seperti akan solat, kemudian berbaringlah pada sisi kanan dan ucapkanlah (doa), "Ya Allah, aku serahkan urusanku pada-Mu serta aku berlindung pada-Mu dengan mengharap pahala-Mu dan takut hukuman-Mu. Tiada tempat berlindung kecuali perlindungan-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang Engkau turunkan dan nabi-Mu yang Engkau utus". Jika kamu mati, maka kamu mati dalam keadaan fitrah" (HR Bukhari-Muslim dari al-Barra bin Azib) .


Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur, lengkap dengan doa-doanya. Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.

3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra’ Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.

4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat…. hingga akhir dan sebagainya.




~Nikmat tidur..jangan disia-siakan... =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan