Sabtu, 31 Mac 2012

~ALLAH AMBIL DIA UTK UJI KITA..~28 MAC 1990~



Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita...
Allah jarakkan kita dengan dia...
Untuk uji kita...

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu..
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu..
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA..
Untuk sedarkan kita..
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya..

Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai..
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita...
Tetapi untuk memberi pengajaran...
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..

Jumaat, 30 Mac 2012

~RiNdU kAh AkU??........

Hmm..sudah 3 hari...tapi hari nie hari yang agak me'nenat'kan..tp masih mampu bertahan...haha..eh3,ade ke imbuhan mcm tu??....Semalam terbaca satu post semasa on9 FB..sangat sesuai dengan situasi aku skrg .....kot..huhu...Terima Kasih Allah...
Moga2 Allah Redha...


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah...Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu..Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥♥"~~~

Khamis, 29 Mac 2012

~Sesekali Jiwang..hehe~

"pertimbangkan yang sudi,
jangan terlampau cerewet memilih, mencari"





ps : jangan pelik bila AKU dah mula menjiwai menjiwang..sebab..
1. habis belajar..
2. dah konvokesyen.
3. dah lame kerja..hehe

tak apa, jiwang.. bukan menggatal. kan?..hehe..

nikahlah, jika sudah mampu..

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)


@@@@@

jawapanku :

untuk mereka-mereka yang selalu mention tentang 'aku dan perkahwinan'

tunggu lah ye..
namanya masih tersimpan di luh mahfuz Allah..
dan
Allah masih tidak mengatakan 'kun' pada takdirku..
apa yang mampu dilakukan adalah..
usaha, doa dan tawakkal.
oh, aku hanya manusia yang tidak tahu takdirku..
bukannya aku tidak terganggu dengan soalan perkahwinan..
kerana aku juga adalah manusia biasa.. T__T

Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.


sama2 doa eh?..
tadah tangan..selepas solatmu..
doakan diriku..

:)

Selasa, 27 Mac 2012

~DiSaAt uSiA TeLaH BeRtAmBaH..~

Pada usia yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Aku masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Aku hanya ditemani rakan rakan..
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Aku menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang...

Pada usia yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari...
Aku tetap tenang menanti...
Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Aku masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri..

Pada usia yang bertambah..
Aku semakin kuat dalam pengharapan..
Aku semakin teguh dalam penantian..
Berkongsi keluh kesah ku bukan pada lelaki tapi pada Ilahi
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi..

Pada usia yang bertambah..
Aku semakin yakin...
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikharah cintaMu..
Menanti DIA mngutuskan seseorang...
Mengharap DIA menunjukkan jalan...

Selamat hari lahir..
26 Mac 2012..

Ahad, 25 Mac 2012

~Semalam.. 24 Mac..~

"Semalam hari lahirmu....

semalam bertambah lagi usiamu jua tanggungjawabmu
serta menjadikanmu lebih matang dek ujian mendatang...

Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung
onak dan duri...

Semalam ALLAH telah memendekkan lagi jarakmu
dengan-Nya...
semakin kurang tempoh beramal...
semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu....
semakin bersedia malaikat datang menjemputmu.....
semakin dekat masa amalan dihitung
dan
semakin hampir haruman firdausi
atau azabnya neraka jahanam....

marilah kita sama-sama bermuhasabah atas amalan kita lakukan
selama ini...

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT KU....
Yea..kita tetap SAHABAT..(^__^)

~Hakikatnya Allah Sayang~



Saya pun,
ada benda saya mahu, Allah tidak beri...
Saya pun,
ada benda yang saya inginkan keadilan, saya tidak perolehi...

Saya juga dicerca,
dan tiada pula yang mohon kemaafan dan menebus salah.
Saya juga difitnah,
dan tiada pula yang mohon kemaafan membersihkan tanggapan yang salah...

Memanglah saya bukan orang yang baik di mata kalian,
saya hanya mampu berpesan pada diri saya: "Sabarlah, Yakinlah."
Tetapi janganlah menyangka saya tidak memahami dan membiarkan,
apa yang kalian lakukan…

Kalaulah kalian tahu apa yang saya hadapi,
apa yang saya minta dan Allah tidak beri,
pasti kalian takkan lakukn sebegini…
Kerana ujian ini adalah mehnah dunia...

Tetapi saya masih sabar dan percaya...
terus berusaha dan berusaha…
Dan tak mungkin saya
memilih untuk berputus asa?

Jangan mudah melafaz:
"Allah sudah tidak sayangkan kita."

Apakah kalian tahu akan luas kasih sayangNya?...

Sabtu, 24 Mac 2012

~TaRbiYaH DaRi ALLAH..~

Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik..Kita melihat dia punya segala-galanya..Kita merasa,dia selalu bahagia..Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada..

Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya..Cuma bila kita tak membuka mata untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai-nilai kehidupan..Maka yang terlihat hanya kekurangan..

Kenapa tidak mengambil peluang??!!...
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri..Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain..

Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan..Kekurangan kita itulah yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan...





ALLAH.....
DIA mengajar kita dengan caraNYA..Cuma bila kita tak redha dan tak mahu terima..Maka kita akan rugi..
Belajar lah ‘direct’ dari tarbiahNYA...

Jumaat, 23 Mac 2012

~Allah..segala2nya...`

ia..
bagaikan ombak..
datang dan pergi
datang dan pergi
datang dan pergi..

saban waktu...

adakalanya menghempas pantai dengan begitu sesak..
adakalanya menghembus lembut. indah. menenangkan..

lalu, ku tanya pada diri..

pada siapa harus ku bertanya.
jawab ia...

pada Allah

:)

terima kasih duhai Allah.

Selasa, 6 Mac 2012

~ Apa Masalah Kita??!!...

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira??

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku,nescaya akan Ku kabulkan..."

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada,sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita..

Kita berdoa,tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?..
Sebab kita asyik meminta pada Allah,tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah,sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih,kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi,lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah,kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan,baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis,merintih..minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung,berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam,solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah???... Ada..waktu zaman sekolah dulu. Itupun,lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun.. Lepas itu..ada?..Ada..time dah nak exam..waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu,ada tak buat sujud syukur? hm..entah la,tak ingat pula...

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan kita lakukan tu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?..

Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas,hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan,kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita...

Sesungguhnya,hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah,kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati..

Allah..pelihara hambaMu yang hina ini..jangan Engkau 'tinggalkan' aku walaupun sekelip mata..T___T

Isnin, 27 Februari 2012

~Di Sebalik setiap Ujian...~

Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata. Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

Ku sedari aku bukanlah sempurna. Aku belajar menjadi diri aku apa adanya. Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia. Kerana ku yakini bahawa. Allah itu menjadikan kita tidak sama. Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Kegagalan semalam telah menghancurkan impian. Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan. Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.

Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang, Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang. Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.

Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku. Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu. Bahawa setiap yang datang akan berlalu. Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku. Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.

Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.

Terima kasih, Ya Allah.

Jumaat, 17 Februari 2012

~Terima Kasih Semua~

Terima kasih,
mak, abah, kakak,abang, adik-adik, keluarga saya,
kerana banyaknya cinta dan kasih kalian pada saya,

Terima kasih,
para pendidik saya,
kerana banyaknya ilmu dan kecintaan kalian pada saya,

Terima kasih,
sahabat-sahabat saya,
kerana ketulusan hati kalian bersahabat dengan saya.

Terima kasih,
kawan-kawan saya,
kerana kebaikan hati kalian berkawan dengan saya,

Terima kasih,
pembenci-pembenci saya,
kerana kebencian kalian membuat saya semakin sayang pada kalian,

Terima kasih,
pengunjung Blog Hijau saya..
kerana sudi membaca coretan hodoh saya dan tidak henti-henti Sebar Bahagia,

Terima kasih,
orang-orang di sekeliling saya,
kerana kejadian, peristiwa dan kisah kalian memberi hikmah buat saya,

Dan tidak akan saya lupakan,
Terima kasih, Kecintaan, Kasih saya,
kerana sejuknya rasa kasih dan cintaMu pada hambaMu ini.

Terima kasih ya Allah.
Sungguh, solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku,
hanyalah untuk Mu ya Allah.

Allah, rembeskan lagi air mataku!
biar ia menjadi saksi!
Saksi betapa besarnya cintaku padaMu ya Allah.

Allah.
Berapa kerap pun aku mengucapkan syukur,
pastinya ia tidak pernah memadai dan menyamai,
banyaknya cintaMu padaku.

Betapa aku kerdil, hina, busuk...
:'(

Tenggelam lagi dengan rasa kehambaan...T___T

Ahad, 29 Januari 2012

~Biarkan Kesedihan Itu Berlalu..Serahkn Segalanya Pada Allah~




Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali..Masa depan masih ada di alam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang..Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya..Biarlah ia datang dengan sendirinya..Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan..

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya..Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi..Rezeki, jodoh, maut semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki, jodoh, maut dan sebagainya..

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup. kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan. Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka. Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil..

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan...

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya! Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita..Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia..Tapi janganlah kita membenci mereka, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangai mereka, mungkin kita akan menyukai perangai yang lain..

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu..

Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

Rabu, 25 Januari 2012

~Gantikanlah rasa sedih itu..T__T~

Entri kali ni aku tulis mungkin menuju kepada diri sendiri..

Dua tiga hari ni, hati aku sering kali menjadi tidak tenang. Mungkin ada dosa yang belum diampunkan. Ya Allah, jika aku berdosa pada-Mu, ampunkan lah aku. Mungkin juga aku telah berbuat dosa pada orang disekeliling....ampunkan aku wahai kawan..

Tiga minggu lebih aku menunggu jawapan darinya..Aku bertanya, kenapa aku masih tak dpt jwpn? Sejujurnya aku sedih. Aku menilik dan menilai di mana silapnya. Seharian itu aku menyendiri. Malamnya aku tidur agak awal. Biasanya kalau stress aku memang tidur awal.

Bangun esoknya, usai solat subuh aku termenung..Hati aku berdetik, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..Teringat aku pada surah Al Baqarah yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak... ( Al-Baqarah 216 )”

Moga Allah terima taubat ku...
Perasaan sedih itu normal untuk kita, cuma adakah kita masih terbelenggu olehnya? Berbalik pada ayat dalam surah Al-Baqarah di atas, aku rasa kesedihan dan air mata yang aku tumpahkan untuk sedikit kesenangan dunia hari ini, mungkin akan menjadi air mata gembira untuk aku hari esok..Jadi untuk apa menangisinya terlalu lama.??

Sebaliknya aku harus bersyukur, bersabar dan terus berusaha...

Kata orang tak kan lari gunung di kejar, dan tak akan pergi kalau telah di tetapkan itu lah rezeki dan jodoh kita...

Apa yang aku perlu buat?..

1. Bersyukur dan bersabar la.
2. Teruskan berdoa dan bergantung harap pada Allah.
3. Berusaha dan bertawakal kepada Allah..




Entri ini aku tulis hanya untuk renungan bersama..menjadi manusia yang berguna di dunia jaminannya akhirat yang kekal abadi..Sekaligus maaf di pohon..

Ahad, 15 Januari 2012

~Ketika Harus Melepaskan CiNtA..~



Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika aku cerita tentang segala yg aku alami .. Setelah sekian lama aku bertahan..Setelah sekian lama aku memendam luka...Setelah sekian lama aku rendam nestapa..rupanya Allah izinkan juga aku tempuhi jalan itu..Aku percaya, ini suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untuk aku dan dia…

Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin aku lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin aku tinggalkan..Tetapi ada saatnya dimana aku harus berhenti mencintai seseorang.. bukan kerana orang itu berhenti mencintai aku melainkan kerana aku menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila aku melepaskannya...T___T

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu?Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu..Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya..

Rabu, 11 Januari 2012

~ Andai 'Dia' tahu... ~



Andainya 'dia' tahu,
dalam hati ini,
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,

Andainya 'dia' tahu,
Rajuk aku minta dipujuk,
Marah aku perlu didekati,
Sedih aku perlu didengari,
Gembiranya aku ingin dikongsi,

Andainya 'dia' tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,

Kerana andainya 'dia' tahu,
Hati ini akan sentiasa bertanya,
Wujudkah cinta itu dihati 'dia'??..,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati aku,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..

Ahad, 8 Januari 2012

~HATI DAN AKAL BERBICARA TENTANG CINTA~

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi...



Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam!

....Tegas hati....

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..T_____T

Sabtu, 7 Januari 2012

~ Untuk bakal teman hidupku,...bacalah...~


Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami..

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana..
Aku juga manusia biasa seperti kamu..

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu..

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku,
Maafkan segala khilafku...

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku...

Mood: Saya harap, bakal teman hidup saya itu adalah ‘awak’…

Jumaat, 6 Januari 2012

..Jodoh~ Doa dan Harapan~

Bila sy melalui pagi ini,sy tahu Allah masih cintakan sy lagi...jika tidak,semalam
sudah ditamatkan sy dari perjalanan kehidupan ini..Peluang adalah tanda Allah masih sayang..dan pagi ini terasa 'beban' yg ditnggung selama ini terasa 'ringan'..terima kasih Allah kerana memberikan 'jalan' dan 'kekuatan'..moga2 'penantian' ini akan berakhir..saya dah lakukan apa yg difikirkan terbaik..yang selebihnya, cukuplah Allah sebagai Penentu..



Ya Allah,
seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah,
seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini..

Ya Allah yang tercinta,
gantilah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku,
berikanlah aku insan yang lebih baik,
jika dia bukan jodohku..

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja,
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
jangan engkau biarkan aku sendirian,
di dunia mahupun diakhirat,
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah,
kemaksiatan dan kemungkaran,

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah,
berilah 'kami' kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat…


mood: siapakah 'dia' yang dimaksudkan??hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui..
Kuserahkan segala2nya PadaMU...^_^

Khamis, 5 Januari 2012

~Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu,Ya Allah...T____T

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan Hatinya,
Teguhkan Imannya,
Sucikan Cintanya,
Lembutkan Rindunya.


Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam Kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian...


Ya RABBI, ku titipkan Cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang...

mood: Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah...T___T

Sabtu, 17 Disember 2011

~Selamanya hati takkan sempurna~

****************************

Jika kita telah bertemu dengan seorang INSAN..yang kita pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada diri kita..MENYAYANGI... MENGASIHI... dan MENCINTAI...mengapa kita berlengah lagi?..Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kita akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..


Kita juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yg jauh lebih baik dari kita..dan ketika itu TIADA LAGI ruang dalam hatinya buat kita…T____T


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KEKHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI... kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA... itu lebih BERMAKNA !


Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yg sempurna sedang hakikatnya tiada insan yg sempurna dalam dunia ini..setiap yg bernama manusia itu punyai kelemahan..mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah..dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN..
itulah PASANGAN..
saling lengkap-melengkapi..



Apa yg utama ialah mencintai ILAHI..dgn mencintai ilahi..pasti ALLAH akan temui kita dgn seseorang yg mencintai-NYA..Mencari yg sempurna..SEMPURNAKAH DIRI KITA.....?? tepuk dada tanyalah IMAN...^_^


Seharusnya kita bersyukur kerana menemui insan yg ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati..apa yang pasti kita semua mengharapkan sebuah cinta yg berlandaskan keimanan..Cinta yang membuat kita dan dia semakin dekat pada-NYA..Bersyukur diatas segalanya ya ALLAH diatas segala kebahgiaan yg diberikan..
Hargailah KEKURANGANnya utk MENGGAPAI bahagia dan CINTAI lah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai REDHANYA …



Mood: Moga bermanfaat buat buat semua..dan awak juga. .. aamiin