Jumaat, 17 Februari 2012

~Terima Kasih Semua~

Terima kasih,
mak, abah, kakak,abang, adik-adik, keluarga saya,
kerana banyaknya cinta dan kasih kalian pada saya,

Terima kasih,
para pendidik saya,
kerana banyaknya ilmu dan kecintaan kalian pada saya,

Terima kasih,
sahabat-sahabat saya,
kerana ketulusan hati kalian bersahabat dengan saya.

Terima kasih,
kawan-kawan saya,
kerana kebaikan hati kalian berkawan dengan saya,

Terima kasih,
pembenci-pembenci saya,
kerana kebencian kalian membuat saya semakin sayang pada kalian,

Terima kasih,
pengunjung Blog Hijau saya..
kerana sudi membaca coretan hodoh saya dan tidak henti-henti Sebar Bahagia,

Terima kasih,
orang-orang di sekeliling saya,
kerana kejadian, peristiwa dan kisah kalian memberi hikmah buat saya,

Dan tidak akan saya lupakan,
Terima kasih, Kecintaan, Kasih saya,
kerana sejuknya rasa kasih dan cintaMu pada hambaMu ini.

Terima kasih ya Allah.
Sungguh, solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku,
hanyalah untuk Mu ya Allah.

Allah, rembeskan lagi air mataku!
biar ia menjadi saksi!
Saksi betapa besarnya cintaku padaMu ya Allah.

Allah.
Berapa kerap pun aku mengucapkan syukur,
pastinya ia tidak pernah memadai dan menyamai,
banyaknya cintaMu padaku.

Betapa aku kerdil, hina, busuk...
:'(

Tenggelam lagi dengan rasa kehambaan...T___T

Ahad, 29 Januari 2012

~Biarkan Kesedihan Itu Berlalu..Serahkn Segalanya Pada Allah~




Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali..Masa depan masih ada di alam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang..Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya..Biarlah ia datang dengan sendirinya..Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan..

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya..Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi..Rezeki, jodoh, maut semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki, jodoh, maut dan sebagainya..

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup. kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan. Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka. Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil..

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan...

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya! Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita..Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia..Tapi janganlah kita membenci mereka, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangai mereka, mungkin kita akan menyukai perangai yang lain..

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu..

Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

Rabu, 25 Januari 2012

~Gantikanlah rasa sedih itu..T__T~

Entri kali ni aku tulis mungkin menuju kepada diri sendiri..

Dua tiga hari ni, hati aku sering kali menjadi tidak tenang. Mungkin ada dosa yang belum diampunkan. Ya Allah, jika aku berdosa pada-Mu, ampunkan lah aku. Mungkin juga aku telah berbuat dosa pada orang disekeliling....ampunkan aku wahai kawan..

Tiga minggu lebih aku menunggu jawapan darinya..Aku bertanya, kenapa aku masih tak dpt jwpn? Sejujurnya aku sedih. Aku menilik dan menilai di mana silapnya. Seharian itu aku menyendiri. Malamnya aku tidur agak awal. Biasanya kalau stress aku memang tidur awal.

Bangun esoknya, usai solat subuh aku termenung..Hati aku berdetik, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..Teringat aku pada surah Al Baqarah yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak... ( Al-Baqarah 216 )”

Moga Allah terima taubat ku...
Perasaan sedih itu normal untuk kita, cuma adakah kita masih terbelenggu olehnya? Berbalik pada ayat dalam surah Al-Baqarah di atas, aku rasa kesedihan dan air mata yang aku tumpahkan untuk sedikit kesenangan dunia hari ini, mungkin akan menjadi air mata gembira untuk aku hari esok..Jadi untuk apa menangisinya terlalu lama.??

Sebaliknya aku harus bersyukur, bersabar dan terus berusaha...

Kata orang tak kan lari gunung di kejar, dan tak akan pergi kalau telah di tetapkan itu lah rezeki dan jodoh kita...

Apa yang aku perlu buat?..

1. Bersyukur dan bersabar la.
2. Teruskan berdoa dan bergantung harap pada Allah.
3. Berusaha dan bertawakal kepada Allah..




Entri ini aku tulis hanya untuk renungan bersama..menjadi manusia yang berguna di dunia jaminannya akhirat yang kekal abadi..Sekaligus maaf di pohon..

Ahad, 15 Januari 2012

~Ketika Harus Melepaskan CiNtA..~



Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika aku cerita tentang segala yg aku alami .. Setelah sekian lama aku bertahan..Setelah sekian lama aku memendam luka...Setelah sekian lama aku rendam nestapa..rupanya Allah izinkan juga aku tempuhi jalan itu..Aku percaya, ini suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untuk aku dan dia…

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin aku lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin aku tinggalkan..Tetapi ada saatnya dimana aku harus berhenti mencintai seseorang.. bukan kerana orang itu berhenti mencintai aku melainkan kerana aku menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila aku melepaskannya...T___T

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu?Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu..Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya..

Rabu, 11 Januari 2012

~ Andai 'Dia' tahu... ~



Andainya 'dia' tahu,
dalam hati ini,
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,

Andainya 'dia' tahu,
Rajuk aku minta dipujuk,
Marah aku perlu didekati,
Sedih aku perlu didengari,
Gembiranya aku ingin dikongsi,

Andainya 'dia' tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,

Kerana andainya 'dia' tahu,
Hati ini akan sentiasa bertanya,
Wujudkah cinta itu dihati 'dia'??..,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati aku,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..

Ahad, 8 Januari 2012

~HATI DAN AKAL BERBICARA TENTANG CINTA~

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi...



Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam!

....Tegas hati....

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..T_____T

Sabtu, 7 Januari 2012

~ Untuk bakal teman hidupku,...bacalah...~


Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami..

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana..
Aku juga manusia biasa seperti kamu..

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu..

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku,
Maafkan segala khilafku...

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku...

Mood: Saya harap, bakal teman hidup saya itu adalah ‘awak’…

Jumaat, 6 Januari 2012

..Jodoh~ Doa dan Harapan~

Bila sy melalui pagi ini,sy tahu Allah masih cintakan sy lagi...jika tidak,semalam
sudah ditamatkan sy dari perjalanan kehidupan ini..Peluang adalah tanda Allah masih sayang..dan pagi ini terasa 'beban' yg ditnggung selama ini terasa 'ringan'..terima kasih Allah kerana memberikan 'jalan' dan 'kekuatan'..moga2 'penantian' ini akan berakhir..saya dah lakukan apa yg difikirkan terbaik..yang selebihnya, cukuplah Allah sebagai Penentu..



Ya Allah,
seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah,
seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini..

Ya Allah yang tercinta,
gantilah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku,
berikanlah aku insan yang lebih baik,
jika dia bukan jodohku..

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja,
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
jangan engkau biarkan aku sendirian,
di dunia mahupun diakhirat,
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah,
kemaksiatan dan kemungkaran,

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah,
berilah 'kami' kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat…


mood: siapakah 'dia' yang dimaksudkan??hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui..
Kuserahkan segala2nya PadaMU...^_^

Khamis, 5 Januari 2012

~Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu,Ya Allah...T____T

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan Hatinya,
Teguhkan Imannya,
Sucikan Cintanya,
Lembutkan Rindunya.


Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam Kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian...


Ya RABBI, ku titipkan Cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang...

mood: Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah...T___T

Sabtu, 17 Disember 2011

~Selamanya hati takkan sempurna~

****************************

Jika kita telah bertemu dengan seorang INSAN..yang kita pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada diri kita..MENYAYANGI... MENGASIHI... dan MENCINTAI...mengapa kita berlengah lagi?..Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kita akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..


Kita juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yg jauh lebih baik dari kita..dan ketika itu TIADA LAGI ruang dalam hatinya buat kita…T____T


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KEKHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI... kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA... itu lebih BERMAKNA !


Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yg sempurna sedang hakikatnya tiada insan yg sempurna dalam dunia ini..setiap yg bernama manusia itu punyai kelemahan..mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah..dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN..
itulah PASANGAN..
saling lengkap-melengkapi..



Apa yg utama ialah mencintai ILAHI..dgn mencintai ilahi..pasti ALLAH akan temui kita dgn seseorang yg mencintai-NYA..Mencari yg sempurna..SEMPURNAKAH DIRI KITA.....?? tepuk dada tanyalah IMAN...^_^


Seharusnya kita bersyukur kerana menemui insan yg ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati..apa yang pasti kita semua mengharapkan sebuah cinta yg berlandaskan keimanan..Cinta yang membuat kita dan dia semakin dekat pada-NYA..Bersyukur diatas segalanya ya ALLAH diatas segala kebahgiaan yg diberikan..
Hargailah KEKURANGANnya utk MENGGAPAI bahagia dan CINTAI lah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai REDHANYA …



Mood: Moga bermanfaat buat buat semua..dan awak juga. .. aamiin

Jumaat, 16 Disember 2011

~Satu KetiKa Kau bertaNya..

*****************************************

~Satu KetiKa Kau bertaNya..

Sudikah kau MeNjaDi Makmum diSetiap SoLatku..
Agar SoLatku Lebih berMakNa
daN terJaga heNdakNya

........................

Sudikah kau MeNJaDi PenJaga
diRi daN maruahku
Agar hidupKu Lebih teNaNg daN bahagia

.........................

Sudikah kau MeNjadi PeNdidik
Hati daN Jiwaku
Agar RohaNiKu teriSi HikMahNya
daN AkhLakku terJaga heNdakNya

..........................

SudiKah Kau MenJaDi PeMerhati
Setiap gerak daN LaNgkahKu
Agar aKu tahu maNa SaLah daN Buruk LakuKu

............................

SuDikah kau MenJaDi PeNeMaN
di KaLa suKa daN duKa Ku
Agar Satu Hari, Jika UjiaN itu dataNg
Air Mataku aDa yaNg MeNgHapuSkaN

............................

SuDikah Kau MenJaDi PeMbeLa
Diriku daN AgaMaKu
Agar aKu teruS beraDa di Atas jaLaN yaNg beNar

.............................

SuDiKah kau MenJaDi PeNggerak
SeMaNgatKu..
Agar biLa aKu keLeSuaN
Kau MaMpu MeMberi baNtuaN
WaLau HaNya seKaDar SeNyuMaN..=)

.............................

SuDikah Kau MenJadi Sahabat
buat diriKu..MeNdeNgar LuahaN Hatiku
Agar aKu boLeh berbiCara aPa saJa deNgaN-Mu
taNpa Rasa Ragu

...............................

SuDikah Kau MenJaDi PeNgHibur
Tika Ku keSuNyiaN
Agar aKu boLeh KetaWa RiaNg...

*********************************************************************


~Satu Ketika aKu MenJawab...


"Ya, Aku SuDi..
KeraNa kau pilihanKu kerana ILLAHI
daN Kau Juga MeMiLihKu keraNa petuNjuK RABBI'


Tetapi,
Aku keMbaLikaN SoaLaN iNi kepaDaMu

................................

SuDikah kau teruS MenJaDi IMaM di Setiap SOLATku?

Jika aKu suDah tiDak SepeRti duLu?

.................................

SuDikah Kau puLa MenJaDi
IMaM, PenJaga, PeNdidik
PeMerhati, PeNeMaN, PembeLa
PeNggerak, Sahabat daN PeNgHiburKu

Jika Suatu ketiKa Nanti
aKu suDah tiDak MaMpu Lagi MenJaDi
Makmum di Setiap SoLatMu..

Jika aKu suDah tiDak MaMpu Lagi
MenJagaMu,
MeneManiMu
MemerHatiKanMu,
MendidikMu
MembeLaMu,
MenggerakKanMu
MenJaDi sahabatMu daN
MengHiburKanMu

SuDikah kaMu wahai..............................?
Aku PerCaya..Kau MaSih SuDi..

"KeraNa aKu piLihanMu keraNa ILLAHI
daN aKu Juga teLah MemiLihMu keraNa petuNjuk RABBI'


NikMatiLah PerCintaaN itu dengaN caraNya yaNg terinDah

~PERKAHWINAN~

Sumber: http://goo.gl/HQRSe

Khamis, 15 Disember 2011

~.....Percayalah...~

~Saya tak tahu nak mulakan mcm mana..saya tak tau ape perasaan ini..ape yg saya tau..saya sangat senang dan selesa dengan awak..bila awak ada masalah..saya turut terpanggil untuk berkongsi walaupun kadang2 awak seolah2 langsung tak menghargai kewujudan saya..dan saya tau..saya mungkin bukan calon pilihan awak...erm..tp awak selamanye di hati saya..T___T

~Sebenarnya saya tak pandai dan tiada keberanian untuk berterus terang..saya sangat takut andainya risiko daripada 'keberanian' itu saya akan kehilangan awak untuk selama2 nya..buat masa nie..saya belum bersedia dan x sanggup menghadapinya...saya akan sentiasa doakan kebahagian awak...Insya Allah...T___T

~kalo awak terbaca catatan nie..saya harap awak dapat memahami ape yang tersimpan dalam hati saya sama dengan setiap bait2 yang ada dalam lagu nie...PERCAYALAH....^_^


Selasa, 13 Disember 2011

~ Bila Dia Bukan Untuk Ku..~

~Kadang-kadang rase keliru dengan perasaan sendiri..sayangkah aku?? rindukah aku??!!..adakah ini cinta?? adakah dia jodohku?? atau aku hanya bertepuk sebelah tangan... arghhh..susahnya untuk memahami dan membaca hati orang yang kita sayang..
Akhirnya..kita serahkan segala-galanya pada yang MAHA MENGETAHUI..moga hati ini akan lebih tenang....T___T

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku..
Bila dia bukan jodohku...
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya...
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku...

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya..
Bila ini belum saatnya..
Jarakkan kami...
Pisahkan kami...
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia...
Agar kami tak mengundang murkaMU...
Agar kami dapat lebih menjaga hati...
Dan
Bila doaku didengari..
Bila permintaanku KAU kabulkan..
Bila masa membina jarak yang memisahkan..
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan..
Bila kami semakin jauh...
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu...

Ya Allah,
Bila itu terjadi...
Yakinkan aku...
Bahawa doaku didengari..
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku..hambamu..
Bantulah aku menjalani hari..
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan...
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan...
Agar dapat ku pujuk hati..
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Ahad, 11 Disember 2011

~Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna..~

Assalamualaikum dan selamat pagi..sekarang nie kuantan hujan..lebat sangat..rase tak nak bangun dan keluar dari selimut..hehe...tp peluang nie kne ambil..Antara doa yang mustajab dan diperkenankn oleh Allah adalah ketika hujan turun...moga2 doa saya ini diperkenankn oleh Allah..ameen Ya Rabb...^_^

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku..
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu..
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan..



Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb,
supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu..
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya...
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya....
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya...
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya...
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba..
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih..
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis..
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat..
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh kesahnya...
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan selalu ku janji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu..
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan..
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan..

Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu..
Andai Engkau berkehendak lain..
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat..
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku..
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui..
Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya..

ameeeeennn Ya Rabb...


mood: Dalam doa saya..sentiasa ada nama awak..dan saya berharap..awak lah 'jodoh' saya suatu hari nanti..moga Allah perkenankn doa saya..ameenn...

Sabtu, 10 Disember 2011

~Aku masih ingat....( 10 DIS 2011 )..T___T

~Hari ini 10 DIS 2011..genap 2 thn ibuku 'berhijrah' ke alam lain..kehilangan ibu bererti kehilangan separuh dari keindahan dan nikmat dunia..anak2lah yang harus 'menyara' ibubapa di 'alam sana' dgn doa dan amal soleh...moga2 bertemu kmbali di syurga yg abadi..



Disaat Rindu..Mata Ini Tercari-cari Wajah Itu..Walau Terpisah Beribu Batu..Walau tak dpat ku tatap wjhmu..Walau tak dpt ku lihat Senyumanmu..Walau tak dapat ku merasai hangatnya pelukanmu..Namun..Doa Buatmu Tetap Ku Kirimkan..T__T.

Aku masih ingat.....dan akan terus ingat...sehingga akhir hayat...dulu mak banyak menderita..
aku masih ingat..dulu mak banyak menangis..aku masih ingat..dulu mak banyak berkorban apa saja..

aku masih ingat..dulu mak berbalut ketabahan..membesarkan aku mengenal kemanusiaan..
aku masih ingat..dulu mak , berlantaikan semangat..mengasuh aku menjadi insan beriman..

aku masih ingat..dulu mak berdinding kegigihan..mendidik aku menjadi anak yang bertuah...
aku masih ingat..dulu mak merumahkan setia..memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….aku masih ingat….tak kan mudah aku lupa..kerana jasamu tak terbalas semuanya..kerana tak terenang sepenuhnya di laut budimu...

mak...
Setelah kau tiada..Kenangan manis bersamamu sering muncul..
Keheningan malam begini sering menggamit..
Belai kasih dan ukiran senyummu...

mak...
Setiap kesusahan hidup insan yang ku lihat..Aku sering membayangkan
Itulah pengalamanmu..

Melahir dan membesarkan 6 orang anak-anakmu..Sudah cukup menyiksakan...
Tetapi menerima dugaan dari karenah anak-anakmu..Jauh lebih berat dari itu..

mak...
Sewaktu hayatmu dulu..Telah ku cuba semampuku untuk membahagiakanmu..Dan waktu itu aku kira cukup memadai dengan kemampuanku..Waktu itu aku kira, ia cukup untuk membalas jasamu..

Tapi kini..
Seringku rasakan..Bahawa aku tidak pernah berbakti..Sama sekali untukmu..Tidak cukup dan tidak mungkin akan cukup sama sekali..Untuk membalas pengorbananmu..

mak...
Ampunkanlah aku..Jika pernah mengecewakanmu..Halalkanlah setiap titis air susumu..
Yang kau beri untuk menghidupkan aku..Halalkan setiap titis keringat pengorbananmu..
Sepanjang hayatmu..Untuk membahagiakan ku

Ya Tuhan...
Ampunilah segala dosa mak..Janganlah kau siksa dia..Kau rahmatilah, kau kasihilah dia
Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil...

Aku rasakan hidup ini singkat sekali..Ingin ku sambung amal dan bakti mu...Untuk membahagiakan insan seperti mu...Insan yang bernama makk........

Al-fatihah buatmu mak....
Al-Fatihah... T______T

Ahad, 4 Disember 2011

~Kenali Wanita..~

~Jalan-jalan kat FB tadi jmpe note nie..xtau la betui ke x...laayaannn..!!!haha

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh

c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas




WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.



WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.

2) Mengambil berat

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan

4) Menenangkan pasangan.

5) Sangat romantis

6) Mudah menangis



WANITA BERUNSUR API


1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu

6) Berwaspada selalu




WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah

Jumaat, 2 Disember 2011

~Aku selalu lupa...T__T~


Tolong ingatkan aku..

Tentang dosa pahala,
Tentang syurga neraka,
Tentang dunia ini sementara,
Tentang akhirat yg kekal selamanya,


Tolong ingatkan aku..

Tentang aku beriman dengan Tuhan yang satu,
Tentang rasul pengutus yang mulia,
Tentang iman hari ini yang aku ada,
Dipertarung dengan seksa jasad dan nyawa,


Tolong ingatkan aku...

Tentang malaikat si pencatit amal,
Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal
Tentang malaikat penanya penyeksa di kubur,
Malaikat si penjaga neraka,
barangkali aku kan dihambat ke sana,
Malaikat si penyambut di syurga,
barangkali sedang menungguku dengan senyum tawa...


Tolong ingatkan aku,
Tentang mati yang pasti,
Esok hidup belum tentu lagi,
Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari..


Tolong ingatkan aku...

Tentang kita hamba Sang Raja,
Raja segala raja,
Allah pemilik segala,
Tentang aku hamba yang hina semata,
Hamba tidak berdaya melainkan denganNya,


Tolong ingatkan aku.
.

Tentang mulianya aku kerana Islam,
Berharganya aku kerana iman,
Terangnya jalan kerana Quran,
Dengan hadis, takkan sesat jalan.


Tolong ingatkan aku..

Tentang ujian musibah hanya sementara,
Tentang nikmat2, makhluk semua Dia yang punya,
Tentang gembira yang aku mesti syukuri,
Tentang perit derita, yang terdahulu lebih lagi,


Tolonglah ingatkan aku..
Sebab aku selalu lUPA.......T___T





Khamis, 1 Disember 2011

~“Aku menyayangimumu kerana Allah"~

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu..
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah..
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu..
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu..
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu..
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh..
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu..
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu..
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu..
Ketika aku menjaga rahsiamu..
Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan,

Dan..

jika Allah yang memintaku untuk menyayangimu sekali lagi,
Aku pasti akan melakukannya...dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah,
Adikku, apa kau juga “menyayangikuku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap dan semoga semuanya hanya kerana Allah..
Amin..

Ahad, 13 November 2011

~Sekurang-kurangnya...

renungan bersama....


‎1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda...

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur...

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang....

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia....

8. Anda seorang yang istimewa dan unik....

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda....

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya....

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka....

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya...

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia...walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..

Rabu, 9 November 2011

~TeNtaNg AkU???!!...~

Assalammualaikum...

maafkan aku andai aku tersalah tafsir tentang diri "aku"..

a. aku
sebenarnya, keliru dengan percaturan hidup ini..Yang zahir seakan mewah dengan kehidupan, seakan berjaya dengan masa depan seakan unggul dengan rasa-rasa cinta. .. Sebenarnya, aku tewas di susur alur dalam mengejar cita-cita, aku terkulai di dalam lorong-lorong kejayaan dan aku sebenarnya kerdil dalam mengecapi rasa-rasa cinta.

b. keinginan ku
aku ingin menjalani hidup ini seakan nada dan irama & ada rentak tari yang berbeza..walau nyata tak sempurna tapi itulah "keinginanku"..!! .. Hakikatnya, hidup aku seakan berpaut dengan cara hidup, dengan masa depan dan juga cinta. Seakan bingung, dengan percaturan yang bisa ku lalui.. dimana tahap kesabaran yang mampu ku binakan..??


c. Jiwa ku

aku seorang yang suka memerhati dari gerak geri, lirikan mata, gerak bibir dan tingkah & dan aku tetap dengan cara ku walau ada yang membantah..Kerana itu adalah "jiwaku"..!! .. aku mudah memberi kepercayan pada mereka yang baru ku kenali& bukan kerana aku menilai dari segi taraf, rupa mahupan bangsa..Tetapi kerana aku manusia biasa & yang tidak mementingkan taraf, rupa dan bangsa & kerana aku seringkali terpedaya dengan wujudnya taraf, rupa & bangsa. .. aku tidak suka akan penindasan pada mereka yang lemah seakan menghina dan lupa pada asal usul empunya diri..Lagak yang tidak bertempat dgn pandangan yang jelek membina anggapan tersendiri.


d. Kerjaya

kerjaya yang kumiliki pada hari ini seakan membuat aku keliru dengan wujudnya perbezaan diantara aku dengan mereka-mereka yang selebih layaknya memiliki kerjaya ini..Sedang aku seakan enak menikmati kerjaya ini hanya dengan segulung ijazah..Terkadang membuat aku terkeliru dan sering tertanya-tanya.. "inikah anugerah dari MU"?

e. Iman
sukar utk ku nyatakan imanku dulu dengan iman ku kini & sesuatu yang terlalu sukar utk ku menilai dan mencungkil dari peel dan perwatakan ku yang tersendiri..Yang aku sedar dan nyata aku kini makin jauh..dan teramat jauh dari sisiNYA...T_T

f. kepentingan
aku amat mementingkan kejujuran, ketepatan dan kesungguhan dalam memberikan komitmen dan juga terang dan jelas dalam memberikan penyataan dan juga aku seorang yang boleh di tambah dan tolak dimana aku juga sedar bahwa adanya kelebihan dan kekurangan pada setiap hamba yang dicipta-NYA. ..aku mementingkan kasihsayang dn kejujuran dari segalanya..Biar dunia telah meletakkan syarat utk mengecapi bahagia dan syarat keselesaan adalah harta...Namun aku tetap dengan caraku walau aku berwang dan berharta.. itu tidak bermaksud aku tetap melupakan dimana aku berpijak dimana aku tertatih-tatih bagai waktu dulu. Ini adalah caraku, kerana aku percaya mereka yang gila, fakir mahu pun miskin tetap memerlukan belaian kerana satu yang tak mampu aku ungkapkan betapa besarnya anugerah yang kita miliki iaitu perasaaan....

g. kepuasan
aku akan berasa puas apabila aku mendapat membuat mereka-mereka yang memandang aku tinggi akan menganggap aku adalah sama seperti mereka..Dimana aku sempat bergurau senda , bertanyakan khabar, suka dan duka & aku akan rasa bahagia melihat mereka melemparkan senyum sambil menyapu sampah.. dan aku tidak pernah teragak-agak utk menerima pelawaan mereka makan bersama dan mendengar celoteh mereka. .. aku akan berasa puas apabila mereka yang memandang aku dengan penuh kekurangan, akan terpaku sedar bahawa sesuatu yang mereka miliki mungkin tidak ada pada aku.. namun sesuatu yang aku miliki pula tidak mungkin mereka mampu memiliki sedangkan telah ditetapkan oleh-NYA bahwa setiap kejadian telah pun tetapkan anugerah tersendiri & dan aku teramat bersyukur memiliki anugerah itu.

h. pemerhatian

aku lebih memberikan perhatian pada mereka yang memerlukan. aku tidak mudah menolak dan mudah utk menerima..Apa yg terdaya akan ku usahakan.. aku tak sanggup melihat seseorang yang kesusahan...Aku amat gemar bersendirian...

i. pegangan

aku hidup pada hari ini adalah utk keluarga dan aku berpijak dibumi ini adalah atas urusanku dengan-NYA, dan aku rukuk adalah syarat keatasku sebagai seorang hamba yang telah dikurniakan akal.. dan aku sujud adalah syarat keatasku sebagai seorang hamba yang lemah dari zahir dan batin.. dan aku menadah kerana aku jauh lemah dari kekuasaan-NYA...Dan aku akan menyerah dan menerima dengan redha' walau apa pun ketentuan dariNYA..