Isnin, 19 September 2011

~SeLaMaT JaLaN..

Selamat jalan yea..moga Allah sntiasa merahmatimu..hati ini pedih..jiwa ini pilu..perasaan ini 'sakit'..namun aku tidak pernah membencimu..Demi Allah,terlalu sukar untuk ku lakukan..

~Maafkan aku kerana tidak sewajarnya mendidikmu juga terlalu menurut keinginanmu sedari dahulu..
Maafkan aku kerana amat menyayangimu juga terlalu bersabar melayani karenahmu sedari dahulu..
Maafkn aku kerana tidak menghalang pemergianmu juga kerana setia menunggu kepulanganmu..
Mungkin bukan saat ini kau kembali..Mungkin detiknya suatu hari nanti..
Cuma aku ingin kau mengerti..Aku tetap menanti kebenaran itu muncul sehingga kini & selamanya...T_T

*****************************

kembara hidup tiada yang manis,
langkah kan rebah..
tujuan hidup kian kabur,
peritnya kan dirasai..
terhiris,diguris, dicalar..
itu fitrah hakikat sebuah fikrah..
pada Tuhan dipohon..
moga kembara ini dimudahkan..


Mengenalimu memberi sejuta rasa yang berlainan..marah, kecewa, sedih, ketawa, menangis, pilu, sayang dan rindu..namun, itulah yang dinamakan ukhuwah..anugerah dari yang Maha Penyayang..
kita bertemu diatas jalan daie murabbi..tautan hati kita mampu merealisasikan segalanya..




Ya Rabb! iringkan langkah kami dengan kekuatan..AMEENN..(^_^)

Ahad, 18 September 2011

~KeTiKa aKu mEnAnGiS...T_T...

Adiku......ketahuilah bahawasanya ;

ketika aku menangis,
bukan bererti aku tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin mencari perhatian,
melainkan kerana apa yang aku perhatikan telah mengaibkanku,

ketika aku menangis,
bukan kerana aku ingin dilihat lemah,
melainkan kerana aku tidak sanggup berpura-pura kuat,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin membuat orang rasa bersalah,
melainkan kerana aku sendiri tidak tahu apa yang membuat aku sedih,

ketika aku menangis,
jangan lah engkau menganggap aku lemah,
kerana engkau juga yang menyebabkan air mata ini mengalir....




~Jika tangis ini yg akan redakan luka hati ini berlarutan..maka biarkan aku menangis sendirian...

Sabtu, 17 September 2011

~Aku Benci 17 september..~ T_T

~Aku nak lari dari tarikh ini!!!!! Aku dah cuba tak nak bangun dari tidur, Aku dah cuba nak penuhkan jadual dari pagi sampai malam...Tapi ternyata Allah nak aku hadap dan lihat semua ni...aku belek gambar-gambar lama yang jatuh dekat kaki malam tadi...aku imbas kembali episod hitam itu...Ternyata, semakin aku jauh lari dari kenyataan...ia datang sedikit demi sedikit. Kalau lah aku boleh belah otak dan aku nak buang simpanan memori lama, tarikh ini yang aku nak buang jauh2 dari kotak ingatan aku..sungguh..aku x mampu menghadapinya...~

Aku berlari lagi...jauh aku tinggalkan kesibukan..Aku menonton cerita sedih dan cerita kartun silih berganti...mendengar lagu2 sedih..aku tumpukan perhatian pada kerja2 lain..kerana aku ingin lari dari hari yang menyakitkan ini..Aku berpura2 gembira sedangkan dalam hati hanya Allah yang tahu...aku makan sebanyak2nya..Aku bermain di tepi pantai.....menjerit dan melepaskan segala2nya semahu2nya..Tapi aku masih tak boleh lupa!!!!! 17th Sept,2010 - kenapa kau hadir tahun ini!!! Kenapa??? Ia menyesakkan fikiran aku. NO!!!

Ya Allah..Aku penat..aku lemah..sdgkn mereka bergembira..tetapi aku sntiasa menangis keseorangan..Ya Allah,sungguh aku tidak tahu di mana kesalahanku hingga mereka menolak ku tepi..sungguh aku takut hidup dlm dunia sebegini..di manakah kebahagiaan ku dulu,aku merinduinya..kenapa hidup ku kini di penuhi dgn air mata..sungguh aku penat..berilah petunjuk kpdku Ya Allah..Engkau tunjuk lah di mana silap ku pada mereka Ya Allah sehingga aku di biarkan seorang begini..bantu aku..aku buntu...T_T


*************************************

~17.9.2010..jumaat..10.30pg..tempat yg suci..4 orang saksi bersama 2 helai kertas (ss)..dalam suasana hambar..aku diadili dengan 'zalim'..perasaan dan status aku x dihiraukn..maruah aku dipijak2..ketika ini airmataku tiada harga lagi...aku seolah2 pesalah yang bersedia menerima hukuman MAUT...rase sangat 'kerdil' diri ini dihdpn kalian yg 'hebat2'..sungguh!!aku xkn mmpu lupekn detik2 itu sehingga aku ketemu ILLAHI..

~17.9.2011..sabtu..10.30pg..tempat yg sama..genap setahun..mengimbas detik2 dikhianati..terbayang satu persatu..cukup sdih,pedih..luka ini seolah-olah masih baru..x semena2 airmata ini gugur juga akhirnya..ape slh aku??hinggga diperlakukn sedemikian??....aku langsung x menyimpn dendam..sayang ini masih tersisa..tp aku cukup2 terkilan dan 'tersentak' dgn ape yg berlaku..T_T

mood:inikh balasan utk kebaikan yg dah aku lakukan?inikah cara kalian menunjukkn rasa sayang dan terima kasih untuk semua yg dh aku 'korbankn'?...?.......terima ksih sbb 'hadiahkn' ssuatu yg sgt 'indah' dlm ukhwh kta..T_T

Jumaat, 16 September 2011

~16 September 2010 - 16 September 2011~

~Tak tau nk taip ape..tarikh ini mengingtkn aku pada sesuatu..T_T

Dua situasi yang berbeza:

16 sept 2010..suasana yg sgt janggal..langsung x ade kemesraan..hambar dan x terasa ikatan ksih syg dan Ukhwah antara kami selama ini..tiada lagi gurauan dan kata-kata yang mencuit hati..dan hati ini terus-terusan tertnye2 ape sbnrnyer yg berlaku..

16 sept 2011: suasana msih janggal..tp agak damai wpn ikatan Ukhwah dan kasih sayang antara kami sudah 'longgar'..masih sudi menegur di laman chatting wpn kemesraan itu kian pudar..moga 'hati' ini menerima sgalanyer dgn Redha..terima kasih..(^_^)

Khamis, 15 September 2011

~Sukarnya memaafkan... ;(

Aku benci rasa ini..
Walaupun ia bertandang di laman hati..
Kenapa kau menjelma semula..
Setelah menghilang begitu lama..

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan..
Satu luka berdarah yang menyakitkan..
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu..
Ketika kau lalu di tepian kalbu..

Ah, terasa segalanya terlalu laju..
Bila batas-batas masa dikira..
Setahun itu tidak lama..
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia..

...sukarnya memaafkan..
...sukarnya melupakan..
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan UKHWAH itu terungkai

Episod demi episod telah menyedarkan…
Aku semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah..

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa

Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan....
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!


************
Memaafkan memang tidak kan mengubah masa lalu, tp pasti ia akan mmpermudahkan masa depan...i.allah..

~mood: sdg berusaha dan msih berusaha memaafkan..huk3..

~MeLaNgKaH DaN tErUs MeLaNgKaH..~

Kesekian kali, mengumpul tenaga dan kekuatan meluahkan apa yang terbuku tepu... Semalam yang pergi biarkan berlalu, esok yang datang perlu dihadapi.. memujuk hati sendiri lebih sukar dari memujuk hati insan lain..untuk terus dijalan-Nya..Senang dituturkan, pelaksanaannya sukar, cukup luar biasa dugaan-Nya..


Hari-hari yang telah berlalu, diharungi dengan suram berpanjangan..Untuk mendapatkan hari ini, hari-hari yang lalu terpaksa ditempuhi, meskipun pedih, meskipun sulit, namun hidup perlu diteruskan, walau 50 tahun lagi, walau 5 tahun, walau 5 saat.. harus! Seolah cahaya yang melintas, hadirnya walau sedetik namun melintas mengekalkan sinarnya… hidup pun begitu..terus, terus, dan terus.. hingga sampai kepada titik noktahnya.

Kadang-kadang, terlalu memujuk hati insan lain, agar terus berada atas jalan-Nya, terlupa santapan rohani, terlupa pada diri yang harus dikuatkan.. aku, seperti itu, dalam mengajak, tapi terlupa ‘belaian’ untuk diri sendiri, hinggakan suatu saat, semangat itu hilang, pupus, kosong! Silapnya pada diri, asyik dengan jiwa manusia lain, tapi jiwa sendiri tandus, rapuh berpaut pada dahan.. berterusan mengukuhkan tiang rumah orang lain, tapi anai-anai di tiang rumah sendiri tidak dihiraukan. Terkesan dengan tekanan yang diterima, terkesan dengan masalah orang lain, gagal membuatkan diri sedar satu hakikat.. jangan kerana masalah orang lain, diri dipengaruhi..

Tiada arah untuk memotivasikan diri sehinggakan berasa rajuk berpanjangan, terlalu membawa hati.. lantas, pada hati yang merajuk, pada Tuhan dipinta moga hati ini Allahumma thabbit qalbi ‘ala dinika”.. jadikan aku berterusan sebagai nadi agama, walau hanya secebis dari sunnah Rasulullah s.a.w.

Masalah remeh ; berpuncanya dari semangat yang kian pupus, membuatkan fikiran tidak waras berfikir, mengambil keputusan melarikan diri dari masalah. Bila difikirkan ; itu kerja gila, semangat yang hilang, sepatutnya masalah dihadapi, bukan melarikan diri..

Alhamdulillah, pada dua tiga orang sahabat, ku temui jawapan atas semua desakan masalah ini...

“orang dakwah ni selalu syaitan nak kacau bagi kita jadi lemah semangat, tapi kena sabar la... sambil kita bantu orang, diri kita pun kena sentiasa perbaiki, banyak2 berdoa sebab doa senjata orang mukmin, bila kita sentiasa dekat dengan Allah pasti Allah akan kuatkan kita macam ana kata tadi la, ni smua dugaan untuk orang dakwah, Allah nak tengok sejauh mana kita boleh sabar, atau mungkin dalam buat kerja dakwah tu ada yang tak beres dengan anti. masa kita buat sesuatu, cuba kita muhasabah dari & tengok betul2 apa niat kita sebenarnya buat kerja tu, adakah benar2 ikhlas kerana Allah atau ada sebab lain, kalau niat benar kerana Allah Insya-Allah Allah pasti akan tolong dan kuatkan kita, kalau kita rasa down pun ni adalah dugaan, banyakkan sabar & doa selalu. Setiap manusia ada buat kesilapan, yang penting kita kena kembali ke pangkal jalan...tiap manusia yang berjaya dia belajar dari kesilapan yang lalu, macam tu la dalam dakwah ni...setiap dugaan yang menimpa bermaksud kita dalam perhatian dan kasih sayang Allah. kita buta di dunia tapi jangan buta di akhirat, masih belum terlambat, ada masa untuk kita sama2 baiki dri, banyak lagi benda yang kita kena belajar dalam hidup ni, ilmu kena sentiasa bertambah, kita selalu kata bahawa kita adalah orang yang beriman, jadi Allah nak tengok sejauh mana keimanan kita. Setiap perbuatan baik kita pasti ada ujian, kenapa orang kata hidup ini pahit? kerana syurga itu manis..... bukan mudah untuk kita mendapatkan sesuatu yang bernilai, perlu dibayar dengan harga yang sangat tinggi, dan itu yang memerlukan kesabaran. Ana cuma boleh bercakap tetapi ana juga sama macam anti kena baiki dri, ana pun ada banyak kekurangan....apa yang penting bagi kita adalah banyak berdoa, banyakkan baca quran dan bangun malam”

Nah, itu hujahnya, hati benar-benar tersentak.. kembali memikirkan patutlah semangat jatuh, rupanya bermula dari niat. Niat mungkin dah pada fikrah Islam, tapi ada perkara-perkara sampingan yang menjadi iringan matlamat bahkan mungkin menjangkau matlamat tertinggi.. susahnya mencapai maqam ikhlas yang tidak terusik. Mudahnya bibir menuturkan diri "amantu billah", namun praktikalnya? Diuji sedemikian pun sudah sesak di jalanan.. Begitu tarbiyyah Allah pada hamba-Nya. Halusnya teguran-Nya. Dibalasnya syurga pada jiwa yang dibeli-Nya. Syukran ukhti, nasihat yang sangat-sangat membuatkan hati mencari hikmah atas apa yang berlaku, menjadikan semangat yang lemah kian bangkit..

SMS diterima seorang sahabat “kaifa al-yaum?” Allah ‘menegurku’ melalui teman-teman, menggerakkan hati mereka memujukku yang ‘rajuk’ pada-Nya.. semua diluahkan, pesannya “ enti dah check ke source the problem? How about amal? Maybe need to improvement” SMS ringkas, namun cukup terkesan, jauhnya dari Tuhan hinggakan semangat jatuh merudum. Pujuknya lagi, "ubat hati tak dapat lari dari kembali kepada fitrah. Solat, zikir. Ana ada baca something about this situation. Ia dinamakan ‘futur’ iaitu ketika hati sedang menolak. Iman boleh naik & turun. Yang penting mesti ada guideline even iman down, we have manage. Ada ukuran tertentu. Ibn al-Qayyim : hati memiliki dua sikap(menerima & menolak). Manfaatkanlah dua situasi ini. Ketika hati cenderung menerima, banyakkan amal soleh & sunat sebanyak mungkin. Ketika hati sedang menolak (futur), ikut la hati dengan melakukan amal-amal wajib..Berinteraksilah dengan hati dengan lemah lembut sehingga sampai saatnya ia cenderung untuk menerima kembali".

Terdiam seketika, memikirkan hakikat jiwaku yang ditangan-Nya.. Subhanaka inni kuntu minazzolimin.. apa yang berlaku, moga ‘ibrahnya terkesan pada jiwa. Semuanya bermula dari niat, betulkan niat, ikhlaskan hati, teruslah berjalan melangkah. Allah menolong!

Sehingga kini, aku kosong, bukan kosong dari semangat, tapi kosong dari bebanan jiwa yang diasak syaitan agar lari dari medan ini. Ingatlah sejauh mana pun dugaan yang datang, luas lagi rahmat Allah mengiringi.

Ku yakin, dan sekali lagi, aku masih hamba-Nya yang terpilih agar jiwa ku kukuh, tegar pada bisikan yang melemahkan.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Senyuman terukir, tanda kebebasan jiwa, leganya dihati, lapangnya dada. Kan ku terus melangkah, melangkah dan terus melangkah…

Selasa, 13 September 2011

~Sungguh..aku rindu..~

Rindu itu bertandang lagi
bersama sejuta kenangan nan indah di hati
ingin ku lepas rindu itu bersama angin lalu
namun baru sebentar ia pergi
ia menerjah kembali


ya Allah..
kuatkan aku dari rindu ini
walaupun kehadirannya sedetik cuma
namun ia cukup menyiksa
hatiku kian resah
langkahku semakin payah
rinduku pada kenangan lalu
berdarah di jiwaku


kuatkan aku ya Allah
kuatkan aku dari rindu yang tidak halal ini
rindu yang bisa merosak dan melalai jiwa
saat aku terleka
rindu itu datang menyapa
datangnya menggoyah hati
bersama titisan air mata ku buang rindu itu pergi


ya Allah...
teguhkan langkahku menuju jalan-Mu
janganlah pernah Engkau palingkan hatiku
setelah sinar hidayahMu Kau beri padaku
sesungguhnya aku sangat rindu
rindu pada keredhaan dan keampunanMu

Ahad, 11 September 2011

~Tabahlah Duhai Hati.. Allah itu sentiasa di sisimu..

sampai satu tahap..
dah tak rasa apa2..

sebab dah malas!

bukan give up! tapi.. ntahlah. aku hanya manusia yang sangat lemahh! T_T

********
masih perlukan bimbingan..huhu


Sabtu, 10 September 2011

~Salam Lebaran 1432H~

Assalamualaikum,

Maaf atas segala kekhilafan,
..lidah yang bebas melontar kata2 ini kadang-kala dikuasai marah..
..janji yang terabaikan..
..hati yang terkadang-kala berprasangka..
..sikap yang sering menyakitkan…
.. untuk setiap kesalahan..

Salam 'eidilfitri buat semua Muslim Muslimat, sahabat2 yang tercinta~dimana sahaja kita bertemu, di alam realiti dan maya..
Kembali kepada fitrah, hakikat penciptaan manusia..
Moga berakhirnya bulan Ramadhan yang indah, Taqwa menjadi pakaian kita..
Ameen.. semoga berjumpa lagi..=)

Isnin, 22 Ogos 2011

~La TahzAn..~


Adakah selama ni kita rasa diri tak pernah di hargai? Adakah selama ni kita rasakan diri kita di pinggirkan?Biasalah dunia, memang macam ni...Ingatlah di dalam kubur nanti kita sentiasa berseorangan...Ingatlah di padang Mahsyar nanti tiada siapa yang dapat membantu diri kita nanti...Biarkan...Keseorangan, sepi...Memang sepi...T_T

Ingatlah...

Setiap kali kita hendak tidur, mesti ada seseorang yang akan teringat akan kita...Tak siapa tahu..kamu semua sebagai pembaca mungkin mengingati saya..adakah orang yang mengingati kita itu sayang pada kita?..Mungkin orang tu kita tak kenal, tapi dia kenal kita..Tak siapa tahu...

Kalau KITA rasa keseorangan...

Ingatlah..


Bahawa akan datang satu masa nanti seseorang yang sanggup berjuang bersama kita, sanggup berkorban apa sahaja untuk kita...Tapi hakikat sekarang tiada siapa yang ada bersama kita...

Ingatlah..

Jika kita tinggi ilmu di dada, ada asas agama yang kukuh, orang di sekililing akan menyanjung ke tempat yang tinggi...Walau di mana sahaja kita berada, kita akan sentiasa di angkat tinggi dan di hormati bukan kerana paras rupanya, tetapi kerana peribadinya yang indah dan sempurna...Makin tinggi ilmu agama kita, makin tinggi orang menghormati kita...

Ingatlah...


Hidup ini amat bermakna seandainya ada kasih sayang, kasih sayang itu ada di dalam diri kita sendiri...kita tahu kita ada kasih sayang, tapi kita perlu terokainya lebih dalam lagi....

Ingatlah..

Sewaktu kita sedang sakit, pasti akan ada orang yang mendoakan supaya kita cepat2 sembuh walaupun doa itu di sampaikan dari jarak yang jauh...Pasti ada orang yang akan memberi hadiah dan buah tangan kepada kita...

Ingatlah..

Sewaktu kita sedang bersedih, pasti ada orang yang akan menggembirakan kita, yang belajar untuk menggembirakan hati kita...

Ingatlah..

3 perkara yang di benci oleh Allah:

1: Apabila dia berilmu, dia sombong dengan ilmunya
2: Apabila ada ulama', dia tidak memperdulikannya
3: Apabila ada kawan baik, di pilih kawan yang buruk akhlaknya, di tinggalkan kawan yang baik akhlaknya.


Ingatlah..

Ada 3 tanda cahaya keimanan seseorang:

1: Tidak takut akan celaan orang lain ketika berdakwah dan melakukan kebaikan.
2: Tidak lalai dalam melakukan amalan ibadah dalam waktu senang ataupun susah.
3: Antara dunia dan akhirat, di seimbangkan kedua-duanya.

Ingatlah..

Antara orang yang di cintai Allah, dan tidak di cintai Allah ada bezanya. Orang yang di cintai Allah akan di berikan dunia dan kesempurnaan iman untuk hambanya yang dia cintai agar tidak lalai. Tapi, Dia akan memberi dunia sahaja kepada mereka yang tidak di cintai Allah.


Percayalah,

Kita tidak pernah dipinggirkan.....cuba lihat bintang di langit waktu malam....Kita pasti merasainya.....Cuba lihat matahari terbenam di waktu senja....Kita pasti merasainya...kadang-kadang kita perlu bersendirian..untuk mencari ketenangan dan memuhasabahkan diri bagi meneruskan perjuangan kita sebagai hambaNya...^_^

~JaNgAn BeRsEdiH wAhAi DiRi..~


Kehidupan tidak selalunya senang dan mendamaikan...Ketika kita belum puas meneguk erti kebahagiaan, keresahan mengintai dengan penuh cemburu dan irihati...Ketika kegembiraan baru memercikkan sinarnya, awan kesedihan tiba-tiba saja berarak memendungkan jiwa.

Inilah kehidupan...Simpang siurnya penuh keraguan dan jalannya dipenuhi ranjau dan duri yang melukakan hati..Betapa banyak jiwa yang tersungkur lesu sebelum tiba ke destinasi yang dituju...Inilah kehidupan...Liku-likunya menyakitkan jiwa dan kesulitannya begitu menekan...Ada masa-masa mendaki hingga kita terpaksa memerah tenaga dan segala kemampuan yang kita ada hingga ada saatnya kita tersimpuh lesu...

Ya, inilah kehidupan...Jalannya begitu sukar dan membebankan, namun ia perlu diteruskan...Kita tidak diberi pilihan untuk menentukan halangan bagaimana yang ingin dan sanggup kita tempuhi dan kedamaian bagaimana yang kita ingin corakkan pada laluannya...Tangisan bukan penyelesaian, begitu juga dengan keluhan dan kegelisahan...Kesedihan tidak akan meninggalkan kita hingga kita sendiri yang menghindarinya. Segala keputus-asaan tidak kan terusir dengan kebencian.

Yang lebih besar dari segala kesulitan, kepayahan dan bebanan itu ialah bagaimanakah sikap kita untuk berdepan dengan segalanya??..adakah kita ingin menempuhinya dengan kekecewaan, putus harapan dan kesedihan atau kita ingin hadapinya dengan ketabahan, kepasrahan dan teguh hati.

Teguhkanlah jiwamu
Kerna hidup ini untuk ditempuhi
Bukan ditangisi

Teguhkanlah jiwamu
Agar terlerai segala kesulitan dan kesempitan
Biar semalam berlalu bersama segala kesedihan
Dan esok menanti bersama seribu janji dan impian

Teguhkan jiwamu
Bersama kepasrahan dan pengharapan
Dengan jiwa terbuka, kenal diri dan kenal Tuhan
Sambutlah hari ini dengan lagu kedamaian
Bersama alunan paluan semangat baru
vTerima kasih atas pemberian Mu
Terima kasih atas apa yang telah terjadi
Kau selalu menemani ku tanpaku sedari
Kau tak pernah biarkan aku sendirian menjalani hidup ini
Kau selalu menyertaiku

Terima kasih kerana Kau telah menyentuh hatiku
Dikala aku lalai di pentas duniawi
Kau telah memperingatiku
Kau sentiasa merancangkan yang terbaik buatku
Walaupun aku selalu lupa pada Mu

Terima kasih Ya Allah
Kau telah menyentuhku dengan kasih-sayang Mu
Kau telah mengubah hidupku menjadi yang baru
Bagai emas yang murni berkilauan
Kau telah membentuk kekuatan hatiku

Perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan
Kau tidak pernah lelah untuk memberi
Tidak pernah sedikitpun Kau meminta

Terima kasih kerana menyentuh hatiku
Terima kasih kerana kasih-sayang Mu
Sebuah kasih Yang selalu memberi
Bagai air yang mengalir
Yang tidak pernah berhenti


TERIMA KASIH YA ALLAH!!

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuanNya,supaya timbul rasa kesabaran
dan kesyukuran,setiap yang payah itu pasti ada kesenangan,setiap kesabaran itu
pasti ada ganjaran.Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang
boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.."^_^

Isnin, 15 Ogos 2011

~18 OgOs 2010-18 OgOS 2011..aPa yAnG aKu RaSe..~


Tarikh ini...cukup mengingatkan..segala kepedihn..segala kelukaan serta rase terkilan yang x dapat nak di ungkapkan dgn kata-kata..setelah apa yang di 'korban'kn dibalas dengan cara yang paling kejam..T_T

kembara hidup tiada yang manis,
langkah kan rebah..
tujuan hidup kian kabur,
peritnya kan dirasai..
terhiris,diguris, dicalar..
itu fitrah hakikat sebuah fikrah..
pada Tuhan dipohon..
moga kembara ini dimudahkan..

Mengenalimu memberi sejuta rasa yang berlainan.. marah, kecewa, sedih, ketawa, menangis, pilu, sayang dan rindu.. namun, itulah yang dinamakan ukhuwah..anugerah dari yang Maha Penyayang..
bertemu diatas jalan daie murabbi, tautan hati kita semua mampu merealisasikan segalanya..

errmm...apa yang kita rasa..
kadang2 salah..
kadang2 betul...

tapi untuk 'dosa' yang kita lakukan.. mintalah fatwa dari hati.. ini pesan Rasul.
kalau hati resah, gelisah...bersalah.. mudah2an 'hidayah' Allah kita rebut...

lakukan perubahan dalam diri..
secepat mungkin.
entah. 1 saat selepas ini.. tidak berpeluang lagi....

ya Rabb! iringkan langkah ku dengan kekuatan..ameen





Sabtu, 6 Ogos 2011

~Aku MaNuSia BiAsA~

"manusia biasa.."


can't do all things equally well..


sedih menerima kehilangan,


senyum dan ketawa apabila terhibur,


muram, duka dan pilu bila saatnya..


dan aku juga manusia sama seperti kamu..



Ahad, 31 Julai 2011

~Marhaban Ya Ramadhan..~



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem yang dirindui...T_T


Setahun berlalu,alhamdulillah kini Ramadhan kembali.Mengimbau kenangan Ramadhan yang lepas,banyak kekurangan yang perlu diperbaiki..kuantiti dan kualiti ibadah juga turut terjejas sama...=( Astagfirullahal'azim....

InsyaAllah,Ramadhan kali ini perlu lebih bersemangat dan giat meningkatkan kualiti dan juga kuantiti ibadah. Tidak harus dipersia-siakan 'peluang' yang Allah beri untuk merebut sebanyak mungkin pahala dari-Nya...Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir? Hargai saat ini kerana siapa sangka esok belum tentu milik kita...

Jadikan Ramadhan sebagai madrasah untuk mendidik diri agar menjadi hamba yang bertakwa.Kita digalakkan memperbanyakkan beribadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa.Terhimpun segala kebaikan padanya.

Kepada insan2 yang mengenali diriku,dikesempatan ini inginku menyusun jari memohon berjuta-juta kemaafan di atas salah dan silap....manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. InsyaAllah,aku juga ingin menjadi hamba yang pemaaf..Kemaafan itu sesuatu yang cukup indah bagi yang mengerti...Moga hati ini menjadi lebih tenang dan damai....Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...


"Ya Allah,bantulah kami untuk (terus) berzikir kepada-Mu, dan (sentiasa ) bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki (kualiti) ibadah kami kepada-Mu...Ameen Ya Rabb...."


Buat semua muslimin,
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Ayuh! Sama2 meraih redha Ilahi...:)



Isnin, 9 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Disaat Rindu, Mata Ini Tercari-cari Wajah Itu...
Walau Terpisah Beribu Batu,
Walau tak dapat ku tatap wajahmu,
Walau tak dapat ku lihat Senyumanmu,
Walau tak dapat ku merasai hangatnya pelukanmu...
Namun...
Doa Buatmu Tetap Ku Kirimkan...
Hanya Tuhan Yang Tahu Bagaimana Sayang & Rindu Ku Padamu...
Buatmu Wahai Insan Yang Ku Sayangi...SLMT HARI IBU..Al-Fatihah..



Sabtu, 7 Mei 2011

~Now 1.24am~

hukhuk..
masih stay up~ menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..
mata sudah berat~ tapi hati kata 'come on..come on!'

huhuuu.

Allahumma yassir wala tuassir..


hari yang sangat2 tough! untuk jiwa seperti ini!!

Isnin, 11 April 2011

~DeMaM~

Semalam badan mula terasa lemah...sudah ada tanda-tandanya. oh Tuhan....

Tadi pergi ke sekolah...hanya separuh hari..badan memuncak panas...namun, digagahkan jua ke kelas..tanpa bersuara...hanya isyarat...mujur anak2 didikku faham...

dan petang tadi aku ke klinik Al-Amin. oh, 38.9°C. batuk+selsema+sakit kepala dan tekak luka...siksanya aku betul2 rasakan...

sungguh, dalam kesakitan diuji dengan kesabaran.

alhamdulillah. mujurlah doktor bagi MC 2 hari..bermaksud,hari Rabu nantilah baru aku boleh ke kelas balik. kata doktor, kena rehat banyak2, just duduk atas katil n baring..tak boleh terlalu aktif

+++

Allah beri sesuatu sesuai dengan keadaannya. betul?

bila kesihatan baik, Allah beri kita ruang untuk jalani kehidupan harian seperti biasa...segalanya sempurna...

tapi bila nikmat sihat ditarik, Allah beri kita ruang untuk berehat dari kesibukan dunia...kita lebih dekat dengan-Nya.

apa yang penting..jangan mengeluh, bahkan bersyukurlah.. kita belajar bersabar...

alhamdulillah, dan aku berehat dari rutin harianku...2 hari.. lapang dada aku rasakan~

+++

bila suhu badan tidak turun2, aku mengingatkan diri aku.. bagaimana pula dengan matahari sejengkal di atas kepala?

semoga kita dijauhkan dari panas dunia abadi... amin...

Selasa, 5 April 2011

~Maafkan Aku~

Aku ini manusia biasa..punya ati dan perasaan..punya rasa marah,kecewa dan sedih..Namun ku percaya kesakitan ini tak lama..sehingga kini aku tdk mengerti apakah salahku..hanya kerana syak wasangka dan tuduhan tanpa bukti telah mewujudkan pertelingkahan dan menjarakkn hubungan...

Aku mungkin tidak kisah jika aku punca segalanya..tapi di mana keadilan untuk aku??dimana ruang dan peluang utk aku memperbaiki ukhwah ini?Aku tak kisah jika khilafku dijajakan...AKu tak kisah jika keikhlasan dn kebaikan ku atas nama 'UKHWAH' dan persaudaraan dilupakan...

Namun percayalah..Hati sedih melihat jurang yg tlh tercipta..terlalu sedih...Jika kejahatan dibls dgn kejahatan maka itu dendam namanya..Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan itu zalim namanya..Tapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan itu adalah mulia dan terpuji...Tiada niat di hati sebegitu..hanya kerana ingin meluahkan rase yang terpendam selama ini..terlalu sakit utk menanggungnya tanpa ade yang memahami...

Meskipun mungkin selepas ini pertelingkahan yg tlh wujud mengubah segala-galanya...namun ats nama UKHWAH..sepuluh jari kususun mohOn maaf ats keterlanjuran kerana aku tak layak utk 'hadir' dalam hidupmu dan mengguris hati INSAN semuliamu.

Isnin, 28 Mac 2011

28 Mac 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum buatmu adik...

Semoga dikau sihat dan dalam redha Nya sentiasa. Segulung kemaafan jika ku tiada tika kau sedih..mahupun gembira. Namun insya Allah doaku buatmu mengiringi setiap langkahmu memperjuangkan diri dalam menuntut ilmu. Mungkin kita tidak mampu sentiasa bertemu ataupun berbicara seperti dahulu..tapi harapku,ingatan mu tetap kekal seperti dulu. Rindu ini menggunung tinggi ingin bertemu..mengenang dn mengulang kmbali kenangan bersamamu..walaupun tidak mustahil lidah ku ini akan terkelu jika berhadapan dgn mu...hanya air mata mengungkap rasa rindu kerana kau adalah adikku....:)

Angah..selamat hari lahir..moga ceria & bahagia sentiasa..terkenang pulak ukhwah kita hingga kini..moga mamahan usia x mampu memamah keakraban ukhwah kita..walaupn hakikatnya aku hnya mampu bermimpi..maaf atas segala-galanya.. sanah helwa Khairul Azmi bin Hanapiah....




salam ukhuwwah,

alang :)

SMAI..12.39 pm waktu malasyia

Ahad, 27 Mac 2011

~26 Mac 2011- BiRtHdAy~

Alhamdulillah..aku masih diberi peluang lagi untuk menggapai impian..dan 26 mac 2011 menjadikan aku makin tua =) ~masih adakah tahun depan?

Ringkasnya, aku ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang wish besday ini.. dari sms, facebook, ym, blog hijau ni dan by face to face. Ramai untuk nyatakan disini..tapi tak sempat untukku tulis satu persatu, maaf ye.. (hurm.. ada orang jelous sebab facebook dipenuhi ucapan..haha~) juga tak terkecuali sejambak bunga carnations dan red rose..terlalu istimewa.. =)



Aku cukup terharu..ucapan dikirim bersama doa.. panjang umur, bahagia,dan lain2.. tak terkecuali cepat ditemukan jodoh.. hehe…AMIN…
Apapun, aku cukup berterima kasih buat semua..

Buat insan yang mempertaruhkan nyawamu.. arwah mak tercinta…dia adalah wanita istimewa buat aku..sekalipun kekasih hati perlu dikorbankan..aku memilih mak(ada ke kekasih hati.. erm..’kalau’ ye) hanya Allah mampu membalas segala kasih sayangmu.. Amin..

Aku begitu sebak sekarang..kerana masih terngiang2 dan terbayang2 pelukan dan ciumannya 2 tahun lalu..
Buat insan yang selalu dekat dihati ini.. ayahanda tercinta.. terima kasih! U’re my Hero!

Seperti biasa, buat keluarga terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa menyayangi diri ini..kadangkala merajuk x tentu pasal, kadangkala terlebih emosi…namun tetap dilayan.. (sayang semua)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga milyun marhaban buat sahabat-sahabat dan student2 yang mengingati hari lahirku… ada yang seawal 25hb sudah wish… Tq, walau awal, tetap ku hargai...hehe.. thanks a lot… sms-sms diterima seawal pagi meraikan hari ini disertai doa...Aku sangat-sangat terharu.. =)

“semoga panjang umur, murah rezeki, semoga meningkatnya usia menambahkan lagi iman2mu & semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga akhirnya, ukhwah fillah Abadan abada”
“moga pertambahan umur ni akan lebih mematangkan diri dalam menghadapi kehidupan seharian”
“semoga terus kuat menghadapi cabaran hidup dalam usia yang baru, sentiasalah berusaha mengamalkan firmanNya berlumba-lumbalah oleh kamu dalam mengerjakan kebaikan”
“selamat hari tua”
dan banyak lagi(tak larat nak taip..huhu)


Rasulullah s.a.w bersabda “apabila seseorang muslim mendoakan saudaranya yang ketika itu tiada disisinya, maka malaikat akan berkata, bagimu jua apa yang engkau doakan buat saudaramu”…. Moga apa yang kalian doakan kan kalian perolehi…. Bagi kalian jua apa yang didoakan untukku…. Amin.. Insya-Allah…

Dan apa yang aku harapkan.. aku masih di dalam proses tarbiah.. kadangkala jatuh, kadangkala bangun, namun aku berharap mentari esok masih ada agar setiap hari aku dapat terus melihat kasih sayang Tuhan dalam ciptaan-Nya…
Semoga istiqamah duhai diri!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK semua yang berkongsi tarikh istimewa yang sama..
( 26 MAC 2011 )


Ya Allah,
Seketika di hari lahir mereka ini,
moga muncul hari baru mereka yang ceria,
Engkau muliakan dan sayangi mereka,
ampuni dosa mereka,
berkati keluarga mereka,
sihatkan tubuh badan mereka,
limpahkan rezeki mereka,
jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan..
bahagiakan hidup mereka,
suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa keraguanMu,
makbulkan dan berkati cita-cita mereka yang murni...
amin ya Rabbal 'Alamin...